Aqilah perlahan-lahan mengeluarkan buku Addmath dari begnya. Sesiapa yang melihat betapa lemah gemalainya Aqilah sudah boleh agak bahawa gadis itu amat membenci Matematik Tambahan.
"Oi cepatlah! Nanti tempat penuh! Ramai orang weh!" panggil Wani. Dia dari tadi melihat Aqilah yang mengambil buku seperti tidak makan sepuluh tahun.
"Aku tak sanggup nak masuk library. Dah putus asa weh lepas jawab Addmath kertas satu. Kertas 2 ni, aku dah redha." jawab Aqilah dengan nada pasrah.
"Apa redha-redha? Tak bertarung sampai habis dah nak lari dari medan perang eh?" celah Cikgu Nabit. Dalam hatinya terselit lucu dengan gaya Aqilah yang seakan sudah nazak.
"Entah Wani ni! Jangan give up! Kertas 2 ni last! Hehehe jemputlah masuk, cikgu!" Aqilah tersengih. Terkocoh-kocoh Aqilah melangkah menuju ke perpustakaan.
"Apa-apa je Aqilah tu." komen Cikgu Nabit.
"Dia memang tak betul sikit hahaha." Wani mengetawakan Aqilah.
Cikgu Nabit hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Weh, lambatlah kau! Ambil buku ke kerja dengan Sasbadi buat buku?" sindir Azwa.
"Aku sesat weh masa cari syarikat Sasbadi. Tu yang lambat." Aqilah membalas sindiran Azwa.
"Siot je minah ni." balas Azwa.
"Hehehe...."
Suasana di dalam perpustakaan terlalu senyap. Tidak seperti hari-hari biasa, bunyi suara pelajar berbual langsung tidak kedengaran. Semua sedang tekun membuat latihan untuk menghadapi peperiksaan yang akan bermula selepas tamat waktu rehat.
Sekali-sekala, mata Aqilah menjeling rakan-rakannya. Mereka khusyuk menekan kalkulator mencari jawapan.
'Fokus Aqilah, fokus! You can do it!' Aqilah mengemaskan pegangan pada pensil mekanikal di tangannya. Dia cuba menjawab soalan log sekali lagi.
Cahaya matahari yang memancar ke arah meja Aqilah mengganggunya. Sinar itu memang tepat mengenai wajahnya. Mata Aqilah dibuka sedikit dan menyambung menjawab soalan. Silau!
Tiba-tiba, cahaya matahari tidak lagi menjadi pengganggunya. Terus kepala didongak ke hadapan memandang ke arah tingkap.
Aqilah dapat melihat dengan jelas Zariel Firdaus sedang berdiri dan bersandar pada tingkap. Kakinya disilangkan dan tangannya memegang buku latihan Addmath soalan tahun-tahun lepas. Zariel sedang khusyuk mengulangkaji.
'Tak panas ke sandar kat situ? Kerusi ada je lagi yang kosong. Ah apa-apa jelah!' getus hati Aqilah.
Apabila Aqilah kembali menyambung membuat latihan, giliran Zariel pula memandangnya. Badan terasa bahang matahari. Dahinya juga mula mengeluarkan peluh.
Dia mengesat peluh di dahi. Bibir diukir senyuman puas. 'Asalkan Aqilah tak panas.'
Setelah 30 minit berlalu, loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Wani, Mini dan Azwa masih duduk menyelesaikan jalan kerja mereka. Aqilah sudah menutup buku. Kepalanya dibaringkan di atas meja sambil merenung rakan-rakannya.
Niat Zariel untuk menunggu Aqilah terbantut apabila ada seorang pengawas memanggilnya keluar.
Dia menapak menuju ke arah pengawas itu. Keningnya diangkat sedikit tanda ada apa.
"Abang... ada orang dengki! Diakan... dia buat apa entah kat beg kawan abang..." kata budak lelaki itu tercungap-cungap.
"Kawan? Siapa kawan saya?"
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Roman pour AdolescentsHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...