Truth or Dare

4.3K 237 18
                                    

Angin malam sepoi-sepoi bahasa menyerikan lagi suasana. Mereka berlapan duduk dalam bulatan di hadapan unggun kayu. Bunyi pukulan ombak mengundang rasa tenang bertamu di hati. Masing-masing menghayati pemandangan laut di hadapan mata. Indahnya ciptaan Tuhan.

Setelah sekian lama sibuk bekerja, dapat juga mereka merehatkan tubuh. Minda  terasa kosong tanpa harus memikirkan tentang urusan kerja.

"Seronokkan kalau dapat selalu lepak macam ni." kata Aqilah memecahkan kesunyian antara mereka.

"Tapi, kita semua dah besar. Ada tanggungjawab." balas Azwa.

"Kan best kalau kita semua kecil lagi. Tak payah besar."

Irfan membulatkan matanya apabila mendengar ayat terakhir Wani. "Eh, mana boleh! Nanti aku tak kahwin dengan Azwa."

Senyuman yang mahu terukir ditahan. Azwa tidak pernah menyangka bahawa lelaki yang dibencinya dari zaman sekolah itu jodohnya.  Dia bersyukur walaupun sudah lima tahun mereka berkahwin tetapi dalam fikiran lelaki itu masih dirinya sahaja. Buktinya, semua benda dikaitkan dengan dirinya. Betul kata-kata orang tua, jangan benci orang nanti berjodoh.

Aakil dan Zariel bertukar pandangan sebelum menepuk bahu Hafeez perlahan.  "Cepatlah! Kalau lambat nanti melepas." Aakil berbisik.

"Nak aku cakapkan ke?" celah Irfan dengan suara sederhana perlahan.

"Haa kaulah cakap. Buat macam biasa je tau. Botol dah siapkan?" balas Hafeez.

Irfan mengangguk. Wani dikerling sekilas sebelum berpaling ke arah mereka semua.

"Jom main truth or dare. Mana tahu ada yang nak luah benda penting ke?"

Tujuh pasang mata tertumpu kepada Irfan. Ajakan Irfan itu kedengaran aneh.

"Seriuslah? Hahahaha nak guna apa?" soal Aqilah.

"Tada." jerit Irfan. "Aku ada botol." Irfan menunjukkan sebiji botol kosong yang telah diwarnakan biru merah dan dihias reben.

Zariel dan Hafeez bermain mata memberi isyarat. Mereka hanya menyuruh lelaki itu membawa botol kosong bukannya mewarnakan dan menghiasnya. Bukan bertambah cantik tetapi makin buruk!

"Asal macam korang dah rancang je? Ada botol. Botol tu siap diwarnakan. Ada reben pula tu. Kejap, abang tadi cakap mana tahu ada benda penting nak luah ke? Maksudnya..." Irfan laju menutup mulut isterinya.

Pertanyaan Azwa itu menyentakkan empat orang jejaka. Masing-masing memandang satu sama lain.

Hafeez menggeleng kepala. Ni bukan buat macam biasa tapi dah bocor rahsia. Irfan memang tak boleh harap. Mata menatap wajah gadis kesayangannya yang sedang mengetap bibit menunduk ke bawah. Nampak sangat yang niatnya untuk meluahkan perasaan dapat dikesan. Dia takut jika Wani menolaknya.

Zariel diam memandang Aqilah. Apakah dia patut mendengar jawapan apabila hanya ada mereka berdua sahaja? Dia cuma bimbang jika soalan yang bakal ditanya melukai hati namun dia sudah berjanji. Mereka semua juga berhak untuk mengetahui perkara sebenar.

"Ha cepatlah. Putar botol tu. Siapa mula dulu?" celah Aqilah.

Irfan menggaru kepala. Salah aku ke? Nampak spontan je. Kenapa diorang marah?

Aakil mengambil botol dan memusingkannya. Lapan pasang mata asyik memandang botol itu.

"Yeay, Irfan! Truth or dare?" tanya Aakil.

"Asal aku weh? Aduh." protes Irfan. "Erm, dare."

"Ha pergi kutip lima sampah kat pantai ni."

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now