Cermin muka awak

3.5K 261 27
                                    

Kaki dihayun pantas. Matanya melilau mencari Zariel Firdaus. Silapnya juga! Kenapalah dia lari dari lelaki itu tadi selepas tamat waktu persekolahan. Sekarang, dia juga yang susah payah mencari.

"Haa Irfan! Mesti Zariel balik dengan Irfan pulak!"

Kad yang bersaiz agak besar di tangan diabaikan. Kad yang ditulis olehnya atas nama Dhia untuk Zariel itu sudah tidak penting lagi. Sekarang, yang penting dia kena minta maaf.

Laju Aqilah berlari menuruni tangga. Apa aku buat ni! Kenapa aku taknak dengar apa yang Zariel nak terangkan dulu? Tapi bukan salah aku. Dah pengawas dengan cikgu nampak Zariel dalam kelas kat meja aku. Jadi, aku percaya jelah.

Sesampainya, di tempat letak basikal dan motosikal, Aqilah tergamam. Sepanjang dia bersekolah, ini kali pertama kaki dijejakkan di situ. Ramainya orang yang datang sekolah naik motosikal dengan basikal.

Aqilah melihat sekeliling. Ada sekumpulan budak lelaki yang memandangnya pelik. Budak perempuan pula sedang sibuk bersembang.

Dia menapak ke bahagian belakang pula. Anak mata Aqilah ternampak kelibat Zariel. Langkahnya mati.

'Aduh, nak cakap apa eh!'

Melihatkan Zariel mahu pusing ke belakang, cepat-cepat Aqilah melangkah ingin pergi dari situ. Takut! Zariel nak ke maafkan dia? Kalau Zariel marah macam mana?

"Nur Rania Aqilah!"

Langkah Aqilah terhenti. 'Oh my god!' Aqilah mengetap bibir. 'Zariel dah nampak aku! Apa nak buat ni!'

"Hehehe ye?" Aqilah menoleh. Dia tersengih memandang Zariel.

"Eh awak tak balik lagi? Apa awak buat kat sini?" tanya Zariel dengan senyuman lebar di bibir.

"Aku nak jumpa kau."

"Betul ke? Awak nak jumpa saya? Awak tak marah kat saya lagi?"

"Tak. Asal nak marah pulak?"

"Pasal Dhia?"

"Ouh... Aku ma... Marah lagi. Iyelah kau jadi lelaki bukan setia pun!"

Zariel menundukkan kepalanya ke bawah. Dia tersenyum kecil. 'Aqilah, kenapa kau comel sangat ni!'

Aqilah gigit bibir. 'Asal kau cakap macam tu pulak! Bukan nak mintak maaf kat dia ke?'

"Ta... Tapi aku nak cakap benda yang lagi penting. A... Aku nak... nak mintak maaf."

"Sebab?" Zariel mengalihkan pandangan matanya ke arah Aqilah.

"Sebab... Tuduh kau pasal lipas tu. Harith dah bagitahu semua. Dia yang letak bukan kau."

"Ouh...."

"Kau marah ke? Sorry tau! Aku betul-betul mintak maaf sebab tak percaya kau."

Zariel menapak selangkah ke hadapan. "Kau tahukan aku suka kau?"

Aqilah menelan liur. Sepanjang mereka kenal, Zariel tidak pernah menggunakan aku kau. Ini kali pertama!

"Ta... Ta... Tahu."

Kaki dihayun selangkah lagi ke arah Aqilah.
"Kalau tahu, kenapa kau percaya cakap diorang? Aku kan suka kau jadi takkanlah aku aniaya kau."

Aqilah menunduk memandang kasut sekolahnya. Tiba-tiba, dia merasakan kasutnya cantik pula hari ni. Kepala tidak sanggup diangkat. Matanya dengan jelas melihat jarak Zariel yang sangat dekat. Hanya tinggal setapak lagi.

Pantas, Aqilah mengundur ke belakang. Matanya terbeliak melihatkan Zariel turut melangkah ke hadapan.

Kaki melangkah selangkah ke belakang manakala Zariel menapak selangkah ke hadapan.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now