"Aqilah! Azihah! Atok dah sampai ni!" laungan suara Puan Haslinda di pagi hari memang mampu menyegarkan anda daripada mamai.
"Mak, cair taik telinga angah dengar mak jerit tau." Azihah menggosok-gosok telinganya yang berdesing akibat jeritan lantang itu.
"Mak, mak rasa hari ni hujan tak? Malaslah nak bawa payung. Beg tu gemuk macam bawak anak gajah." Aqilah berkira-kira sama ada mahu membawa payung lipat ke sekolah ataupun tidak.
" Mak rasa hari ni hujan."
"Weh, cepatlah! Dah 10 tahun aku tunggu kau cerita pasal payung tu." kata Azihah sambil bersalaman dengan Puan Haslinda.
"Erm... tak payah bawalah. Hati aku kata hari ni tak hujan. Mak, nak salam."
Setelah masuk ke dalam kereta, Encik Usman seperti biasa menjalankan tugas sebagai 'Pencegah Barang Tertinggal'. Mana taknya, kau fikir tak penat ke nak patah balik rumah kalau dah sampai sekolah hanya kerana tertinggal barang?
"Semua dah bawa?"
"Dah, atok!" jawab Aqilah dan Azihah serentak.
..........................................
"Weh, Zariel. Layanlah aku ni. Aku kebosanan yang amat duduk sebelah kau. Kau tak kesian kat aku ke?"
Zariel hanya mengabaikan rungutan Irfan. Dia sedang fokus melukis wajah Aqilah pada kertas contengan. Sesekali dia membayangkan Aqilah di tepi tasik dengan tudungnya yang melambai-lambai akibat tiupan angin. Wajah Aqilah yang sedang memejamkan mata sambil menghayati alam semulajadi.
'Argh comelnya Aqilah!'
Irfan mendengus perlahan. Sudah beberapa kali dia menguap akibat kebosanan mendengar apa yang diajarkan oleh Cik Husna, guru matapelajaran Sains itu. Dia melihat Zariel sedang khusyuk melukis sesuatu. Apa yang si Muhammad Kedekut Suara bin Bakhil ni buat eh?
Perlahan-lahan Irfan mendekati Zariel dan... 'zzzappp!' Kertas contengan itu bertukar tangan.
"Eh ni bukan kawan bidadari aku ke? Kau syok kat dia eh?" tanya Irfan sambil menjungkitkan keningnya.
"Aku tak ada masa nak layan kau. Bagi kertas tu." Zariel memandang Irfan dengan perasaan geram.
"Bapak ah, perempuan ni boleh buat kau bercakaplah, hohoho."
Tiba - tiba, sebatang marker berdakwat hitam melayang tepat mengenai dahi Irfan.
"Saya mengajar kat depan, awak berdua seronok-seronok kat belakang! Bangun! Berdiri sampai habis kelas saya!"
"Alaaa... cikgu! Waktu cikgu lagi 45 minit baru habis. Cikgu tak kesian ke saya yang kacak lagi bergaya ni berdiri? Jatuhlah saham saya." Irfan tidak mahu pelajar perempuan di kelasnya menarik diri daripada kelab peminat Irfan Hensem.
"Kalau nak duduk, jawab soalan saya! Jika anda seorang pereka bentuk dalaman, bagaimana anda mereka bentuk pawagam dengan mengurangkan pantulan bunyi? Bagi dua jawapan je."
"Susahnya!"
"Apa jawapannya weh?"
"Buku teks muka surat berapa?"
Kedengaran suara-suara pelajar kelas 3 Jujur itu sibuk mencari jawapan.
"Erm... soalan apa ni cikgu? Kita belum belajar bab ni lagi." Irfan meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Pawagam perlu dikelilingi langsir tebal untuk menyerap bunyi dengan berkesan dan dinding pawagam perlu ditutupi dengan bahan lembut untuk mengurangkan pantulan bunyi." jawab Zariel kemudian kembali duduk menyambung lukisannya yang hampir siap sepenuhnya.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...