Zariel dan Irfan memandang sahaja pelajar yang lalu-lalang memasuki pintu pagar sekolah. Mereka menunggu pujaan hati masing-masing.
"Kenapa diorang tak datang lagi ni? Dah pukul 7:15. Perhimpunan pun dah nak mula." tanya Irfan. Wajahnya sudah tergambar kebosanan menunggu Azwa.
"Entahlah. Aku risau ni. Harap Aqilah okey je." balas Zariel. Matanya tidak jemu memerhati kalau-kalau buah hatinya sudah datang.
"Haaa! Kau balik sekolah nanti jangan lupa on whatsapp tau! Aku dah masukkan kau dalam kelab K.S.D!" kata Irfan dengan bangga.
"Aku ingat kau main-main dengan idea tiga suku kau tu rupanya kau buat jugak." Zariel menayangkan muka menyampah.
"Eh mesti! Kelab ni supaya kita semua lebih bersemangat tau! Aku dah masukkan Aakil sekali."
"Aakil?"
"Alaaa kita semua ada matlamat yang sama jadi aku masukkan dia dalam kelab."
Irfan teringat akan kejadian pada hari semalam.
Irfan berdiri di hadapan kereta milik Aakil mahu menghalang lelaki itu dari pergi. Aakil menekan pedal minyak lalu mengundur keretanya dan sekali lagi, laluannya dihalang oleh Zariel pula.
"Budak-budak ni kalau dah bosan hidup, janganlah pilih kereta aku sebagai cara nak jumpa malaikat maut." Aakil mendengus kasar. Terus sahaja pintu kereta dibuka lalu dia keluar dari kereta.
"Ye adik-adik dah banyak sangat amal soleh ke sampai dah sedia nak mati?" tanya Aakil sinis.
"Amboi mulut. Kitaorang nak bagi kau amaran." Perlahan-lahan Irfan melangkah mendekati Aakil dengan pandangan yang sengaja ditajamkan.
Zariel turut menghampiri Aakil dari belakang tetapi mukanya bersahaja.
"Bro.... Auch!" Baru sahaja tangan Irfan melekat di bahu Aakil, terus sahaja tangan dia dipulas dengan kuat.
"Eiiii sakitlah! Aku tak buat apa pun kat kau! Huhuhu." Irfan mengadu kesakitan.
"Siapa suruh buat muka macam nak rompak aku. Kan dah kena."
Zariel berada di belakang Aakil. Tanpa teragak-agak, Aakil terus melayangkan buku limanya kepada Zariel tetapi dia mengelak. Aakil hampir sahaja tersungkur ke atas jalan raya.
"Aku bukan nak gaduh. Aku nak tanya je... Apa niat kau dekat dengan Aqilah eh?" soal Zariel. Tajam dia memandang Aakil.
"Eish bukanlah! Siapa je yang nak try Aqilah. Apa yang kau nak dengan Azwa! Haa cakap!" gertak Irfan. Mukanya sengaja dikerutkan agar kelihatan lebih garang.
"Hahahaha...." ketawa Aakil meletus. "Kau orang ni perasan tahap tak boleh bawak bincang ah. Aku suka Sharrmini okey!"
"Lah bagitahu awal-awal. Buat penat je gaduh." Irfan mengelap peluh di dahi.
"Kau orang berdua yang serang aku dulu." Aakil menggelengkan kepalanya.
"Okey ah, aku nak balik." kata Zariel.
"Kejap-kejap. Kau suka Sharrminikan?" Irfan menapak menghampiri Aakil. "Nak masuk kelab K.S.D tak?
"Kelab apa tu? Bunyi macam... tak best." Aakil sengih.
"Kelab Kejar Sampai Dapat!" Aku suka Azwa! Dia suka Aqilah. Kau suka Sharrmini. Kelab ni banyak faedah tau. Kita boleh gabung cari idea. Buat aktiviti setiap bulan. Lepastu...."
Zariel terus melangkah pergi. Macamlah ahli dalam kelab ramai sangat sampai nak sembang kencang macam tu!
"Haaa Aakil bagi nombor telefon dia. Jadi aku dah masukkan dia dalam kelab kita! Yeah!" teriak Irfan.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...