Aqilah dan Zariel mengambil tempat di bahagian belakang perpustakaan bersebelahan dengan tingkap. Itu sahaja tempat yang tinggal kerana mereka lambat masuk akibat drama yang tidak berbayar di depan pintu perpustakaan.
Aqilah duduk bersebelahan dengan tingkap. Matanya ralit memandang pemandangan di luar yang selama ini dia tidak pernah pun ingin melihatnya. Dia tidak memandang Zariel sedikit pun.
Zariel melihat Aqilah sambil tersenyum lebar. 'Akhirnya, aku dapat jugak duduk dekat dengan kau.'
Cikgu Ariff mengedarkan latihan Matematik kepada semua pelajar di situ. Apabila sampai di meja Zariel dan Aqilah, dia memandang Zariel dengan perasaan tidak puas hati. "Haa, kau! Kecil-kecil dah pandai nak bercinta bagai. Pastikan Aqilah dapat A Math dalam PT3. Aku tak tahulah asal cikgu Husna percaya sangat kat kau. Yang pasti, aku akan selalu perhatikan kau! Aqilah! Kalau dia buat yang bukan-bukan, awak bagitahu saya."
Hafeez yang mendengar kata-kata Cikgu Ariff itu tersenyum sinis. Ya, memang dia punca mengapa Cikgu Ariff berkata demikian. Dia tidak akan duduk senang membiarkan Aqilah rapat dengan Zariel.
Zariel hanya beriak selamba. 'Kalau takde orang suruh pun, aku memang akan pastikan Aqilah dapat A sebab aku nak dia happy.'
Aqilah tunduk memandang kertas yang berada berhampiran Zariel. 'Aduh mamat ni marah ke Cikgu Ariff cakap macam tu? Habis kertas Math tu... takkan dia nak simpan buat khazanah kat rumah dia. Patut ke aku amik kertas tu eh?'
Pap!
Tangan Aqilah menindih tangan Zariel. Zariel yang sedang memegang kertas itu untuk diberikan kepada Aqilah terkelu seribu bahasa. Aqilah pula, jantungnya sudah berdegup kencang. 'Apa ni Aqilah! Asal kau gelojoh sangat ni?'
Aqilah terus melepaskan tangannya. Dia mengetuk dahinya kuat sebagai hukuman kepada diri sendiri.
Zariel tersenyum kecil. "Kenapa ketuk kepala? Malu? Takyahlah malu sangat nanti bila kita berdua dah halal, tersentuh dan menyentuh hal biasa."
"Apa halal-halal? Kau nampak ni? Aku cucuk kau dengan gunting!" kata Aqilah sambil tangannya memegang sebilah gunting.
Aqilah mengambil kertas latihan Matematik dari tangan Zariel dengan kasar. Dia menjauhkan diri dari zariel dan mula cuba menjawab soalan.
"Kalau awak jauh dari saya, macam mana saya nak ajar?" Zariel berkata sambil cuba untuk mendekatkan jarak antara mereka.
"Kau dekat dengan aku, aku cucuk gunting kat kepala kau!" Aqilah memandang Zariel tajam dengan gunting di tangannya.
Zariel tersenyum. Dia mengambil kertas latihan Matematik lalu menjawabnya. Dia tidak mahu memaksa Aqilah. Mungkin Aqilah belum selesa dengannya.
Zariel menyiapkan semua soalan itu dalam masa 15 minit sahaja. Dia memandang Aqilah. Wajah Aqilah berkerut menandakan akalnya ligat mencari idea untuk mendapatkan jawapan.
"Awak okey? Saya dah siap. Sini, saya ajar awak."
'Dah siap? Cepat gila! Aku baru soalan nombor tiga. Itupun soalan nombor satu dengan dua belum confirm betul.'
"Sabarlah. Tahulah kau pandai. Nanti aku dah siap, aku bagi kau!"
Zariel menongkat dagu memandang Aqilah. Angin yang datang dari luar tingkap meniup-niup tudung Aqilah. Pada pandangan Zariel, Aqilah kelihatan sangat cantik dengan wajahnya yang bersungguh mencari jawapan dan tudungnya yang melambai perlahan. Dia tersenyum lebar.
