Cef

3.5K 289 63
                                    

Aqilah melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik mesyuarat. Perasaannya bercampur-baur. Memanglah dia berasa gembira kerana dapat bersua kembali dengan Zariel selepas sepuluh tahun tetapi hatinya tetap berasa tidak sedap.

Pintu bilik mesyuarat dipandang sepi. Dia seakan mahu terbang dan pergi jauh dari situ.

"Aqilah? Kenapa tak masuk lagi?" tanya Liliana juga seorang sekretari di situ.

"Ouh... Urm... Haa ye nak masuklah ni. Hehehe." Aqilah tergagap-gagap. Kakinya yang menggigil diabaikan.

"Boleh bukak pintu tak? Tangan penuhlah." ujar rakan sejawatan Aqilah.

Aqilah memandang beberapa cawan teh di atas dulang yang dibawa oleh gadis itu. "Bo... Boleh."

Dia menolak pintu bilik mesyuarat lalu berjalan masuk tanpa memandang sesiapa. Aqilah mengambil tempat sedikit jauh dari Zariel Firdaus. Tangan digenggam. Mata dilarikan memandang ke arah tingkap.

Usai acara tandatangani kontrak antara pihak Syarikat Jerman dan Hotel Eternal Love itu berjaya, pemilik hotel iaitu Encik Yusuf bangun dari duduknya.

"Terima kasih semua. Hari ini saya sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan syarikat dari Jerman. Bukan itu sahaja, saya secara rasmi mengumumkan pemilik hotel Eternal Love yang baru iaitu Zariel Firdaus. Beliau seorang yang...."

Telinga Aqilah sudah tidak lagi berminat untuk mendengar apa yang sedang diucapkan oleh Encik Yusuf. Dia seperti ada di dunianya sendiri.

"Saya suka awak."

"Eh tak, saya rasa saya cintakan awak."

"Saya akan jadi Thor awak sampai bila-bila."

Kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Zariel Firdaus itu bermain di akal fikirannya. Kepala digeleng laju! Semua itu sudah tidak penting lagi.

"Cik Aqilah?"

Panggilan dari Tuan Yusuf itu menyedarkan Aqilah dari lamunannya. Dia segera berdiri. Anak matanya bertembung dengan anak mata Zariel yang berdiri di sebelah Encik Yusuf.

"Saya nak minta maaf ye pasal kejadian pagi tadi. Saya tak bagitahu yang syarikat dari Jerman tu akan sampai awal. Ini semua adalah rancangan Zariel untuk melihat persediaan para pekerja hotel ni."

Aqilah hanya mampu tersengih melihat Encik Yusuf yang tersenyum memandangnya.

'Perlu ke nak lihat persediaan para pekerja dengan libatkan mak ayah aku sekali?' Aqilah mengeluh perlahan.

"Selepas ni, jumpa saya kat bilik." Zariel pergi meninggalkan Aqilah bersama Encik Yusuf setelah mengucapkan sebaris ayat itu.

Aqilah termanggu-manggu. "Bilik? Eh bilik apa? Belum kahwin lagi dah nak satu bilik?"
Dia seakan dalam keadaan blur. Kepala diketuk kuat.

"Auch! Bilik pemilik hotel ni! Asal aku fikir bilik tidur! Eiii gatalnya anak Puan Haslinda ni!" Aqilah mengutuk diri sendiri.

...............................................

"Hidangan untuk jamu orang dari syarikat Jerman gagal disiapkan. Gagal menahan perasaan sampai bergaduh mulut. Gagal kawal keadaan. Gagal selesaikan masalah dengan baik sehinggakan bergomol atas lantai. Wow!" Zariel menepuk tangan bukan untuk memuji tetapi menyindir.

"Tapi, aku... Saya berjaya halang media dari buat anggapan sendiri. Saya dah lambatkan masa supaya Encik Yusuf sampai tepat pada waktunya."

"Halang media? Kalau dah halang, media takkan sampai sini." perli Zariel lagi.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now