Zariel bangun pada pukul 5 pagi. Hari ini dia mesti sampai ke sekolah sebelum pukul 6:30. Dia ada misi yang harus diselesaikan. Misi? Misi berkaitan gadis kesayangannya. Dia sempat melihat baju sekolahnya yang kotor dengan kesan mi kari tergantung kemas pada dinding sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
Setelah selesai menyiapkan diri dan menunaikan tanggungjawab terhadap pencipta, Zariel turun ke bawah untuk bersarapan. Cik Ina yang sedang menghidangkan sarapan terkejut melihat anak bosnya menunggu di meja makan. Selalunya selepas Encik Niezal ke hospital barulah Zariel turun untuk bersarapan.
"Awal Zariel pergi sekolah hari ni." tegur Cik Ina.
Zariel hanya meneruskan suapan nasi goreng tanpa terdetik sedikit pun di dalam hatinya ingin membalas teguran Cik Ina.
Encik Niezal yang sedang berjalan menuju ke arah dapur terkejut melihat wajah anaknya di meja makan. Dia berasa gembira kerana menyangka anaknya ingin bersarapan bersama. Setelah Encik Niezal menapak tepat di meja makan, Zariel terus memberhentikan suapan dan keluar dari rumah.
"Pakcik Mad, saya nak pergi sekolah sekarang."
Terkejut pakcik Mad mendengar suara Zariel. Telinganya ditepuk sederhana kuat. Mana lah tahu dia salah dengar. Sepanjang dia bekerja di situ, seminggu sekali pun sukar untuk mendengar Zariel bercakap.
'Eish kenapa lah aku tak rakam saat-saat keajaiban tadi.' gumam Pakcik Mad di dalam hatinya.
Pakcik Mad sempat melambai tangan kemudian menghantar flying kiss kepada isterinya, Cik Ina.
Apabila mendengar bunyi pintu kereta ditutup, benarlah Zariel yang bercakap tadi. Pakcik Mad segera menghantar Zariel ke sekolah.
Zariel terus keluar dari kereta Ferrari itu dan duduk di tempat menunggu van serta bas sekolah. Dia mengerling sekilas ke arah jam tangannya.
'Baru pukul 6:28!' Zariel mengeluarkan sebatang pen dan sebuah buku... buku diary!
Pakcik Mad yang sedang ralit memerhatikan Zariel tersentak apabila mendengar bunyi hon dari kereta belakang. Dia segera meninggalkan kawasan perkarangan sekolah itu.
Satu persatu kenderaan lalu di hadapan Zariel tetapi bukan milik Aqilah. Jam di tangan menunjukkan pukul 7:03 pagi. Kelihatan sebuah kereta Avanza berhenti. Zariel sempat menangkap wajah buah hatinya dan nametag yang dipakai. Dia mencatat Nur Rania Aqilah dan di bawahnya, Avanza JJN 2311.
Dia segera bangun dan mengekori Aqilah dari belakang. Aqilah menayangkan senyuman di wajahnya kepada pengawas perempuan yang berada di sebelah kanan pintu pagar sekolah. Zariel melihat pengawas lelaki yang bernama Hafeez memandang Aqilah dengan tekun serta senyuman manis terukir di bibir. Dia segera melagakan bahunya dengan bahu Hafeez dan berjalan mengikuti Aqilah seperti tiada apa yang terjadi.
Hafeez memandang Zariel geram. 'Apa pasal lah budak tu. Sesedap ABC je langgar aku. Eh sekejap... tu bukan budak yang kena simbah dengan mi kari Aqilah ke?'
Aqilah memakai jam tangannya sambil berjalan. Zariel menulis pada diarynya 'senyum kat pengawas' dan di bawahnya 'pakai jam tangan kiri sambil berjalan'. Dia tersenyum. Semua yang dilakukan oleh gadis itu sungguh comel!
Zariel melihat Aqilah duduk di barisan kelas 2PK1 dan berbual dengan tiga orang budak perempuan. Zariel menulis 2PK1, Sharrmini, Norzaiha Azwa, Hanissyazwani.
Selepas habis sesi perhimpunan, Zariel mencari di mana terletaknya kelas 2PK1.
'Okay dah jumpa! Duduk depan sekali berdua dengan Hanissyazwani di barisan tengah.'
