"Zariel..." panggil Aqilah dengan nada meleret.
"Erm."
Zariel yang sedang memandu di sebelah diliriknya melalui ekor mata. Wajah suaminya yang sedikit kepenatan dipandang dengan rasa serba salah. Dia sememangnya rasa letih selepas pulang dari tempat perkhemahan itu tetapi Zariel lagi perlukan rehat.
"Apa? Jangan pandang aku lama-lama. Aku malu."
Aqilah tersengih. "Malu ke? Muka kau macam tak malu je. Eh, bukan. Macam takde perasaan."
"Kalau aku takde perasaan, rasa cinta yang mendalam untuk kau ni apa namanya?" sengaja Zariel mengusik.
Kepala Aqilah tertunduk ke bawah. Dia mengetap bibir. Jantung sudah mula mengepam laju.
"Kau nak cakap apa? Cakap jelah." tanya Zariel.
"Aku... Aku nak jumpa Isyraf boleh tak?"
"Kenapa pula? Nak buat apa jumpa dia? Dia nak apa dengan kau? Asal banyak-banyak perempuan kat dunia ni, dia nak jumpa kau?"
Soalan Zariel yang bertalu-talu itu mengundang ketawa Aqilah.
"Kenapa gelak?"
"Yelah, bukan senang kau nak cemburu ni. Comel!"
"Aku selalu je cemburu. Kau je tak tahu."
"Ye ke? Nak tahu juga bila! Aku tak perasan pun."
"Tak payah. Kenapa dia nak jumpa kau?"
"Aku tak tahu kenapa tapi aku memang nak jumpa dia. Aku nak bagitahu pasal perkahwinan kita. Status aku."
Zariel menahan senyum. "Good job." Dia mengusap kepala Aqilah lembut.
Aqilah mencebik. "Kat Restoran Tujuh Petala Cinta."
"Mengada punya Isyraf. Jumpa jelah kat tepi jalan ke apa. Jumpa pula kat restoran cinta."
"Kau...."
"Aku apa?"
"Kuat cemburu juga eh?" Aqilah tersengih.
Zariel hanya diam. Fikirannya menerawang tentang rahsia di sebalik siapa Isyraf yang sebenarnya. Dia cuma harap lelaki itu berterus terang kepada Aqilah. Mahu sahaja dia memberitahu Aqilah soal itu tetapi dia tidaklah mahu masuk campur.
"Zariel... Marah ke? Kau tahukan aku sayang kau dari dulu lagi."
"Pujuk lagi. Tak cukup."
"Eii Zariel! Aku seriuslah."
Zariel tergelak. "Aku tahulah. Aku percayakan kau."
Bibirnya mengukir senyuman bahagia. Zariel jarang ketawa. Tawa suaminya itu tadi kedengaran benar-benar ikhlas. Paling penting, gelak itu kerana dirinya.
................................................
"Ada apa Encik Isyraf nak jumpa saya?"
Isyraf menatap wajah gadis itu sayu. Perempuan yang dia rasa ikhlas ingin dijadikan suri hatinya tetapi tidak boleh.
"Tak payahlah panggil saya Encik Isyraf. Panggil je Abang Isyraf."
"Kenapa abang pula?"
Isyraf meneguk minuman di hadapannya. "Sebelum tu, abang nak bagitahu sesuatu tapi Aqilah jangan takut pula. Sebenarnya, abang sukakan Aqilah. Bukan suka tapi cinta."
Aqilah terdiam. Bibirnya diketap rapat. Nafas ditarik dalam sedalamnya. "Aqilah... Aqilah dah kahwin."
"Abang tahu." Isyraf menahan sesak di dada.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Novela JuvenilHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...