"Aku rasa ann..., aku patut jumpa pengetualah...." suara Aqilah meleret.
"Eh, kenapa pulak? Jumpa cikgu disiplin dah okey rasanya!" kata Mini yang tidak bersetuju dengan idea Aqilah untuk berjumpa dengan pengetua.
"Haah! Dahlah kepala dia botak lepas tu, garang pulak!" tambah Wani.
"Apa kaitanlah dei kepala botak dengan garang?" tanya Mini, pelik.
"Sebenarnya, aku pun rasa patut jumpa pengetualah. Hal ni makin besar lepas tu rumit." celah Azwa yang dari tadi hanya diam sambil memerhati kawan-kawannya.
"Kan kan! RM50 000 tu banyak sangat weh! Isma pulak tipu kita semua...," ujar Aqilah.
"Bukan kita je..., duit pengetua, PIBG tambah dengan koperasi sekali...." sambung Aqilah lagi.
"Baki yang kau dapat ambil dari Isma ada...." kata-kata Azwa mati apabila mendengar pengumuman dari pengawas sekolah yang bertugas pagi itu.
"Perhatian! Perhatian kepada pelajar yang bernama Nur Rania Aqilah binti Zaki dari kelas 4 Sains, sila berjumpa dengan pengetua di pejabat, sekarang! Ulang suara! Perhatian kepada pelajar yang bernama Nur Rania Aqilah binti Zaki dari kelas 4 Sains, sila berjumpa dengan pengetua di pejabat, sekarang!"
Suasana perhimpunan yang dari tadi bising mula senyap. Pelajar-pelajar yang mengenali Aqilah mula memandang ke arahnya.
Aqilah terlongo. Dia menelan liur. Kakinya sudah terasa lembik tetapi digagahkan jua berdiri tegak.
"Aku pergi dulu eh...." Perlahan suara Aqilah berkata.
"Aku ikut!" Lantang Wani bersuara.
"Aku pun nak ikut!" kata Mini.
"Aku pun! Takkan nak tinggal aku pulak!" Azwa turut sama ingin mengikuti Aqilah.
"Thank you guys! Hmm..., nak nangis ahh macam ni! Asal comel sangat ni!" Aqilah memeluk rakan-rakannya. Terharu!
Mereka berempat berjalan menaiki tangga menuju ke pejabat. Pandangan pelik dari pelajar-pelajar sekolah itu tidak mereka hiraukan.
"Eh asal ramai-ramai nak masuk pejabat ni?" tanya Cikgu Noraini di hadapan pintu masuk pejabat.
"Kitaorang nak jumpa pengetua." Aqilah menjawab pertanyaan guru itu apabila melihat rakan-rakannya terdiam.
'Iyalah macam mana tak jawab, muka guru itu menyeramkan. Macam singa nak terkam tikus sahaja gayanya. Eh singa makan tikus eh?' Aqilah tersenyum kecil.
Wani menyiku Aqilah. 'Orang tengah cuak, dia sengih-sengih macam nak dapat hadiah ni dah kenapa!'
"Tak boleh! Pengetua panggil Aqilah je bukan kau orang sekali...." Cikgu Noraini tegas bersuara.
"Tapi...." suara Wani meleret.
"Takde tapi-tapi!"
"Takpe ah, aku pergi seorang je. Aku okeylah. Takkan ah pengetua nak kunyah daging aku sampai lumat ann?"
"Hahahahaha...." Mini ketawa hambar. Azwa dan Wani hanya tersengih.
"Awak pasti pengetua tak kunyah daging awak? Berani jamin?" Cikgu Noraini menyampuk. Guru-guru lain memerhatikan mereka dengan pandangan tidak menyenangkan. Mereka berempat mula berasa aneh.
'Ada apa ni sebenarnya? Kenapa cikgu-cikgu pandang lain macam?' Aqilah menggeleng-gelengkan kepala. Hatinya cuba ditenteramkan. Perkara negatif yang berada di akalnya diusir jauh-jauh. Kakinya perlahan-lahan diatur ke bilik pengetua.
Tok
Tok"Masuk!" Dingin dan tegas nada suara pengetua memberi izin kepada Aqilah untuk masuk ke biliknya.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...