'Aqilah mesti dah sampai rumah. Hari ni last sekolah. Lepas ni dah tak dapat jumpa dia. Baik aku pergi rumah dia. Tengok bumbung rumah pun jadilah.'
Zariel berjalan laju menuju rumah Aqilah setelah selesai mengemas surau. Dia berdiri berhampiran rumah buah hatinya lalu mengambil gambar rumah Aqilah. Gambar itu akan menjadi tempat untuk dia melepaskan rindu terhadap Aqilah.
Zariel terus menyimpan telefon bimbitnya tatkala melihat Aqilah berlari keluar dari rumah. Dia terus mengikuti Aqilah.
Aqilah berlari sekuat hati. Air matanya tidak henti-henti mengalir keluar sama seperti kakinya yang terus melangkah tanpa hala tuju.
"Sampai hati mak! Mak lupa ke apa yang abah dah buat dulu? Abah... Bukan abah sebab seorang ayah takkan sakitkan anak sendiri...."
Tiba-tiba, hujan turun agak lebat. Langit juga turut menangis meratapi kesedihan dalam hati Aqilah.
Kaki kiri Aqilah tergelincir dan badannya terjatuh akibat tidak dapat seimbangkan diri.
Buk
Aqilah jatuh terduduk. Mukanya berkerut menahan kesakitan tetapi tidak seperit kepedihan yang sedang dirasainya. Dia mengensot sedikit demi sedikit lalu duduk di atas bangku berdekatan.
Telefon pintar di dalam kocek seluar bergetar. 'Mak call .' Dia membuka aplikasi Watsapp dan membaca mesej yang dihantar Puan Haslinda. 'Aqilah kat mana? Baliklah, kita bincang sama-sama.'
Mata Aqilah memandang sekeliling. "Aqilah kat taman, mak. Aqilah nak mak kat sini. Kenapa hati Aqilah sakit sangat! Kita boleh je hidup bertiga, tak payah ada ayah lagi...."
Hujan yang turun tidak lagi membasahi diri Aqilah. Dia mendongakkan kepalanya ke atas. 'Payung? Siapa yang payungkan aku?' Aqilah memandang pula sebelahnya.
Esakannya semakin kuat lalu orang yang memakai kostum beruang di sebelah kanan dipeluk erat. Matanya semakin ligat mengeluarkan titisan kesedihan.
Zariel yang berada di dalam kostum beruang itu mengusap kepala Aqilah perlahan-lahan. Hatinya sakit mendengar tangisan gadis kesayangannya. 'Nangislah... lepaskan semua... Dan jangan menangis lagi untuk benda yang sama....'
"Mak... Kenapa mak nak kahwin lagi! Kenapa...." Aqilah memukul badan kostum beruang itu perlahan. Tenaganya semakin berkurangan akibat terlalu lama menangis. Tangisannya semakin kuat apabila terkenangkan kenangan buruk yang berlaku ketika dia masih kecil.
Tok
Tok
Tok
Pam
PamKedengaran bunyi pintu yang diketuk kuat dan cuba dibuka secara kasar dari luar. Aqilah yang tersedar dari tidur melihat ibunya segera berlari membuka pintu.
Encik Zaki terus menolak Puan Haslinda sehingga jatuh terduduk. "Kau pekak ke hah? Aku tunggu kat luar lama!" Dia terus masuk ke dalam rumah dalam keadaan terhuyung-hayang.
"Abang mabuk? Abang minum air setan tu lagi?"
"Kau diamlah!" Encik Zaki menarik kuat rambut Puan Haslinda. "Sakit bang..., sakit!"
Encik Zaki melepaskan tarikan pada rambut isterinya. Dia terbatuk-batuk tanpa henti kemudian mula berasa mual.
"Abang, kalau nak muntah, kita pergi bilik air. Jangan muntah kat sini." Puan Haslinda cuba untuk memapah suaminya ke tandas namun ditolak kasar sehingga terhantuk pada bucu meja.
Aqilah berlari ke arah ibunya. "Mak, kepala mak darahlah."
"Takpe, sayang. Sikit je ni."
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...