Azwa, Mini dan Wani pantas berlari mendapatkan Aqilah yang berada di tingkat paling bawah.
"Kau okay tak? Zariel marah kau ke?" Azwa risau dengan keadaan Aqilah yang seakan tergamam.
"Zariel?" tanya Aqilah.
"Iye, nama budak yang mandi mi kari kau tu, Zariel Firdaus. Budak kelas paling belakang. Aku kenal dia pun sebab dia famous wey. Dia tu pendiam giler-giler! Semua orang tak pernah dengar suara dia even cikgu pun!"
"Wey! Wey! Tadi dia cakapkan? Kitaorang nampak dia ada cakap dengan kau! Dia cakap apa dok?" Wani tidak sabar untuk mengetahui apa yang telah dikatakan oleh Zariel.
"Dia cakap yang dia suka aku."
1 saat
2 saat
3 saatDan terlepaslah tawa daripada tiga orang sahabat Aqilah.
"Kau jangan lah main-main. Tak lawak dok." kata Mini dengan sisa tawa yang masih keluar dari mulutnya.
"Entah kau ni! Takkan lah budak pendiam tu cakap macam tu!"
Mereka bertiga menyambung ketawa mereka kembali tetapi terus senyap apabila terpandangkan Aqilah yang sedang merenung mereka tajam setajam mata pedang, fuh!
"Serious ke?" tanya Wani.
"Kau tengok muka aku. Ada nampak macam muka penipu ke?" balas Aqilah geram.
"Ada lah sikit-sikit dalam 99%."
Kata-kata Sharrmini itu mengundang satu tamparan kencang daripada Aqilah tepat mengenai bahunya.
"Auch sakitlah! Gurau jelah. Untunglah ada orang suka. Tak macam aku, huhuhu."
"Tapi kan, fuh aku tak boleh percaya yang Aqilah ni berjaya buat dia bercakap. Tak sangka taste si Zariel tu minah tiga suku." Wani pula menyambung.
"Eiiii kurang asam jawa plus keping betul lah kau ni! Bila masa aku tiga suku hah?"
"Siapa je tak kenal kau? Suka cakap kuat-kuat, ketawa mengalahkan keturunan pontianak!"
"Dah-dah, jangan gaduh. Jom makan! Rehat dah nak habis ni." Azwa meleraikan pertikaman mulut mereka sebelum perang dunia ketiga meletus.
"Siapa lambat, dia kena ambil air!" jerit Wani yang terus berlari naik ke tingkat atas.
Mereka bertiga pun terus berlari mengejar Wani tetapi tahu-tahu sahajalah siapa yang kalah. Mestilah insan yang tidak suka berlari.
...................................
Sesudah tamatnya kelas tambahan pada hari itu, pelajar tingkatan dua masing-masing menelefon ibu bapa mereka tetapi bukan Aqilah. Dah menjadi kebiasaan Aqilah pulang dengan berjalan kaki.
"Fuh panasnya hari ni! Nasib rumah aku dekat, kalau jauh memang aku dah panggil skandal aku si Thor tu." bebel Aqilah seorang diri.
Zariel melihat Aqilah berjalan kaki keluar dari sekolah dan terus mengekori gadis itu. Sesekali matanya memandang pada kesan kotoran mi kari pada baju yang dipakai dan kembali melihat Aqilah dengan pandangan penuh makna.
"Haish, balik rumah kena siapkan homework Math! Dahlah tadi aku dimalukan!"
Aqilah tiba-tiba teringat kembali kejadian memalukan di kelas Math selepas rehat tadi.
"Semua dah siap latihan tadi?" tanya Cikgu Azilah.
"Dah."
"Dah cikgu!"
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Ficção AdolescenteHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...