Kejutan

4.6K 199 13
                                    

Aqilah mengetuk pintu. Dia melangkah masuk ke dalam setelah mendapat izin dari Zariel.

"Hai sayang." ucap Zariel dengan ceria. Hilang sedikit penatnya apabila menatap wajah Aqilah.

"Hai... Kenapa Tuan Zariel panggil saya?" Aqilah menekankan panggilan Tuan Zariel. Sayang? Tidak sedar ke yang mereka di tempat kerja? Aqilah menggeleng kepala.

"Nak peluk."

Bulat mata Aqilah mendengar permintaan Zariel. Ini sudah lebih ni! Sudahlah dia dari cafe datang ke sini. Penat pun tak hilang lagi inikan pula mahu melayan kerenah Zariel.

"Tak boleh. Ni tempat cari rezeki bukan rumah."

"Ala bolehlah. Kejap je. Nak recharge tenaga. Mana boleh minta tolong sesiapa lagi, awak seorang je boleh bantu."

Aqilah mengeluh. Kenapalah perangai Zariel sejak kebelakangan ni makin mengada? Lain sangat kalau nak dibandingkan dengan Zariel yang dulu.

Lemah-longlai Aqilah berjalan menghampiri Zariel. Perlahan dia memeluk suaminya erat.

"Dah cukup. Lima saat je."

Zariel mengemaskan pelukan. "Lagi seminit."

"Ah takde. Masa dah tamat." Aqilah meleraikan pelukan.

"Makin garanglah Puan Aqilah ni!" komen Zariel.

Senyum sinis diukir. "Encik Zariel pula makin mengada! Gatal macam ulat bulu."

Melihatkan mata Zariel yang memandang tajam kepadanya, hati Aqilah digeletek rasa lucu. Tawanya cuba ditahan sebaik mungkin.

Kedua belah pipi Zariel ditarik. "Dah pandai nak terasa hati sekarang. Kalau dulu, buat muka badak je eh?"

Zariel yang perasan Aqilah semakin dekat dengan dirinya terus sahaja menarik pinggang gadis itu. Elok sahaja isterinya jatuh ke atas riba.

"Eii apa ni!" Pantas dia menepuk bahu Zariel kuat. Pandangan mata Zariel membuatkan hatinya berdenyut laju. Automatik kepala ditundukkan ke bawah.

"Eh tadi berani. Bila dah duduk atas riba, tahu pula takut." sindir Zariel. Suka dia melihat wajah merah padam di depannya.

"Nur Rania Aqilah paling cantik bila dia malu-malu kucing. Pipi dia yang kemerahan tu membuatkan jantung Zariel Firdaus rasa macam nak...." Segera Aqilah menutup mulut Zariel.

"Abang tahu tak bila abang nampak paling hensem? Bila abang diam je macam ni. Tak payah cakap benda merepek." Kaki segera bangkit dari terus duduk di atas riba suaminya.

Dia melangkah ke arah sofa yang disediakan untuk tetamu lalu melabuhkan punggung. Majalah di atas meja diambil lalu diselak.

"Sebenarnya aku nak ajak kau pergi kilang."

Aqilah mendongak menatap bosnya. "Kenapa? Ada masalah ke?"

"Aku nak bawa kau dengan beberapa orang cef dari dapur lain untuk tengok sendiri koleksi bekas makanan yang baru."

"Oh okey. Lima orang je eh?"

"Yup tapi tunggu sekejap. Aku nak semak beberapa fail lepas tu baru kita pergi."

"Okey bos." Aqilah mengangguk faham. Majalah di tangan kembali dibelek. Baru sahaja beberapa minit, mata dia sudah berair. Betapa bosannya baca majalah tapi pelik macam manalah datin-datin dalam drama tu boleh hadap majalah terlalu lama.

Aqilah menongkat dagu. Helaian demi helaian diselak dengan rentak yang semakin perlahan. Matanya sudah mulai berair. Jika dihitung, mungkin sudah lebih 20 kali dia menguap. Dia tewas dengan kantuknya.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now