Aqilah melihat Zariel di sebelahnya. 'Oh My God! Asal dia senyum-senyum tengok aku!' Dek kerana perasaan malu yang membuak-buak, Aqilah mengambil buku Teks Matematik miliknya lalu mendirikan buku itu sebagai penghalang Zariel dan dirinya.
Zariel terkejut dengan tindakan Aqilah. Pandangannya terbatas. Tangannya terus menurunkan buku itu.
Aqilah pula mendirikan buku Matematik kepunyaannya kembali. 'Semak betul mamat ni!'
Zariel terus menindihkan kepalanya manja di atas buku itu sejurus menurunkannya. Dia melentokkan kepala sambil matanya kembali menatap wajah Aqilah.
'Aduh! Asal aku rasa dia hensem gila ni! Aqilah! Kau mabuk eh?' Aqilah menggeleng-gelengkan kepalanya.
Kring
KringBunyi loceng menandakan waktu Matematik berakhir. Aqilah cepat-cepat mengemas barangnya. Dia mahu beredar dari situ dengan segera.
"Erm... kau amik kertas aku ni! Kau tanda. Yang aku kosongkan tu sebab aku dah lupa bukan aku tak tahu! Esok kau bagi aku!" Aqilah terus melangkah laju pergi meninggalkan Zariel.
Zariel menyemak kertas Aqilah. Ada tujuh soalan yang dikosongkan tanpa jawapan, lima soalan yang dijawab separuh jalan dan tiga soalan dengan jawapan penuh.
Semasa waktu pembelajaran Bahasa Inggeris berlangsung, Zariel menanda kertas Aqilah. Dia juga sempat menulis jalan kerja secara terperinci, sebab mengapa jawapan Aqilah salah dan tips untuk menjawab soalan itu dengan mudah.
Sebelum balik, dia meletakkan kertas latihan Matematik Aqilah di atas meja. Pelajar 2PK1 waktu itu sedang berada di makmal.
Setibanya Aqilah di kelas, matanya tertancap pada kertas latihan itu. 'Aik? Cepatnya dia tanda!'
"Zariel bagi ke? Dia dah semak semua? Cepatnya!" kata Wani sambil matanya sibuk melihat kertas itu.
"Wow... dia patut buat buku rujukan Math wei! Lengkap gila..." Aqilah teruja dengan tips-tips dan jalan kerja yang diberikan Zariel. Dia dapat memahaminya dengan mudah.
"Weh, kalau aku jadi kau, aku dah melamar dia jadi suami aku! Dia betul-betul syok kat kau weh. Nampak sangat! Dia sanggup tulis semua benda ni! Bagi jerlah dia kat aku!"
"Pergilah usha dia. Aku tak kisah pun." ujar Aqilah sambil tangannya sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah.
Hari-hari selepasnya berlalu seperti biasa. Aqilah masih lagi akan menyiapkan latihannya di sekolah dan menyerahkan kepada Zariel untuk ditanda. Dia tidak membenarkan Zariel mengajarnya semasa waktu Matematik. Pada Aqilah, semua lelaki sama sahaja dan Zariel tidak patut diberi peluang dan ruang untuk rapat dengan dirinya.
Zariel pula gembira melihat perubahan positif Aqilah dalam Matematik. Walaupun Aqilah tetap melayannya dingin, dia tetap tidak akan berganjak. Suatu hari nanti, gadis itu pasti akan jadi miliknya!
-Sweet ke tidok? Hahaha jangan lupa vote dengan komen ye sayang² semua 😂-
Hai ~ sila komen sweet , tak sweet langsung atau kurang sweet kat bawah! Sis nak tahu jadi ke tak part ni . Sis tak retilah nak bagi korang rasa sweet .
Sorry lambat update sbb kalau korang tgk balik bab sebelumnya , sis dah siap edit ! Yeahhh ! Tepuk tangan kuat2 sampai merah 👏 ! Lepas ni , sis akan update cepat sikit ... okay ? 🤙
Bab seterusnya , konflik akan bermula lagi hebat . Jadi , nantikanlah muahahaha 😈
Bab ni banyak bebel sebab bab ni paling pendek setakat ni . Hehehe . Nanti sis belanja panjang sikit . Okay , bye readers terboeekkk 😆
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...