Mama

4.5K 226 16
                                    

Aqilah tersenyum puas. Tugasnya dapat disiapkan agak awal. Pakaian Zariel sudah diletakkan di atas katil. Sarapan nasi goreng kampung dengan telur dadar dan teh O siap terhidang. Rumah pun dalam keadaan yang bersih.

Tiba-tiba, terasa seperti bahunya dijentik sesuatu. Getah nipis berwarna hijau jatuh ke bawah berdekatan kakinya.

Kepala ditoleh ke belakang. "Eii macam budak kecil je main lastik." Riak wajah Aqilah seakan mengejek Zariel.

"Awal kau siap hari ni. Semalam tido lena sebab mimpi aku ke? Itu yang bangun awal."

Anak mata Aqilah ke atas. Nak muntah!
"Perasan! Pagi ni Isyraf ajak aku sarapan sama-sama."

Air muka Zariel terus berubah 360 darjah. Isyraf lagi! Mahu sahaja dia hebahkan satu dunia yang Aqilah miliknya tetapi bila mengenangkan kejadian semalam, dia tangguhkan dahulu niat. Mana tidaknya, pekerja yang lain terutamanya kawan sekerja Aqilah semasa menjadi sekretarinya asyik bergosip. Lagipun, dia masih tidak pasti apa perasaan sebenar Aqilah terhadap dirinya.

"Woi, kau berangan eh?" Aqilah memetik jari di hadapan muka Zariel. Dicuba dua tiga kali. 'Kenapa tak bunyi pun?'

Zariel menahan senyum. "Ehem... Aku rasa langsir ni dah buruklah. Disebabkan kau siap awal, apa kata kau tukar langsir?"

"Hah? Sekarang?"

Anggukan kecil dari Zariel menaikkan amarah Aqilah. "Takde angin, takde ribut, asal tiba-tiba kau nak tukar langsir?"

"Sukahati akulah."

................................................

"Nah, puan."

Aqilah menyambut huluran langsir berwarna hitam dari pemandu Zariel.

"Ha pasang yang ni."

Daim memandang langsir pilihan majikannya. Kain langsir yang berwarna merah jambu terang dan berbunga putih kuning itu sangatlah bertentangan dengan warna cat rumah yang temanya hitam kelabu.

"Kejap! Jangan pasang dulu." Pantas Zariel berlari turun ke bawah.

Kain langsir yang baru itu ditarik dari tangan Aqilah.

"Eii apa kau buat ni?" Aqilah mencuba menarik balik langsir yang ada dalam pegangan tangan Zariel.

"Bagi aku langsir ni."

"Ahh takde! Aku penat-penat cari dalam bilik tetamu! Siap seterika lagi!"

"Aku tak tahu ni siapa punya langsir tapi... Kau pasti ke langsir pink berbunga-bunga ni sesuai dengan citarasa aku?" Zariel membuat muka.

"Eh eh... Aku selalu dengar orang kata dalam hati lelaki sado macam kau ada taman bunga warna-warni! Jadi memang sesuai sangatlah pilihan aku." Riak wajah bangga dipamerkan.

"Aku tak nak langsir ni."

"Aku tak jumpa langsir lain! Lepaskan kalau kau betul-betul lelaki!"

Zariel terus sahaja mengejar Aqilah.

"Argh! Kau ni annoying!" Aqilah berlari di belakang sofa.

"Bagi aku!"

"Apa yang teruk sangat langsir ni! Cantiklah warna pink! Citarasa kau teruk!"

"Aku nak warna hitam!"

Daim hanya melihat majikannya tarik-menarik langsir. Dia agak terkejut. Selama ni Zariel seorang yang dingin. Dia seakan memandang insan lain di sebalik diri Zariel.

"Argh!" Kaki Aqilah tersadung kain langsir lalu terjatuh ke atas sofa. Zariel yang cuba menarik Aqilah turut menerima nasib yang sama. Untung sahaja tangannya sempat menahan dari menindih gadis itu.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now