"Dapur lima? Dapur yang tak berasap tu?" jerit Aqilah. Dia terkejut. Ini bukan hukuman tetapi balas dendam! Kepala didongak ke atas untuk melihat Zariel. Lelaki itu memandangnya dengan senyuman sinis.
"Aku tak pandai masak. Buat pencuci mulut pun ke laut Hindi. Nak ke dapur tu tiba-tiba pecah jadi sepuluh?" Aqilah cuba mempengaruhi fikiran Zariel.
Zariel berjalan mendekati Aqilah. "I dont care at all. I am the boss. You must listen to me." Dia menatap tajam wajah bersih milik Aqilah.
Aqilah terus sahaja berlalu keluar dari bilik pemilik hotel itu. Air mata yang mahu menitis jatuh ditahan sehabis boleh. Dia mencapai kotak besar di bawah meja kerjanya. Tangan ligat mengemas satu-persatu barang miliknya masuk ke dalam kotak itu.
Sebutir air mata jatuh lantas diseka laju. Bibir diketap rapat menahan esakan dari keluar. Sudah lama dia bekerja di situ. Tidak sangka dia akan mengalami kejatuhan seperti ini.
"Kenapa kau kemas barang? Kau nak berhenti ke?" tanya Wanda, salah seorang juruaudit di hotel itu.
"Eh tak... Aku... Aku kena...."
"Kena jadi cef kat dapur lima? Hahaha... Semua orang dah tahulah. Tak payah nak gagap sangat." Wanda ketawa terbahak-bahak. Kelakar melihat reaksi Aqilah yang serba salah mahu memberitahu perkara sebenar.
"Dulu aku selalu ingat kau ada potensi dalam hotel ni. Aku dekati kau pun sebab aku nak tiru cara kau bekerja. Nak dapat perhatian dari bos sebab Tuan Yusuf sayang kau. Tak sangkalah pulak lepas Natasya datang, serius dia perfect! Dia idola aku!" sambung Wanda lagi.
Aqilah terdiam. Dia tak sangka orang yang dianggap kawan sebenarnya lawan. Hatinya tidak mahu menerima sebarang kejutan. Cukuplah dia harus menjadi cef.
Wanda melihat wajah tergamam Aqilah. Dia tersenyum puas. "Kau tu hanya 0.1% kalau nak dibandingkan dengan Natasya. Jadi, tolonglah jangan tunjuk muka kau kat sini lagi. Sedar diri tu! Aku takut kitaorang dijangkiti nasib malang kau."
Aqilah yang baru sahaja ingin membalas kata-kata itu terpaku. Fail yang Zariel minta semalam mengenai data-data hasil pendapatan hotel dicampak begitu sahaja ke dalam bakul sampah. Tangannya memegang satu lagi fail. Mungkin Natasya yang menghasilkan fail itu.
Bibirnya mengukir senyuman hampa. Kepala ditunduk ke bawah menahan air mata dari jatuh. Tabahlah hati. Kau boleh! Betul kata Wanda! Siapalah aku jika dibandingkan dengan Natasya.
Zariel hanya memandang Aqilah yang mengangkat kotak dan menjijit beg tangannya dengan reaksi kosong di muka. Langkah gadis itu dilajukan menuju ke arah tangga.
Pintu dikuak dari luar lantas Aqilah meloloskan diri. Mata memandang sekeliling. Kosong!
"Fuh bersih. Tangga cantik je! Kalau macam ni, naik tangga hari-hari pun boleh." Aqilah tersenyum melihat keadaan sekeliling yang kemas.
Dia duduk di tangga. Tangan diraup ke wajah berkali-kali agar berhenti menangis. Hatinya sakit. Tidak tahu kenapa. Mungkin kerana kata-kata Wanda atau sikap Zariel. Jari-jemari digenggam bentuk penumbuk. Lupakan semua kata-kata yang dia dengar tadi. Dia mahu mengumpul kekuatan.
Setelah dirinya berasa sedikit tenang, perlahan-lahan kaki melangakah menuruni tangga. Dia tidak menaiki lif kerana takut disindir lagi. Biarlah dia penat asalkan selamat dari mulut orang yang lagi tajam dari mata pedang.
"Huh." Keluhan yang kuat dilepaskan apabila melihat Cafe Eternal Love di hadapan matanya. Dia masuk ke dalam. Matanya terpaku memandang keadaan cafe yang kelihatan mewah, cantik dan mempunyai aura tersendiri.
Anak mata tertancap pada dua perkataan di pintu. Dapur Lima! Tempat kerja barunya itu di hujung sekali.
Kaki dihayun longlai. Dia seakan tidak percaya kerjayanya berakhir seperti ini. Tombol pintu dapur itu dipulas lalu dia menejam mata masuk ke dalam.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...