Zariel mencatat maklumat yang diperolehinya di dalam diary. Buku tersebut penuh mengenai Aqilah, Aqilah dan Aqilah.
Okay, misi dah selesai!
.................................
Bunyi sahaja loceng yang menandakan waktu rehat, Zariel lah manusia paling teruja. Dia terus berlari keluar dari kelasnya menuju ke kelas 2PK1. Semua orang yang berjalan di hadapannya, dia langgar. Pelajar-pelajar itu mendengus kasar apabila dijadikan mangsa langgar dan lari oleh Zariel.
Zariel tersenyum kecil melihat gadis pujaan hatinya sedang membebel di hadapan kelas.
"Weh korang, cepatlah! Nanti karipap tu habis. Dahlah sedap!"
"Sabarlah. Aku tengah kemas barang ni. Nanti hilang, siapa nak tanggung?" kata Mini.
"Kau ni, hari-hari asyik makan karipap je. Tak bosan ke? Dari awal kita form two sampailah dah nak naik form three." bebel Wani pula.
Zariel terus berlari ke kantin dan beratur untuk membeli karipap. Memang ramai pelajar yang membeli karipap buatan makcik kantin. Tiba giliran Zariel, karipap sudah habis dijual.
Zariel berjalan menuju ke arah seorang pelajar lelaki yang memegang satu plastik berisi tiga ketul karipap.
"Aku nak beli karipap tu."
"Eh mana boleh, ni karipap aku. Penat aku beratur!"
"Aku bagi kau RM5."
"Lah kenapa kau tak cakap awal-awal. Nah ambil lah."
Zariel terpandang Aqilah yang sedang berlari ingin membeli karipap. Terpancar kekecewaan di wajah Aqilah apabila karipap sudah habis. Zariel menghampiri budak lelaki tingkatan satu sambil membisikkan sesuatu dan menyerahkan RM2. Zariel rela tidak makan asalkan Aqilah gembira.
Pelajar lelaki tersebut mendekati Aqilah sambil menyerahkan satu plastik berisi karipap.
"Nah kak."
"Hah? Kenapa bagi akak?" tanya Aqilah pelik.
"Ada satu abang ni suruh bagi."
Sebelum sempat Aqilah bertanya, pelajar tersebut melarikan diri.
"Wuuuu, ramai jugak peminat kau eh!" ejek Wani.
"Untunglah orang tu. Kita ni tak ada orang pandang pun." kata Azwa sambil menunjukkan riak sedih.
"Aku tak kisah pun pasal diorang. Pelik je suka orang macam aku. Yang aku kisah sekarang ni, papan kenyataan kelas sempena kemerdekaan tu... siapa nak hias? Huhuhu aku seorang je yang kena buat, tahulah aku AJK keceriaan tapi kerjasamalah sikit!"
"Kesian kau wey. Kelas kita separuh budak perempuan. Kan dah nak exam akhir tahun. Diorang memang struggle habis-habisanlah. Diorang takkan nak hias punya papan kenyataan tu." kata Azwa.
"Alaaa kitaorang kan ada. Mestilah kitaorang tolong." kata Mini.
"Thanks korang so ada idea ke?" Aqilah memandang muka tiga sahabatnya dengan pandangan yang bercahaya.
"Erm, tak ada. Hihihihi." Wani tersengih menayangkan giginya yang putih.
"Sabar jelah ye Nur Rania Aqilah." Aqilah menenangkan dirinya sambil memikirkan apa yang perlu dia hias sempena sambutan kemerdekaan agar kelasnya menang. Malulah kalau kelas No1 di tingkatan dua kalah.
'Hias papan kenyataan kelas? Hmm, dont worry my dear, I will help you.' desis Zariel di dalam hati.
- Wahai readers yang berada di wattpad , ku seru kalian datang ke sini , bacalah cerita aku , vote dan comment -
- Harapnya jampi yg sis baca menjadi lah ye -Siapa yang selalu baca + vote + comment , thank youu tau . Daripada 0 view dah jadi 104 views . Hahaha . Korang yg vote + komen ni , sis akan follow korang balik . Then , sis usyar lah crita korang . Kalau sis suka , sis add kat reading list so ada cerita nk baca .
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Novela JuvenilHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...