Kem 3

3.2K 246 31
                                    

Amaran ; bab ini paling panjang. Jangan bosan ye 😂

Peraturan untuk aktiviti night walk pada malam itu adalah seorang peserta dari setiap kumpulan akan dilepaskan secara berseorangan. Tiada sebarang sumber cahaya dibenarkan dibawa bersama. Peserta hanya perlu mencari jalan keluar berpandukan pada tali yang diikat pada pokok.

Kelainan dalam aktiviti malam ini berbanding dengan night walk dalam perkhemahan sebelumnya yang pernah disertai oleh Aqilah ialah mereka perlu berkumpul dalam kumpulan sebelum sampai di penghujung jalan.

Aqilah melepaskan keluhan. Dia peserta terakhir. Apalah nasib menjadi orang akhir dalam kumpulan masuk ke dalam hutan. Hanya kerana dia tingkatan lima dan tua setahun dari ahli kumpulannya yang lain, dia perlu mencari mereka semua. Kemudian barulah berjalan bersama untuk sampai ke destinasi akhir.

'Kenapalah fesi tukar kumpulan! Kan bagus guna kumpulan tadi je!' kutuk Aqilah di dalam hati.

"Saya peserta terakhir di dalam kumpulan empat perlu mengumpulkan empat ahli yang lain dan sampai ke dewan."

"Okey, jalan!" arah Tuan Zul.

"Bismillahirrahmanirrahim." ucap Aqilah sebelum melangkah masuk ke dalam hutan. Apa yang dapat dilihatnya hanyalah kegelapan malam. Tali di tangan digenggam erat seperti tidak mahu lepas. Hati tidak henti-henti membaca ayat Qursi.

Setelah lama berjalan, dia langsung tidak menjumpai ahlinya yang kedua. Pelajar perempuan yang bernama Marhani itu langsung tidak kelihatan. Padahal dia tidak pernah melepaskan tali di tangan. Dia sesat ke?

Hati mula berasa resah. Akal ligat memikirkan perkara negatif. Perasaannya bercampur-baur. Mata tidak henti memandang sekeliling mana tahu ada hantu ke apa. Kepala digeleng sekuat hati. Jangan fikir bukan-bukan!

Tiba-tiba, tali yang dari tadi menjadi panduannya terputus. Dia meraba-raba sekeliling. Langsung tidak ada tali. Perlahan-lahan, Aqilah mencangkung.  Tangannya tercari-cari tali seterusnya tetapi tiada.

Air mata mula menitis jatuh ke bawah. Ya Allah, ujian apa kali ini. Bantulah aku, Ya Allah!

"Aqilah!" teriak seseorang.

Aqilah yang mendengar teriakan perempuan itu terdiam. Dia mengetap bibir. Hantu ke? Dia berfikir sejenak. Oh ye! Kata laluan kumpulan empat!

"Ba... Batu api?" Menggigil Aqilah menuturkan dua perkataan yang dibina sesama ahli kumpulannya. Ini semua idea dari Marhani, penghuluwati itu.

"Ais batu!" jerit suara itu. Itu adalah balasan kepada kata laluan kumpulannya.

Aqilah bangkit secara perlahan. Air mata dilap laju menggunakan lengan hoodie. Dia berjalan lambat-lambat ke arah suara itu. Tidak tahu mengapa hatinya tidak berasa sedap. Perasaannya tidak enak. Tetapi itu sahaja jalan yang ada.

Aqilah berhenti. Dia sudah keliru mana datangnya teriakan itu.

"Batu api!" suara itu menjerit lagi.

Apabila mendengarkan jeritan itu, dia berjalan lagi. Lama-kelamaan, suara itu semakin jelas dan kedengaran sebiji seperti suara Marhani.

Aqilah tersenyum lega. Dia menghayunkan kaki lebih laju lagi. Akhirnya, dia menjumpai ahli yang kedua.

Pondok kecik di hadapannya ditatap lama. Kenapa Marhani berada di dalam situ?

"Marhani?" tanya Aqilah dalam keadaan ketakutan.

"Aku tak jumpa tali tadi. Lepas tu, aku ingat pondok ni tempat akhir. Aku masuklah. Lepas tu, aku terkurung. Tolong buka weh!"

Aqilah tercari-cari kunci di tombol atau apa-apa alat untuk buka pintu pondok itu tetapi dia tidak menjumpai apa-apa.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now