4 Sains !

4K 339 106
                                    

"Pelajar 4 Sains dah boleh pergi kelas baru awak kat tingkat tiga tau, blok belah kiri."

"Okey, cikgu!"

"Yes!"

"Jom! Cepat-cepat! Aku nak duduk bawah kipas!" kata Aqilah dengan nada separa menjerit.

"Jom! Aku taknak duduk belakang sangat!" Azwa terus berdiri sambil tangannya ligat mengemas barang.

"Weh! Tunggulah aku!" jerit Wani. Kedua tangannya penuh dengan buku teks yang baru sahaja pelajar 4 Sains terima pagi tadi.

"Haah! Aku pun tak masukkan buku lagi! Cepatnya kau orang kemas!" bebel Mini yang sedang mengikat buku teksnya.

"Argh, takpelah, aku dengan Aqilah jagakan tempat kau orang berdua!"

"Bagus juga idea kau tu hehehe aku malaslah nak lari. Haa pergi! Pergi cepat! Siap kau orang kalau tak dapat duduk bawah kipas!" bebel Wani.

"Amboi! Sesedap asam pedas mak aku je kau nak arah-arah aku eh?" Aqilah memandang Wani sambil tangannya mencekak pinggang.

"Dah, jom! Sambung gaduh malam nanti!" Azwa menarik lengan Aqilah lalu mereka berdua berlari dengan beg besar ke arah kelas baru.

Zariel yang melihat Aqilah sedang berlari ke kelas segera menghampiri Cikgu Nabit. "Cikgu, saya dah boleh masuk 4 Sains sekarang?"

"Boleh boleh boleh! Haaa kan comel bercakap macam ni! Bukannya diam je!" kata Cikgu Nabit sambil menarik kedua pipi Zariel.

Zariel risau sekiranya Aqilah jatuh tangga atau tersadung sehingga cedera lalu dia berlari mendapatkan gadis itu.

"Haish budak ni! Aku baru puji dah dia buat perangai balik. Main pergi macam tu je. Apa salahnya cakap cikgu, saya pergi dulu ye. Susah sangat ke? Dasar kulit lupakan kucing betul! Aku tau yang uruskan pertukaran kelas dia!"

"Hah? Apa Cikgu Nabit? Kulit lupakan kucing? Kacang lupakan kulitlah!" Cikgu Zuraiha tersengih mendengar peribahasa baru yang dicipta rakan sejawatannya.

"Hehehe Zu salah dengarlah tu. Saya cakap kacang lupakan kulitlah! Erm..., eh dah pukul 10 lebih, saya ada kelas. Pergi dulu ye!" ujar Cikgu Nabit dan segera berlalu dari situ.

"Comelnya Cikgu Nabit ni!" bicara Cikgu Zuraiha seorang diri sambil bibir mengukir senyuman lebar.

.....................................

"Pffft, hahaha penat aku lari! Ini yang aku dapat?" Aqilah memandang kerusi dan meja yang tersusun rapi di belakang kelas.

"Kan! Aku ingat dah siap susun meja dengan kerusi rupanya....."

Pelajar lelaki pantas berlari mendapatkan kerusi dan meja masing-masing. Aqilah dan Azwa yang baru sahaja ingin mengambil tempat tergamam. Mereka hanya berdiri statik memerhatikan tingkah laku rakan sekelas. Ada juga pelajar perempuan yang tidak mahu mengalah berhimpit-himpit dan berebut meja dengan pelajar lelaki.

Zariel dan Hafeez berbalas pandangan. Masing-masing merenung tajam. Tangan mereka terlekap kemas di atas sebuah meja.

"Lepaskan tangan kau! Ni meja Aqilah!" Harith berkata dalam nada yang keras.

Zariel hanya melihat Hafeez sinis. Tangannya semakin kuat mencengkam tepi meja itu. Dia tidak akan sesekali mengalah dengan saingannya.

"Alaaa! Semput aku naik tangga dengan beg berat ni! Last-last, tak dapat duduk!" rungut Wani dengan nafasnya yang tersekat-sekat.

"Jomlah letak beg kat sini, kita cari meja dengan kerusi kat tingkat bawah." kata Mini. Pasrah sahajalah, mahu buat bagaimana lagi.

"Ayuh kawan-kawan! Kita pergi tingkat bawah!" jerit Aqilah, bersemangat.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now