Aqilah melihat dirinya di hadapan cermin . Dia memakai t-shirt perkhemahan sekolah yang berwarna merah dipadankan dengan seluar track. Lipatan pada tudung bawal hitam yang dipakainya segera diperkemaskan.
Matanya memandang ke arah jam dinding yang digantung kemas. 6:55 pagi! Bas akan bertolak kira-kira pukul 7:40 pagi. Segera dia mengangkat sebuah beg galas dan sleeping bag.
Susah payah pintu bilik tidur ditutup menggunakan tangan yang memegang beg. Tiba-tiba, pintu bilik Aqilah terbuka kembali dengan sendirinya. Dia berasa pelik kerana tidak pula ada angin untuk menolak pintu itu.
Semasa tangan mencapai tombol pintu sekali lagi, dia dapat merasakan seolah-olah ada kelibat yang berlalu seperti angin di belakangnya. Secara refleks, dia terus menoleh ke belakang. Tiada siapa!
Meremang bulu roma Aqilah apabila akal fikiran mula berfikir yang bukan-bukan. Pantas, tangan memulas tombol pintu dan menutupnya. Kaki pula diatur laju menuruni tangga. Hampir sahaja dia jatuh tergolek di tangga bersama beg-begnya.
"Yang kau turun macam kena kejar hantu ni kenapa?" tanya Puan Haslinda.
"Erm, takde apalah. Kan dah lambat. Ha dah lambat."
"Tahu pun! Cepat sarapan! Nanti lapar!"
"Okey mak." Aqilah terus mencapai roti bakar di atas meja makan dan mula mengisi perutnya.
"Bawa handphone? Nanti mak nak telefon senang."
"Memang bawa tapi kalau tak angkat call mak tu maksudnya dah kena rampaslah tu."
"Jangan seronok sangat kat sana. Jaga diri. Pergi mana-mana ajak kawan. Dengar cakap cikgu. Mulut tu! Jangan celopar! Jangan 'tegur' kalau nampak apa-apa!"
"Baiklah kapten! Anak kapal menurut perintah!"
"Banyak kau punya kapal! Makan cepat nanti atok sampai dah tak sempat makan."
Aqilah segera menghabiskan makanannya. Sesudah membasuh pinggan, dia bersalam dengan ibunya. Puan Haslinda memeluk Aqilah. Air mata yang bergenang segera dihapus.
"Jaga diri." pesannya lagi.
"Okey mak. Jangan risaulah."
Azihah yang sedang tidur di sejadah selepas solat subuh itu dipandang dengan gelengan kepala. Dia mencium dahi adiknya.
"Bye gemuk!" Aqilah tersengih.
"Bye mak! Assalammualaikum!" Dia melangkah masuk ke dalam kereta.
"Waalaikumussalam." Air mata yang sedang mengalir pantas dihapus.
.....................................
"Sikat?" tanya Azwa.
"Dah." jawab Mini, Aqilah dan Wani.
"Berus gigi?"
"Ada."
"Minyak wangi?"
"Ada."
"Eh mana? Aku letak kat mana?" tanya Wani separuh menjerit.
"Kat bahagian bawah kot." balas Mini.
"Ala nanti aku bagilah kau sikit. Tak payah ah macam orang kena histeria." kata Aqilah.
"Wuhuu! Ni yang sayang kau ketat sendat padat ni!" Segera bahu Aqilah dirangkul erat.
"Dah-dah Hafeez tengah tengok kau."
"Mana? Mana?" Wani memandang sekeliling.
"Kantoi suka Hafeez! Hahaha!" Aqilah mengusik Wani. Azwa dan Mini sudah terketawa melihat muka Wani yang memerah.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Novela JuvenilHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...