Sayang

4.6K 237 24
                                    

"Nah."

Zariel mengangkat kepala memandang Aqilah yang sedang tersenyum manis kepadanya. Huluran kek Tiramisu Cappucino itu diambil.

"Makanlah. Penat tau pekerja kau buat lepas tu kau tak nak rasa."

Sudu dipegang lalu satu suapan dibawa masuk ke mulut. Aqilah sentiasa memiliki suatu aura yang dia sendiri tidak boleh menolak.

"Sedap."

"Hahaha kan dah kata sedap. Tengok kakilah." Aqilah tersenyum bangga. 

"Kaki? Kau buat pakai kaki ke?"

"Your brain! Bukan biasanya orang selalu cakap tengok kakilah. Jadi aku ikut jelah."

Zariel tersenyum hambar. Aqilah yang sedang memerhatikan keadaan di sekitar taman permainan itu dikerling.

"Best juga datang sini malam-malam buta. Tenang je. Kita tidur sinilah malam ni!"

Dahi gadis itu dijentik perlahan. 'Ada ke nak tidur sini? Agak-agaklah!'

Suasana kekok mula dirasai Aqilah. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk lelaki di sebelahnya. Apa yang ada dalam hati Zariel pun dia tidak boleh teka. Raut wajah tenang yang dipamerkan mengundang resah Aqilah. Kalau Zariel menangis sekalipun, sekurang-kurangnya dia tahu lelaki itu sedih. Ini tidak, macam tiada perasaan!

"Aku rasa... aku dah dapat jawapan bagi semua pertanyaan aku selama ni." Zariel memulakan bicara memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Jawapan apa?" tanya Aqilah dengan teragak-agak.

"Dulu waktu aku kecil, aku selalu fikir kalau aku jadi budak baik, mama takkan pergi tinggalkan aku. Sebab apa tau? Mama selalu puji yang aku ni good boy. Selepas jumpa dia semalam, aku risau dengan diri aku yang sekarang. Mama pergi macam tu je. Erm, mungkin sebab mama tak ingat dah muka aku macam mana ataupun... Mungkin sebab aku jahat."

Aqilah menoleh ke arah Zariel. Dia hanya senyap. Menanti perkataan seterusnya keluar dari mulut lelaki itu.

"Dulu, mama selalu cakap kalau Daus jadi budak baik, mama takkan pergi tinggalkan Daus. Aku tak pernah ada kawan dari kecil. Aku tak pernah keluar rumah lepas balik sekolah. Aku takut kalau aku takde kat rumah, mama tinggalkan aku."

Diam. Hanya itu yang mampu Aqilah lakukan. Tak fahamlah kenapa seorang mak perlu cakap begitu. Bukankah itu memang tanggungjawab ibu untuk menjaga anak.

"Masa tu, aku dapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun darjah dua. Aku punyalah excited nak bagitahu mama dengan papa yang aku jadi budak baik. Aku dapat hadiah. Jadi, mama tak boleh tinggalkan aku. Depan pintu pagar, aku nampak ayah tampar mama. Ada seorang lelaki datang bawa keluar beberapa beg masuk dalam kereta. Mama lari. Aku panggil dia. Sedikit pun dia tak toleh belakang. Kau tahu tak, muka mama macam mana masa tu?"

Zariel menoleh ke arah Aqilah. "Cuba kau teka?"

"Mama... Mama kau... Nangis?" Aqilah menyusun kata sehabis baik. Berkira-kira Aqilah mahu membuka mulut.

"Tak." Zariel kembali memandang ke hadapan seolah-olah mengingati kembali wajah ibunya ketika itu.

"Mama senyum. Tu senyuman paling lebar pernah mama ukir sepanjang lapan tahun aku hidup dengan dia." sambung Zariel lagi. Nada suaranya mula berubah lebih perlahan dan sayu.

'Senyum? Kejap, asal mama dia senyum?' getus hati Aqilah. Berkerut mukanya. 

"Sama. Aku pun masih fikir kenapa mama senyum. Mungkin sebab dia bebas dari papa. Dia tak perlu kena pukul dengan papa kot. Kalau fikir balik, aku ingat papa kaki pukul ataupun panas baran tapi... Tak. Papa pernah rotan aku sekali je masa aku keluar pergi kelab dengan kau."

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now