Haiii ~
Eh jangan pergi dulu ! Baca sampai habis hahahhaha 😂
Ni bukan bab baru tapi sis nak promote cerita baru sis . Haaa cerita ni pendek je dalam 30 - 35 bab 🙄
Genre Romance pertama sis ~ ❤
Apa akan jadi bila crush yang kita stalk dari sekolah menengah ajak kita kahwin?"Aku akan batalkan niat nak saman kau asalkan... kau... be my girl!"
"Hah? A... Apa?"
"Kahwin dengan aku. Jadi milik aku."
Gila! Tak ada maknanya Haura Imani akan setuju dengan lamaran itu. Bagi Aiman Asyraf pula, memilih untuk menjadikan Haura Imani sebagai teman hidupnya adalah perkara yang tepat sebelum menyerahkan gadis itu kepada lelaki lain yang lebih layak.
"Aku... Aku is.... Isteri kedua?"
Terkedu. Kekecewaan. Itulah yang dirasakan oleh Haura Imani. Hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau kemudian disalai atas bara api dan selepas itu, dicurah kuah lemak cili padi. Pedih!
"Kalau kau tak suka aku, kenapa kahwin dengan aku! Aku bukan perampas!"
Bila tiba masanya untuk Aiman Asyraf melepaskan Imani kepada Syazril, dia merasakan tidak sanggup! Hatinya yang beku mula bernyanyi-nyanyi lagu C.I.N.T.A oleh XPDC.
"Saya tak sanggup kongsi awak dengan orang lain. Saya tahu awak sayangkan saya dan saya pun sayang awak!" - Umairah
Aiman Asyraf tersepit. Perlukah dia meneruskan perkahwinan bersama Umairah, gadis yang sememangnya sesuai dengan jiwanya?
Atau memilih Haura Imani yang mencairkan hati bekunya menjadi semanis gula-gula kapas?
Isteri yang memang dia sukai versus isteri yang amat mencintai dirinya? Siapa yang akan memegang kunci hati Aiman Asyraf pada akhirnya? Semua akan terjawab dalam Aku Haba, Kau Ais!
-blurb-
Ni challenge dari G2C untuk siapkan sebuah novel pendek dalam masa 3 bulan bermula bulan ni 😊
Siapa yang lepas baca blurb kat atas tu terus rasa excited nak baca ? Angkat tangan ! Meh sis tengok ramai ke tak 😂
Bye bye , thanks selalu support sis 💕💞
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...