10m

3.7K 260 48
                                    

Tok
Tok
Tok

"Aqilah! Bangun! Aqilah!"

Tok
Tok

"Aqilah! Dah pukul 6:30 ni! Bangun!"

Tok
Tok
Tok

"Dah 6:30! Dah lambat nak pergi sekolah!"

"Hah? 6:30? Kenapa alarm tak bunyi pun!" Aqilah bingkas bangun dari katil. Dengan rambutnya yang kusut masai segera dia mencapai tuala lalu membuka pintu bilik. Kelihatan Puan Haslinda sudah berdiri di hadapan pintu menunggunya bangun.

"Mak! Kenapa tak kejut dari tadi. Ni dah pukul 6:30 macam mana ni...." suara Aqilah seakan ingin menangis.

Sempat ke ni? Buku tak kemas lagi! Aqilah sudah memikirkan nasibnya ditahan pengawas, namanya ditulis dan didenda mengutip sampah sekitar sekolah. Tergesa-gesa dia menuju ke bilik mandi.

"Eh eh nak pergi mana?" Puan Haslinda menahan Aqilah.

"Nak mandilah. Dah lambat...."

"Takkan nak mandi pukul 4 pagi kot?"

Terbeliak biji mata Aqilah mendengar kata-kata ibunya. Segera dia memandang Puan Haslinda dengan rasa tidak puas hati.

Kita sebagai anak memang sudah acap kali ditipu hidup-hidup oleh insan yang bergelar ibu. Kalau ibu cakap bangun sekarang dah pukul 6 lebih, kita semua mesti percaya. Padahal bila tengok jam, baru pukul lima. Tetapi, esoknya mesti kita akan percaya lagi dan lagi.

'Haihlah nasib.' getus hati Aqilah.

"Mak abah dah meninggal. Nenek dah takde."

"Hah?" Aqilah blur.

"Iye, pergi kejut Azihah. Siap-siap kemas beg, kita balik kampung."

"Maksudnya... Kitaorang ponteng hari pertama sekolahlah?"

"Habis tu... Nak buat macam mana... Terpaksalah."

"Pergi kejut angah."

"Hmm." Berat langkah Aqilah menapak ke bilik adiknya. Diketuk berulang kali pintu itu.

Tombol pintu dipulas. Pintu terbuka. "Lah tak kunci!"

"Angah... Bangunlah... Angah... Oii..." Aqilah menepuk sedikit kuat pipi adiknya.

"Haish tidur mati."

Aqilah menghampiri telinga adiknya. "Dah pukul 7! Nanti pengawas tahan!"

Seperti ada yang menolak dari belakang, Azihah seperti terduduk. Dia mengurut dadanya.

"Cepat! Pakai baju sekolah! Kita tak payah mandi! Spray je minyak wangi banyak-banyak!"

"Hahahahahaha...." Ketawa Aqilah pecah berderai. Muka Azihah kelihatan sangat kelakar. Matanya merah. Air liur basi kering di tepi mulut dan bibir.

"Eiiiii kau ni! Jahatlah! Baru pukul 4 lebihlah!" Azihah sudah mahu mengamuk apabila melihat jam di dinding. Tidurnya dikacau.

"Emak suruh mandi, kemas barang. Nak balik kampung. Nenek dah meninggal."

"Betul ke?"

"Kau ingat aku ada masa nak gurau pasal orang dah meninggal ke?

"Hehe tak tak. Eh jap, maksudnya kita tak sekolah pada hari pertama persekolahan?"

"Tak payahlah ayat tu poyo sangat. Iye! Tak sekolahlah hari ni. Bukan hari ni je, esok-esok pun kot."

"Alaaaa... Tak boleh jumpa crush aku! Dah berapa hari dah tak jumpa. Macam mana aku nak teruskan hidup aku!"

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now