"Aisyah! Apa jadi ni?" soal Raudah separa menjerit.
"Tak tahu. Selama ni okey je. Kenapa boleh jadi macam ni pula." ngadu Aisyah.
"Yummy cakap apa?" celah Aqilah.
"Yummy suruh kita ambil semua kek kita yang ada kat kedai dia. Yummy nak batalkan kontrak bulanan mulai bulan ni."
"Aduh macam mana ni? Kalau Tuan Zariel tahu pasal ni, kita semua kena pecat." kata Elina.
"Apa-apa pun, kita balik dululah. Sekarang dah pukul 6 dah. Kita dah boleh balik. Esok, kita bincang." arah Raudah.
"Hah? Esok macam dah lambat je. Tak boleh ke hari ni kita...." Kata-kata Aqilah mati. Mereka semua hanya mengambil beg masing-masing dan keluar dari dapur meninggalkan Aisyah dan Aqilah.
"Kak Aisyah? Okey ke tak?"
"Tak... Akak tahu diorang nak letakkan salah tu kat akak. Akak yang selama ni uruskan kontrak dengan Yummy. Kontrak Yummy tu pun akak yang tandatangani wakil cafe ni dulu." Air mata mula bergenang di tubir mata milik Aisyah.
Aqilah yang melihat keadaan wanita di hadapannya mula berasa tidak senang. Dia tidak tahu mahu berbuat apa.
A breath of relief
And I realised
No we are not promised tomorrow
So I'm going to love you
Like I'm going to lose youAisyah menjawab panggilan dari pengasuh anaknya.
Aqilah tertanya-tanya dari riak wajah Aisyah yang berkerut seribu. Dia mula rasa susah hati. Macam-macam masalah datang sejak dia dipindahkan ke dapur lima.
Aisyah menghempas telefon pintarnya sedikit kuat di atas meja. Kedua tangan meraup muka. Serabut!
"Kenapa kak? Akak okey?"
"Akak tak tahu nak buat apa! Akak macam nak gila. Bekas suami akak.... Dia... Dia nak hak penjagaan Iskandar."
Iskandar? Aqilah berkerut. Oh mungkin Iskandar tu nama anak Kak Aisyah.
"Kalau kita semua kena pecat, akak takde kerja. Kalau dia tuntut hak penjagaan anak macam mana?" Air mata jatuh menitis ke pipi. Aisyah tersedu-sedan.
"Erm, akak, saya cuba cakap dengan Tuan Zariel. Mana tahu dia boleh tolong."
"Akak rasa Tuan Zariel macam berdendam dengan kita semua. Macam ada yang tak kena. Jadi dia takkan tolong kita."
Aqilah mula berasa longlai. Dia baru terfikir! Kata-kata Zariel tadi seakan memberi satu petunjuk.
"Saya taknak tengok satu kontrak pun terlepas dari cafe ni terutamanya dapur lima."
Jadi, maksudnya, Zariel tahu apa yang jadi! Zariel tahu yang Yummy nak tarik balik kontrak tu! Sebab tu dia dah bagi amaran dulu!
Aqilah mencapai beg tangannya lalu berlari selaju yang boleh menuju ke arah lif. Dia meluru masuk ke dalam lif lalu menekan tingkat paling atas. Dia mahu bersemuka dengan lelaki itu.
"Eh! Aqilah, nak pergi mana?" Natasya memberhentikan Aqilah.
"Zariel... Zariel mana?" tanya Aqilah, tercungap-cungap.
"Ouh Tuan Zariel baru je balik. Dia kata ada hal."
"Dia balik hotel lagi tak?"
"Tak. Dia kata dia terus balik rumah."
"Alaa! Macam mana ni?"
"Tapi dia baru je dalam lima minit yang lepas balik. Mungkin kat tempat letak kereta lagi."
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...