Makin rapat

3.6K 294 101
                                    

"Ehem... ehem... perhatian! I ada dua berita nak cakap... satu baik, satu buruk jadi kau orang nak dengar yang mana satu dulu?" kata Jia Yu sambil berdiri menyilangkan kaki seperti bos.

"Yang buruk-buruk dahulu, yang baik-baik kemudian... Haa apa berita baiknya?" tanya Adam.

Aqilah membuat muka. Yang baik kemudian konon.

"Aqilah, jangan nampak sangat menyampah tu...." Tersengih Adam. Dia sengaja mengusik. Sengihannya mati apabila terpandangkan wajah tegang Zariel dan Harith. Mereka berdua sedang merenung Adam tajam.

Wani menoleh melihat Harith. Air mukanya berubah. 'Kenapa rasa sakit hati eh?'

"Weh... kau orang tak nak dengar ke apa I cakap? Kesian tau berdiri lama kat sini." Jia Yu membuat muka kasihan.

"Iye... Haa cakaplah apa yang buruknya?" tanya Syahmie yang sedang menyapu sampah.

"Jadual peperiksaan akhir tahun dah ada kat Cikgu Nabit. Nanti dia bagi. Exam minggu depan ye rakan-rakan yang dikasihi sekalian."

"Alaa... ni yang menyampah ni!" rungut Aqilah.

Zariel bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan menuju ke pintu hadapan.

"Zariel! You nak pergi mana?" tanya Jia Yu sedikit tegas. Dia terkejut apabila Zariel tiba-tiba sahaja mahu keluar dari kelas.

"Nak batalkan exam!"

"Hah? Kenapa? Boleh ke?" Satu persatu pertanyaan keluar dari mulut Jia Yu.

"Sebab Aqilah tak suka exam."

"Hah? Gila eh?"terjerit Aqilah apabila mendengar kata-kata Zariel.

Hampir separuh pelajar 4 Sains sudah tergelak. Yang paling teruk sudah pastinya Wani. Dia bertepuk tampar dengan meja. Sudahlah ketawa kuat.

"Aduhai... pening kepala aku. Apa kena ah dengan budak ni. Paling pandai kat kelas ni tapi... aduh...." bebel Aqilah sambil memicit kepalanya.

"Awak nak minyak ke? Saya pergi beli sekarang?" tanya Zariel. Dia berdiri di sebelah Aqilah.

"Hah? Beli? Sekarang? Ponteng sekolah? Tak payah! Duduk diam-diam please...," rayu Aqilah. Dia seperti mahu menangis kerana tertekan dengan kelurusan Zariel.

"Kenapa eh dia marah? Dia tak suka ke?" tanya Zariel perlahan pada diri sendiri.

Asyraf tersenyum mendengar pertanyaan Zariel. 'Haish... dia ni innocent tambah mangkuk ayun.'

"Berita baiknya...." meleret suara Jia Yu.

"Kita tak belajar Kimia! Waktu Kimia nanti sila turun dewan. Ada pemeriksaan mata."sambungnya lagi.

"Yes! Yes! Auch!" Aqilah mengadu sakit. Sikunya terkena bucu meja. Dia letakkan kepalanya di atas meja sambil mengetap bibir.

"Mana yang sakit? Sini ke?" Azwa memicit siku Aqilah.

"Eiiiii sakitlah!" Aqilah, Wani dan Azwa ketawa sambil mencubit lengan masing-masing. Mini menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah rakan baiknya. 'Apa-apa je diorang ni.'

Syahmie yang sedang menyapu lantai berdekatan tiga pelajar perempuan itu menghentikan pekerjaannya. Tidak tahu mengapa gelak tawa dan senyuman Azwa menarik perhatian. Gadis itu selalunya kelihatan serius dan tegas. Tidak sangka pula, muka bahagia Azwa boleh membuatkan hatinya tenang.

........................................

"Beratur ikut huruf pertama nama ye." kata seorang jururawat dengan lembut.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now