Aqilah mengetap bibir geram. Pagi-pagi buta sejurus selepas solat subuh, dia sudah bangun untuk membersihkan kolam renang milik 'tuan rumah'.
Rambut yang sudah terlerai diikat kemas. Mulut mendengus kecil.
"Hmm mengeluh ke tu?" sinis Zariel menyoal lalu dia duduk di atas buaian di tepi kolam. Buku yang bertajuk Genghis Khan Penakluk Dunia dibaca.
Aqilah memandang sekilas. Dia menjeling tajam. Menyibuk duduk kat sini juga! Kaki melangkah ke bahagian tepi kolam yang jauh dari Zariel.
Daun-daun kering yang bertaburan di permukaan air kolam renang dibersihkan menggunakan tongkat teleskopik dan skimmer di hujungnya. Akalnya ligat mengingati kembali keadaan kolam itu ketika dia memasuki rumah ini buat pertama kalinya semalam.
'Rasanya semalam kolam ni bersih je! Kenapa pagi ni kotor semacam?'
Aqilah mengangkat kepala memandang Zariel. Dia yang kotorkan kolam sendiri ke apa ni?
"Apa tengok-tengok? Aku tahu aku hensem."
"Perasan!" cebik Aqilah.
"Jangan lupa sarapan dengan baju aku."
Mata Aqilah membulat. "Weh kau dah besar panjang jadi gemuk macam ni! Baju seluar tak boleh seterika sendiri ke?"
"Kau siapa? Aku siapa?" Zariel tersenyum sinis.
Aqilah terkumat-kamit mengajuk percakapan berlagak Zariel. Dia membersihkan kolam renang sambil mengocakkan air dengan kuat tanda protes.
...............................................
Aqilah mengelap peluh di dahi. 'Huh penatnya.' Dia memandang pada cadar katil berwarna hitam milik Zariel yang sudah ditukar.
"Gelap mengalahkan dalam kubur ni." Mata melilau melihat sekeliling bilik yang hampir kesemuanya berwarna hitam. Hanya sedikit sahaja barang berwarna putih dan kelabu.
"Mana baju aku?" Suara Zariel menyentakkan Aqilah.
"Kau nak...." Badan Zariel yang sasa itu ditilik. Air menitik dari rambut ke bidang dada. Rambut Zariel yang basah dan terjuntai ke dahi itu membuatkannya kelihatan seksi.
Pantas Aqilah menutup muka. 'Apa aku fikir ni!' Zariel tersenyum sinis.
"Ehem." Aqilah merenung baju kemeja di tangan. "Kau nak pakai yang mana?"
Zariel melangkah ke almari lalu mencapai sehelai kemeja berwarna putih. Aqilah tercengang. Tadi suruh seterika tiga kemeja ni lepas tu tak nak pakai pula!
"Kau... Nak tolong pakaikan ke?"
"Tak ingin!"
"Habis tu, kenapa tak keluar? Ke nak tengok?"
Aqilah mengetap bibir. 'Eiii yang aku sengal tunggu kat sini tu kenapa!' Segera kaki dihayun keluar dari bilik.
"Haish. Baik aku bersiap dulu lepas tu baru buatkan dia sarapan. Nanti tinggal pakai tudung je."
Usai menukar pakaian, Aqilah menapak turun ke bawah. Dapur menjadi destinasi yang dituju.
Selangkah kaki melangkah ke dapur, dua orang pembantu perempuan dalam lingkungan 20an segera berganjak keluar.
"Selamat pagi puan."
Aqilah terpinga-pinga. "Erm, selamat pagi. Tak payahlah panggil puan. Panggil Aqilah je."
"Kami pergi dulu puan."
"Nak pergi mana? Saya menakutkan sangat ke?" Aqilah meraba-raba kepalanya. Manalah tahu pagi pertama sebagai isteri Zariel ada sumpahan tumbuh tanduk ke.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...