Coklat

4.1K 337 94
                                    

"Perhatian kepada semua pelajar tingkatan tiga, selepas waktu rehat tamat, diminta pelajar Islam pergi ke surau manakala pelajar Cina dan India berkumpul di dewan."

Kring
Kring

"Bye korang, aku kena pergi dewan. Hari ni last kita sekolah nanti jangan lupa on whatsapp." kata Mini dengan wajahnya yang seakan tidak rela untuk pergi ke dewan.

"Relaks ah, nanti kita lepaklah cuti sekolah." pujuk Wani.

"Haah. Kita boleh chat kat whatsapp." Tambah Aqilah pula.

"Aku bukan sedih nak pisah dengan korang. Aku sedih duduk sorang-sorang kat dewan nanti."

"Kurang asam! Aku ingat dia sedih hari ni last kita sekolah." kutuk Azwa.

Mini terketawa kecil di atas kejayaan drama sedihnya. "Bye korang."

"Bye." sahut Aqilah, Azwa dan Wani sambil melambai-lambai mengiringi pemergian Mini.

"Jomlah pergi surau. Aqilah ni dari tadi kemas barang tak siap-siap." bebel Wani.

"Taraa!" jerit Aqilah sambil tangannya memegang sekotak coklat Ferrero Rocher.

"Aku nak!"

"Nak satu!"

Secepat kilat, Aqilah menyorokkan kotak coklat itu. "Aipp! Ni bukan aku punya. Ni aku nak bagi cikgu aku. Haa ni aku belikan untuk korang. Sorang dapat tiga."

"Thanks sayang! Rugi siaa Mini tak dapat coklat." ujar Wani teruja.

"Aku dah letak coklat kat beg Mini. Aku ni seorang yang adil dan saksama, okey!"

"Cikgu? Cikgu siapa kau nak bagi?" tanya Azwa kehairanan.

"Cikgu Math akulah. Zariel Firdaus."

"Fuhyoo! Korang ada apa-apa eh?" Wani cuba untuk mengorek rahsia Aqilah.

"Otak kau! Aku selama ni tak pernah rasa dapat markah tinggi Math. Hari tu percubaan, aku dapat 83. Aku happy gila tau! Korang pun tahu selama ni aku dapat 40 lebih je. Masa jawab PT3 hari tu, aku dapat jawab dengan tenang. Aku ingat step. Tu semua sebab Zariel."

"Ouh haah eh, dia tulis macam-macam tips nak ingat step untuk kau. Siap ada sebab asal jawapan kau salah." sokong Azwa.

"Macam mana nak bagi? Kat surau nanti?" tanya Wani.

Aqilah pusing ke belakang. Dia menjerit, "Zariel! Aku tahu kau ada kat sini. Keluar kejap je. Nanti sambunglah balik ikut aku. Dah marah pun kau tetap ikut jugak."

Zariel terus berlari ke arah Aqilah. Azwa dan Wani sudah ternganga dengan 'keajaiban' yang mereka sedang lihat.

"Nah. Ni hadiah sebab ajar aku Math bukan sebab aku suka kau! Kau jangan perasan pulak."

"Yeay! Terima kasih! Saya takkan makan coklat ni! Saya akan simpan sampai bila-bila." jerit Zariel kuat dengan wajahnya yang terpancar kegembiraan.

"Gila! Buang tebiat! Sukahati kaulah!" Aqilah terus lari meninggalkan Zariel menuju ke surau. Wajahya merah padam kerana malu. Pertama kali dia memberi hadiah kepada lelaki. Wani dan Azwa juga berlari mengejar Aqilah sambil mengutuk tindakan Aqilah yang pergi begitu sahaja.

....................................

"Assalammualaikum!"

"Waalaikummussalamwarahmatullah Ustaz Amar." sahut semua pelajar Islam yang berada di surau sekolah.

"Ustaz saje cadangkan kat pihak sekolah supaya ceramah kerohanian adalah aktiviti terakhir untuk pascaPT3. Bukannya ustaz tak tahu, ada je makhluk yang sebelum PT3, pergh alim betul! Ada yang botakkan kepala siap pakai songkok padahal selama ni rambut fuh style retis je. Lepas habis PT3, dah lupa Allah balik dah."

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now