Rancangan

3.3K 234 23
                                    

"Eh aku still teringat lagi dok pasal duit RM100 yang kita jumpa kat tempat wuduk sekolah kita... Ustazah tanya banyak kali duit siapa, semua tak nak ngaku! Pelik aku!" luah Wani menyatakan perasaan tidak puas hatinya. 

"Kan kan... Semua kaya tu. Bawa duit lebih RM1000 kot tu yang RM100 pun tak nak ngaku." balas Azwa.

"Kau orang cerita pasal duit RM100 ni, aku teringat pasal junior kita tadi."

Aqilah tiba-tiba teringatkan pertanyaan budak perempuan tingkatan tiga di surau sekolah.

"Akak... Akak...."

Panggilan budak perempuan di sebelah Aqilah sedikit sebanyak mengganggunya mendengar tazkirah dari Ustazah Aniza tetapi dia hanya buat tidak endah.

"Akak... Pandanglah sini. Saya nak tanya ni. Hal penting!"

Aqilah terasa ingin tahu tetapi Ustazah Aniza sedang bercerita tentang sejarah Sultan al-Fateh membuatkannya terus fokus.

"Auch!" Aqilah menjerit. Kakinya yang dicubit dipandang sebentar sebelum kepala ditoleh ke sebelah.

Semua mata pelajar di surau itu beralih memandang Aqilah.

"Kenapa Aqilah? Nak ganti saya ke?" tanya Ustazah Aniza sinis.

"Eh tak... Se...semut gigit kaki saya."

"Macam-macam." kata Ustazah Aniza sebelum menyambung tazkirahnya.

"Apa?"

"Hehe sorry akak. Habis akak tak nak dengar apa saya cakap."

"Eish tak payahlah cubit. Sakit tau! Hah apa?"

"Akak... Saya tanya je tau... Betul ke akak dengan abang Zariel couple?"

"Mana ada!" jerit Aqilah sedikit kuat.

"Aqilah! Sini! Duduk depan!"

Kepala diketuk. Bibir diketap. Aqilah! Asal kau mangkuk bin ayun sangat ni!

"Haah! Aku yang dah tidur pun terbangun sebab kau tiba-tiba jerit." balas Wani.

"Kau tidur?" soal Azwa geram. Dia menggelengkan kepala.

"Serius? Eish dah tersebar weh pasal kau dengan Zariel. Kesian kau." Mini memandang Aqilah.

"Kan kan! Tapi semalamlah paling dahsyat pernah aku tengok!" Wani mula membuka cerita.

Apabila terlihatkan muka Aqilah yang sedang tegang, Wani menelan liur! Pahit! Apatah lagi mata Aqilah yang seolah-olah menghantar panahan petir kepadanya.

"Apa jadi! Kenapa!" soal Azwa tidak sabar.

"Haah! Aku tak tahu pun!" balas Mini.

"Oh tak bagitahu kitaorang pun eh!" sokong Azwa.

Aqilah terus meletakkan kepalanya ke atas meja di taman itu. Pening! Wani ni tak boleh simpan rahsia langsung!

"Cepatlah cerita!" Azwa dan Mini mendesak Wani.

"Yelah... Haa macam ni." beritahu Wani teragak-agak.

Aqilah dan Wani berdiri di hadapan cermin di tandas. Mereka membetulkan tudung. Baru sahaja ingin melangkah keluar, tiba-tiba Aqilah ditarik dari belakang dan terus tersandar di dinding.

Mini yang baru sahaja ingin menolong Aqilah dipegang oleh dua orang pelajar perempuan.

"Kau... Aqilahkan?" tanya seorang pelajar perempuan yang menahan Aqilah menggunakan tangannya.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now