Mine

4.9K 319 70
                                    

Kata-kata yang keluar dari mulut Wani terngiang-ngiang di fikirannya. Tidak sanggup Aqilah mendengarnya lagi. Matanya terus terpejam rapat. Kekecewaan. Kesedihan. Membuatkan dirinya sejuk. Dingin membeku. Teresak-esak dia menangis semahunya.

"Jadi, kau panggil kitaorang datang sini semata-mata untuk bagitahu yang kau nak kahwin dengan dia? Kau bodoh ke apa ni, Zariel? Dia tinggalkan kita lepas sekolah dulu macam tu je! 10 tahun weh! 10 tahun!" jerit Wani.

"Wani... Aku minta maaf... Aku betul-betul minta maaf."

"Kenapa kau pergi macam tu je dulu? Boleh je bagitau kitaorang. Kau anggap persahabatan kita selama ni main-main ke?" Giliran Mini pula melepaskan perasaan geram.

"Bukan macam tulah! Aku sayang kau orang! Sayang sangat! Aku ada sebab kenapa aku pergi macam tu je!"

"Sudahlah Aqilah, kalau kitaorang bertiga boleh hidup tanpa kau selama 10 tahun ni, tahun akan datang mesti okey je. Kitaorang dah lama lupakan kau. Lepas hari ni, kita bukan kawan lagi." balas Wani.

"Aku memang tak patut muncul balik! Dari dulu, aku susahkan orang je! Sakitkan orang!"

Aqilah mengetap bibir. Hatinya sakit sangat. Kedua belah tangan mengenggam erat baju.

"Aku nak terangkan... Tapi... Kau orang tak nak dengar."

Pintu bilik Aqilah dikuak perlahan dari luar. "Aku nak dengar."

"Azwa!"

Azwa masuk ke dalam bilik Aqilah. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja solek. 

"Kenapa kau kat sini? Kau tak marah aku ke?"

"Orang gila je yang tak marah!" Azwa terus sahaja mengetuk kepala Aqilah dengan kuat.

"Auch sakitlah!"

Azwa ketawa. Aqilah turut tergelak.

"Tapi, sayang aku kat kau melebihi marah aku."

"Fuyyoo!" Aqilah memeluk Azwa erat. "Lepas kau kahwin ni makin jiwang."

"Kau nak kena ketuk lagi eh?"

"Tak nak... Tak nak... Ampunkan hamba." Aqilah meleraikan pelukan.

"Wani dengan Mini sakit hati sangat tu. Kau tahukan Wani paling rapat dengan kau. Jadi mestilah dia paling terluka. Dia tu mulut cakap lain, hati cakap lain. Dulu kalau kitaorang lepak, dia selalu ingat kau."

Air mata Aqilah bertakung di tubir mata menunggu masa untuk jatuh. Mukanya mula kemerahan.

"Kau tak payah fikir sangat apa yang Wani cakap. Dia kan tak matang macam aku. Lagipun, kau ingat Harith lagi?"

Aqilah mengangguk. Dia masih ingat lelaki yang menyukainya dari dulu sama seperti Zariel.

"Lepas kau pergi, Harith pun tak boleh move on. Dia betul-betul suka kau sampaikan dia dah practise nak buat persembahan untuk kau masa hari graduasi tau tapi sekarang dia dah boleh terima. Wani pun tak give up ngurat si Harith tu."

"Harith ni mangkuk ayun! Wani tu lagi better dari aku. Terima jelah Wani tu."

"Tapi pada aku, yang paling kesian mestilah Zariel. Aku tak sangka aku dapat jumpa kau balik tau! Mesti Zariel cari kau kan?"

"Taklah... Aku kerja kat hotel dia weh sebab tu boleh jumpa."

"Kitaorang pun pelik juga dengan Zariel. Dia minat medic tapi tiba-tiba jadi ahli perniagaan."

Aqilah mengeluh. Barang hantaran di atas katil ditenung sayu.

"Kau dah kenapa? Macam tak bahagia je?"

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now