Pergi

5.1K 269 60
                                    

Mata mereka berdua bertemu. Zariel memandang Aqilah tidak berkelip. Jantung Aqilah berdetak sedikit laju. Mana tidaknya, dia akan berkumpul dengan mak ayah Zariel dan boleh pula lelaki itu memberikannya pandangan yang susah ditafsirkan.

"Ehem, ada apa-apa yang tak kena ke? Kenapa... Kau pandang aku macam tu?"

"Erm, takde apa." Zariel memasukkan gear lalu kereta bergerak keluar dari garaj.

Aqilah menilik tudung bawal berwarna ungu yang dipakai melalui cermin. 'Okey je muka aku! Kenapa dia tengok macam tu?' Mulut Aqilah muncung. Blouse putih bermotifkan flora serta skirt ungu ditenung. Dia mencari jika ada apa-apa kotoran pada pakaiannya.

Zariel tersenyum kecil melihat tindak-tanduk gadis itu. 'Kau perfect. Terlalu sempurna. Aku yang beruntung sebab dapat kau.'

Lagu yang dimainkan di radio mengisi kesepian di dalam kereta. Sesekali Aqilah turut bernyanyi dengan suara yang perlahan. Berdebarnya rasa nak bersua dengan ibu Zariel.

"Nur Rania Aqilah."

Aqilah mengangkat kepala menoleh ke arah Zariel. "Apa? Tak payahlah panggil nama penuh aku." Dia tersengih pelik.

Zariel menggengam stereng kereta sedikit kuat sambil menahan perasaan. Dia rindu saat dia menyebut nama penuh itu semasa melafazkan akad nikah.

"Aku rasa aku nak beli hadiah untuk mama. Apa pendapat kau?"

Wajah Aqilah berkerut. "Erm, belilah. Mesti dia suka dapat hadiah dari kau."

"Tapi... Sebenarnyakan, aku tak tahu nak bagi mama apa. Aku tak tahu apa yang sesuai dengan umur mama. Lagipun, aku tak pernah belikan apa-apa untuk dia sepanjang aku kerja. Jadi, kau ada idea tak?"

Aqilah menongkat dagu. "Hmm, kejap eh. Biar aku fikir untuk kau." Matanya meliar memandang sekeliling di luar tingkap.

"Kau buat pesanan kat restoran mana eh?"

"Aurora Steakhouse."

Aqilah mengangguk. 'Tempat mahal.' Dia sambung berfikir lagi hadiah apa yang sesuai untuk mama Zariel.

"Aha! Nanti kita singgah dekat kedai depan Aurora Steakhouse tu dulu."

"Nak buat apa?"

"Beli hadiah mamalah, apa lagi? Lepas tu, kita jalan kakilah pergi Aurora Steakhouse. Boleh tak?"

"Okey."

Zariel memarkirkan keretanya berdekatan kedai yang diberitahu oleh Aqilah. Dia membetulkan kemeja yang dipakai. Mata mengerling rambutnya di cermin.

"Dah hensem dah tu. Jom, cepat turun!"

"Aku hensem ke?"

Aqilah memandang wajah Zariel. Eh, baru perasan suaminya menukar stail rambut baru tidak seperti penampilan di hotel. Rambut yang sedikit menutup dahi itu membuatkan Zariel kelihatan lebih tampan dari biasa. Ini kalau pekerja hotel tengok ni mahu diorang menjerit ibarat terkena histeria.

"Jom. Kau pula yang lambat."

Aqilah segera menyaingi langkah Zariel yang sudah ke hadapan.

"Macam-macam ada kat sini. Kau boleh pilih nak beli apa."

"Kau rasa aku patut bagi apa?"

Mata Aqilah menangkap sinaran sesuatu. Dia segera menghampiri kilauan itu.

"Wow, cantiknya!" Tangan laju menilik brooch berbentuk bunga saiz sederhana besar.

Zariel tergelak perlahan melihat mulut Aqilah yang terlopong.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now