Terpeluk

4K 277 34
                                    

"Pak su!"

"Eh... Zariel!" Encik Nasir aka pengetua segera bangun mendapatkan anak saudaranya itu.

"Zariel okey? Ada orang buli Zariel? Pukul Zariel ? Sakit kat mana?" Tubuh Zariel dibelek-belek. Encik Nasir mencari jika ada kesan luka akibat dipukul.

"Pak su... stop! Zariel okey je!" Wajah Zariel berkerut menahan sakit. Terasa pedih lukanya akibat dipukul Encik Niezal. Mata Zariel mencerlung tajam memandang Pak Su nya.

"Huuu... Nasib baik! Kalau tak, nak jawab apa dengan bapak kau... Eh? Apa mimpi Zariel semalam sampai datang jumpa Pak Su ni? Pak su dah lama tau tak dengar suara Zariel! Zariel dah berbaik dengan papa dah? Dah sedar yang mama tu jahat? Mama Zariel tu...."

"Pak su! Zariel datang jumpa Pak su ni sebab Aqilah." Dingin suara Zariel.

"Aqilah?" Wajah Encik Nasir mulai tegang.

"Kenapa dengan dia? Zariel kenal dia ke?" sambungnya lagi.

"Zariel nak Pak su maafkan dia. Dia tak salah pun. Isma tipu dia. Aqilah tak bersubahat dengan Isma."

"Mana Zariel tahu? Dah sah-sah bukti ada. Gambar tu... Aqilah dengan Isma lepak kat kelab. Diorang bergembira deng...." kata-kata pengetua terhenti apabila Zariel mencelah.

"Zariel ada kat situ dengan Aqilah."

"Hahahaha... Zariel! Pak su tak bodohlah. Nak buat apalah Zariel pergi sana... Kenapa nak bela sangat Aqilah tu? Apa yang Zariel dapat dengan menipu ni?"

"Hoodie yang Aqilah pakai tu Zariel punya. Tu hoodie yang Pak su bagi masa hari jadi Zariel tahun lepas."

"Eh, haahlah! Tapi... boleh je kan kalau dia pun beli yang sama?"

Zariel menyinsing seluar menampakkan betisnya. Kemudian, dia menyinsing lengan baju ke bahu. Kelihatan kesan lebam pada kaki dan tangannya.

"Ni papa yang pukul sebab Zariel balik lambat malam tadi. Zariel balik lambat sebab Zariel pun ada kat kelab dengan Aqilah."

"Astaughfirullahalazim! Niezal! Kenapalah kau pukul anak kau teruk macam ni! Bengkak! Merah!" kata Encik Nasir yang sedang melihat luka pada lengan Zariel.

"Zariel nak Pak su maafkan Aqilah! Zariel saksi yang Aqilah tak salah pun..."

"Tapi..., duit RM50 000 tu bukan sikit tau! Apa Pak su nak jawab kat pelajar, cikgu, pihak yang bagi sumbangan?"

Zariel menyeluk kocek seluarnya. Dia mengeluarkan sekeping sampul sederhana besar berwarna coklat.

"Nah, dalam ni ada RM 33 576. Baki duit yang Isma belum sempat habiskan. Aqilah pergi kelab sebab nak dapatkan duit ni balik." Zariel meletakkan sampul berisi duit itu di atas meja.

Tadi, sewaktu Aqilah menangis, Zariel mengambil sampul itu dari kocek seluar Aqilah. Sampul itu sudah separuh terkeluar dari poket Aqilah. Gadis itu tidak sedar dia mengambil baki wang tersebut.

'Duit berpuluh ribu, kau tak reti jaga. Tak sedar pun masa aku ambil. Kau betul-betul tak boleh jaga diri sendiri. Biar aku je yang jaga kau!'

"Jadi, Aqilah tak salah! Pak su tak patut suruh dia ganti!" tekan Zariel.

"Okey, Pak su takkan salahkan dia... tapi kenapa Zariel beria sangat nak tolong dia?"

"Pak su tak perlu kot tahu. Bukan penting pun...."

"Kalau Zariel taknak cakap apa sebabnya, Pak su... tetap akan suruh dia ganti dan... Pak su akan denda dia cuci...."

"Zariel suka dia." terang Zariel jelas. Nada suaranya mendatar. Wajahnya kelihatan serius menandakan dia maksudkan kata-katanya.

