Terasa deruan nafas seseorang berdekatan wajahnya. Pinggang juga seakan ditindih dengan sesuatu. Pantas Aqilah membuka mata. Wajah tenang Zariel Firdaus menyapa pandangannya. Terus sahaja dia menjerit lalu menolak tubuh itu agar menjauh.
Zariel terjaga dari lena. Wajah ketakutan Aqilah dipandang mamai. Terus sahaja dia tersenyum apabila melihat Aqilah di sebelahnya. Gadis itu benar-benar jadi miliknya yang mutlak. Lega itu semua bukan hanya mimpi.
Aqilah membelek dirinya. Melihatkan gaun pengantin masih tersarung kemas di tubuh membuatkan dia menghela nafas lega. Tapi! Kenapa saat dia sedar tadi, dia dalam pelukan Zariel?
Kepala diangkat memandang Zariel. "Kau... Kau... Tak buat apa-apa kat akukan?"
Zariel tersenyum sinis. Pantas lengan Aqilah dicapai lalu ditarik isterinya agar mendekat. "Aku tak buat apa-apa... Tapi, kau yang dah apa-apakan aku."
Membulat mata Aqilah. "Ma... Mana ada!" Pantas dia menafikan.
"Kau mimpi ngeri. Kau tarik aku... Peluk aku sampai tak boleh bernafas. Dahlah tidur atas lengan aku. Lenguh tau tak sebab kepala kau berat." Sengaja Zariel mengusik.
"Eiii mana ada! Aku ni jarang sangat mimpi ngeri. Tipu!"
"Eh mana kau tau? Kau tidur. Ngigau panggil nama aku. Aku tak tahu nak buat apa. Jadi...." Zariel menarik pinggang Aqilah sehingga mereka semakin rapat. Dia memeluk gadis itu erat.
"Aku terpaksa peluk kau macam ni sepanjang malam." Zariel mengucup lembut bahu Aqilah.
Aqilah menggeliat geli. "Kau gila ke? Asal kau buat macam tu?"
"Kenapa aku tak boleh pula? Kau pun tahu... Aku ada hak nak buat macam-macam benda. Lebih dari peluk pun aku boleh buat."
Aqilah menelan liur. Terasa pahit. Sumpah, dia lebih rela Zariel yang sombong dan kejam dari Zariel yang miang! Segera dia menolak lelaki itu dan meloloskan diri.
Zariel sempat menarik lengan Aqilah. Wajah Aqilah yang kemerahan itu dipandang. "Kau ni penakut sangat. Semalam kita tak buat apa pun sebab aku tak suka ambil kesempatan orang tengah tidur. Jom kita...."
Terbeliak biji mata Aqilah. Dia mengetap bibir. Zariel nak ajak buat apa pula ni! Dahlah senyum gatal dia tu datang lagi!
"Kau jangan macam-macam eh! Jom apa? Aku jerit baru tahu!"
"Hahaha. Jerit apa? Bagitahu yang suami kau nak ajak kau solat tapi kau tak nak ke?"
Ternganga Aqilah mendengarkan pernyataan itu. Cis! Dia kena tipu!
Telefon pintar dicapai. 5:15 a.m. Sempat dia mandi dulu. Tuala diambil dari penyangkut. Tergesa-gesa dia menyediakan pakaian. Kalau boleh, almari sekali dia masukkan dalam bilik air.
"Jangan lupa mandi wajib sekali." Selamba Zariel mengusik Aqilah.
Aqilah menutup pintu bilik mandi dengan kuat. Dia mencebik. Tangan meraba-raba di atas kepala mahu mencabut selendang yang dipakai. Membuntang mata Aqilah apabila baru menyedari yang rambutnya telah lama menjadi santapan mata Zariel. Aqilah menutup muka. Eiii malunya!
Usai Zariel habis membaca doa, Aqilah segera bangkit tetapi Zariel pantas menahan. Tangan dihulur. Aqilah memandang tangan Zariel. Perlahan-lahan dia menyambut huluran tangan itu lalu didalam. Perasaan aneh menjentik tangkai hati Aqilah.
"Jom sambung."
Aqilah mendongak laju. "Sambung apa?"
"Malam tadi kan tak habis lagi."
"Gila ke kau ni? Boleh tak jadi Zariel yang kejam macam biasa?"
Zariel semakin mendekat. "Tak boleh."
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...