"Mak! Ada hantu!" jerit Wani kuat.
"Ni akulah. Boleh pekak telinga dengar suara kau." balas Aqilah. Dia menggosok-gosok telinganya.
Wani memetik suis lampu di ruang tamu. Dia bergegas duduk di sebelah Aqilah. Mata galak memerhatikan rakannya.
"Kau Aqilahkan?"
"Iye." jawab Aqilah dengan nada geram.
"Bila hari lahir aku?"
Aqilah menepuk dahi. Ya Tuhan, bagaimana aku boleh berkawan dengan minah ni? "16 Ogos weh."
"Okey ni Aqilah je yang tahu. Kalau kau boleh jawab baru betul kau Aqilah. Apa nama manja yang mak ayah aku panggil?"
Dada diurut laju. 'Sabar Aqilah, sabar.' Wajah Wani ditenungnya tajam. "Mak ayah kau panggil kau baby. Patutnya tambah perkataan tua kat belakang baru sesuai. Ha orang yang kau suka mula dengan huruf H macam Harry Potter, Hafreez Adam dengan Harith. Betulkan? Jadi, dah boleh berhenti merepek."
Wani menggaru kepala yang tidak gatal. "Hehehe janganlah marah. Lagipun, ni salah kau! Kenapa duduk dalam gelap? Siapa je tak terkejut! Tadi kata nak tidur." bebel Wani.
"Satu lagi, Zariel tahu ke kau tidur rumah aku?" sambung Wani.
Aqilah menggenggam jari-jemari. "Tahu kot." Air mata Aqilah bertakung.
"Eh eh, kau kenapa? Takkan sebab aku tak percaya kau Aqilah, kau nak nangis pula?"
Aqilah tergelak. "Bukanlah ngek! Aku... Aku nak berpisah dengan Zariel."
"Woi! Gila ke?" lantang suara Wani bertanya.
Aqilah terus memeluk Wani. Dia menangis teresak-esak. Air mata berjuraian laju jatuh ke bawah.
"Aku yang suruh dia lepaskan aku." suara tangisan Aqilah semakin kuat.
Wani memukul belakang badan Aqilah. "Kau yang suruh? Weh, dia sayang kau dari tingkatan 2! Dia terlalu sayangkan kau! Ingat senang ke nak jumpa orang yang akan sayang kau macam Zariel sayang kau?"
Aqilah berkerut menahan sakit tetapi kesakitan itu tiada apa kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia rasa.
"Aku marah sangat. Terlalu marah. Kau faham tak bila kita risaukan seseorang dan kita nak tengok dia hidup bahagia tapi orang tu salah erti niat kita. Dia anggap macam kita nak punahkan kebahagiaan dia. Aku geram sebab tu aku terlepas cakap."Air mata dikesat laju. Pelukan dilepas. Wajah Wani ditolehkan supaya melihatnya. "Okey, sekarang ni aku nak buat apa? Kalau dia betul-betul ceraikan aku macam mana?"
"Buat selamba macam badak jelah. Itu yang kau nak."
Lengan Wani ditampar kuat. "Aku tak sengajalah! Macam mana kalau dia betul-betul ceraikan aku?"
Wani menggosok lengan sambil kepala digelengkan. "Kalau kau fikir macam tu maknanya kau tak percaya cinta Zariel pada kau. Mungkin kau anggap kata-kata dan perbuatan Zariel tu sekadar hiasan. Percayalah cakap aku, dia takkan ceraikan kau. Sebab apa tau? Kau dunia dia. Kau segalanya untuk dia. Bumi mengelilingi matahari, macam itulah hidup Zariel yang bergerak mengitari hidup kau."
Aqilah menepuk kedua belah tangan. "Wow, ayat kau yang akhir tu gempak! Asal Harith tak jatuh cinta dengan kata-kata bersemut kau eh?"
"Tak payahlah sebut nama dia."
"Kenapa pula ni? Gaduh juga ke?"
Wani mengeluh. "Aku penat. Aku pun manusia biasa yang tahu erti penat tau weh. Lagipun aku perempuan. Aku asyik terkejarkan dia, kadang-kadang aku rasa aku tak tahu malu. Aku rasa maruah aku dipijak tapi diri sendiri yang buat."
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...