Ugut

4.1K 284 60
                                    

Aqilah menatap buku akaun bank di tangannya. Kemudian, kepala didongak ke atas melihat bank di hadapannya.

"Aku dah tak kisah dah! Apa nak jadi, haa jadilah! Tapi.., RM300000 aku... Haish! Zariel! Kenapa kita kena jumpa balik! Kenapa!" teriak Aqilah sekuat hati.

"Pfft hahahaha."

"Kenapa dengan perempuan tu?"

"Gila kot."

Zariel memerhati tingkah laku Aqilah dari dalam keretanya. Dia menggengam tangan seperti penumbuk. Rancangannya tidak menjadi!

Pantas Aqilah berlari masuk ke dalam bank. 'Malunya! Eiii kenapa aku jerit kat sini!'

Cause you are the apple to my pie
You are the straw to my berry
You are the smoke to my high
And you are the one I wanna marry

Tangan meraba-raba mencari telefon pintar di dalam beg tangannya. Nombor Puan Haslinda tertera di skrin. Dia menjawab panggilan ibunya.

Muka Aqilah terus berubah cemas. Panggilan dimatikan. Terus sahaja dia berlari keluar dari bank masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan lalu kereta bergerak menyusuri jalan raya menuju ke hospital.

Tanpa berlengah, Zariel pantas mengikuti Aqilah. Walaupun dia berasa lega gadis itu tidak jadi mengeluarkan duit namun persoalan apa yang terjadi asyik terngiang-ngiang di kotak fikiran.

................................................

Aqilah menggenggam erat buku akaun bank di tangannya. Air mata yang menitis menuruni pipi mengalir ke dagu diseka kasar.

Ye! Keselamatan atoknya lebih penting dari kebebasan diri sendiri. Biarlah dia hadap lelaki kejam itu asalkan atoknya boleh ada dengan dia sampai bila-bila.

Baru sahaja kaki melangkah setapak, mulutnya ditekup kuat dari belakang. Dia diseret masuk ke dalam sebuah bilik oleh seseorang.

Aqilah meronta-ronta minta dilepaskan. Sebaik sahaja mata melihat gerangan yang menculiknya, rontaan semakin kuat. Perasaan takut berganti dengan kemarahan yang meluap-luap.

Matanya bertembung dengan anak mata milik Zariel. Mulut Aqilah disumbat dengan kain manakala tangan diikat menggunakan tali leher.

Zariel berdiri di hadapan Aqilah dengan bibir terukir senyuman puas. Dia tidak menyangka keadaan seperti ini akan berpihak kepadanya.

Bulat mata Aqilah memandang Zariel. Kaki ligat menyepak kuat lelaki itu. Pantas, dia berdiri mahu keluar dari situ.

"Kalau kau lari, aku tak teragak-agak buat benda yang kau tak suka."

Aqilah menatap Zariel tajam. Kepala didongak ke atas memberi pertanyaan 'Apa kau nak buat?'

"Contohnya macam... Lagi 9 bulan 10 hari, kau lahirkan anak aku."

Pantas kaki Aqilah menendang Zariel tetapi tidak mengena. Lelaki itu laju sahaja mengelak.

"Tandatangan perjanjian ni dan atok kau selamat."

Aqilah melihat sehelai kertas yang berada atas meja di hadapannya. Mata laju membaca apa isi kandungan perjanjian itu.

Kepala digeleng laju! Aqilah berdiri mahu keluar dari bilik itu.

Zariel menarik Aqilah. Tangan dicengkam kuat pada pergelangan gadis itu.

"Kau tak nak tandatangan, atok kau dalam bahaya. Kau tahukan dia kena dibedah sekarang juga! Kenapa kau kena tandatangan? Sebab doktor yang akan bedah atok kau ada kat sini."

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now