"Hah? Zariel suka dia? Zariel gila ke? Kau orang baru tingkatan 4 tau!"

"Yup! Zariel sukakan dia dan Zariel takkan benarkan sesiapa pun sakitkan dia."

"Okey! Kalau dah situasinya macam ni, Pak su boleh tolong Aqilah tapi dengan satu syarat! 10A+ SPM?"

"Deal!"

Encik Nasir tersenyum. Nampaknya anak saudara dia nekad dan amat sukakan gadis itu.

..........................................

"Huaaaa... Macam mana ni! Duit tu hilang! Bodohnya aku! Aku ni memang tak guna!" Aqilah meraung sekuat hati sambil tangannya sibuk mencari sampul baki wang yang ditipu Isma.

"Mana ada! Awak tak bodohlah! Jangan cakap macam tu!" Hafeez cuba memujuk Aqilah. Risau dia melihat Aqilah yang menangis teresak-esak.

"Mesti ada ni! Kau tercicir kot masa kau lari tadi." Azwa pula cuba menenangkan Aqilah.

"Hiksss hikss macam mana aku nak ganti. Aku ni menyusahkan orang je!" Aqilah sudah duduk memeluk lutut. Dia merasakan dirinya sudah berada di akhir kehidupan. Dia rasa seakan mahu menikam diri sendiri!

Tiba-tiba, sampul coklat yang dicarinya berada di hadapan mata dan sedang dipegang oleh seseorang.

Aqilah pantas mengambil sampul itu lalu membukanya. Matanya membulat melihat sampul itu kosong. Lantas, dia terus bangun.

Aqilah mencapai buku di tangan Mini lalu memukul Zariel.

"Asal kau curi? Mana aku nak ganti duit tu!"

Berkerut dahi Zariel menahan sakit di lukanya akibat pukulan Aqilah. Tangannya segera mencengkam lembut pergelangan tangan Aqilah.

Aqilah terkedu.

"Saya dah pulangkan duit tu kat pengetua. Dia pun dah tahu perkara sebenar jadi awak takyah ganti yang Isma dah pakai."

"Serious ke? Terima kasih sangat-sangat!" Aqilah terus memeluk Zariel.

Kini, giliran Zariel pula yang tergamam.

Aqilah berasa sangat gembira! 'Jadi, aku tak payahlah tikam diri sendirikan? Hahaha bestnya boleh hidup lagi! Eh jap... aku peluk siapa?'

Aqilah mendongakkan kepalanya. Dia baru tersedar yang dia sedang memeluk Zariel. Terus tangan dilepaskan dan dia segera berlari pergi dari situ. Langkahnya yang laju membuatkan dia tidak sempat berhenti dan terlanggar dinding di hadapannya.

"Auch!" Dahi Aqilah mula membentuk benjolan kecil. Kemudian, perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.

'Diorang nampak ke?'

"Awak okey? Sakit tak?" jerit Zariel.

Muka Aqilah merah padam menahan malu. Dia menutup muka lalu menyambung lariannya menuju ke tandas.

Zariel tersenyum. 'Kenapa kau comel sangat?'

Azwa, Mini dan Wani berlari mengikuti Aqilah.

Hafeez pula mendengus kasar.

"Apa yang kau buat sampai pengetua dah taknak duit tu?" tanya Hafeez.

"Kau tak perlu pun tahu. Yang penting sekarang, aku boleh jaga Aqilah. Aqilah tak perlukan kau sebab dia ada aku." Zariel menepuk bahu Hafeez dan melangkah pergi dari situ.

'Aku takkan mengalahlah. Mungkin kau akan berhenti ganggu buah hati aku kalau Aqilah bencikan kau.' Hafeez tersenyum sinis.




-vote dengan comment ye hehehe sis nak tahu apa pendapat korang baca bab ni, pleaseee-

Hai! Sorry, sis asyik lambat update je kan? Hahaha 😂

Sis nak mintak tolong boleh? Tolong follow kawan baik sis ni , adabi18 ! Dia akan followback hehehe jangan risau ! Dia masih baru di dunia wattpad ni jadi bolehlah korang kenal2 dengan dia 😄

sis betul2 takde masa! Sis terlalu busy dengan hw. Kejap lagi dah nak exam.

Tapi, sis akan cuba update jugak minggu exam tu 😆 baik kan sis ? Uhuk uhuk uhuk 🤣

Okay, bye bye ! Jangan muntah ye baca bab ni hahaha

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now