Jodoh Azwa ke ?

5K 424 154
                                    

Beberapa bulan kemudian,

Whatsapp
Geng Akak Sado💪

Mini si ikan masin:
Weh tunggu kat mana esok?

Wani si belacan:
Asal? Takut ke bang? Takut sesat ke?

Aqilah:
Kenapa pulak sesat?

Mini si ikan masin:
Takutlah! Esok kita form 3. Mesti ada budak baru masuk nanti. Taknak beratur sorang kat barisan kelas baru.

Azwa si budu:
Poyo lah Mini ni! Tunggu kat bus stoplah. Aqilah!! Kau selalu datang lambat.

Aqilah:
Iye, aku datang cepat demi sayang-sayang aku ni.

Mini si ikan masin:
#akubukanserai

Azwa si budu:
Mini dah maju siaa! Baguslah si Mini ni.

Wani si belacan:
Aqilah lah yang ajar Mini bukan-bukan. Hohoho.

Aqilah:
Aku jugak yang kena! Okaylah, aku nak iron
baju ni. Jangan lupa mimpi aku yang cantik ni tau.

Geng Akak Sado? Sebab diorang ni mana ada boyfriend. Ni kes acah sado tanpa teman lelaki.

Selepas Aqilah selesai menggosok baju sekolahnya, dia terus merebahkan diri di atas katil.

'Dah tujuh tahun aku bersekolah tanpa abah. Dari darjah dua hingga aku dah tingkatan tiga. Abah memang jahat!' Aqilah mengenangkan nasibnya yang tidak semua orang dapat merasai keperitan tersebut.

Lama - kelamaan Aqilah tertidur.

"Hai, boleh Nia duduk sini tak?"

"Aku taknak duduk dengan kau! Ayah kau jahat! Kau anak orang jahat!"

"Kenapa, Sofea? Kau jerit kuat-kuat tadi."

"Dia anak orang jahat! Dia nak duduk sebelah aku! Nanti dia pukul aku macam ayah dia pukul ayah aku!"

"Mak aku cakap ayah dia hisap dadah."

"Dadah tu apa?"

"Aku tak tahu. Mak aku cakap dadah tu benda tak elok."

"Haa aku ingat! Ayah dia pukul ayah aku sebab tak bayar duit dadah."

"Eiii jahatnya ayah kau! Kau pun mesti nak pukul kitaorang kan? Pergi! Kitaorang taknak kawan kau!"

"Pergilah tadika lain. Kenapa kau tadika kat sini!"

"Aqilah anak orang jahat."

"Aqilah anak orang jahat."

"Aqilah anak orang jahat."

"Diamlah! Aku bukan anak orang jahat! Ayah aku baiklah!"

Sofea geram dengan pernyataan yang keluar dari mulut Aqilah. Aqilah taknak mengaku! Sofea berlari keluar mengambil sepasang kasut sekolah milik Aqilah.

"Aqilah! Kau taknak mengaku ayah kau jahat? Aku baling kasut kau!"

"Ayah aku baik!" jerit Aqilah sekuat hati.

Sofea pun dengan bangganya membaling kasut sekolah kepunyaan Aqilah ke dalam parit bersebelahan dengan tadika itu.

Aqilah yang melihat kasutnya terapung-apung di dalam parit terus berlari keluar. Dia masuk ke dalam parit untuk mengambil kasutnya. Dia menangis teresak-esak. Dia terdengar gelak tawa rakan-rakan tadikanya. Salah dia ke? Kenapa semua orang menghukum dia? Kalau abah yang salah, kenapa aku yang kena?

Aqilah terbangun daripada mimpi buruknya. Dia beristighfar banyak kali. Air matanya yang mengalir saat bermimpi itu, disapu pantas. Betapa bersyukurnya dia sekarang memiliki kawan atau lebih tepat lagi, sahabat, yang menerima dirinya apa adanya.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now