"Peserta kategori A, 400×2m sila bersedia. Thaneswary, Puteri, Rania Aqilah dan Siew Lin." Kedengaran pengacara majlis memanggil peserta acara lari 400×2m.
Kali ni, giliran Aqilah pula ternganga luas! Aku ke? Aku?
Wani sudah terketawa terbahak-bahak. Aqilah seakan mahu menangis. Dia lari 100m pun seperti mahu tercabut nyawa inikan pula 400×2m.
"Weh tak kelakar. Serius tak lawak." Muka Aqilah sudah mahu menangis. Tolonglah sesiapa bawa dia lari dari dunia ini. Kenapa dunia amat kejam!
Zariel juga terkejut. Setahunya, Aqilah tidak suka berlari. Terus sahaja langkah diatur ke arah Aqilah yang seakan mahu pengsan bercakap dengan Cikgu Lee.
Siapa yang tak kenal Cikgu Lee? Guru yang paling garang di sekolah itu.
"Tak boleh! Kamu dah tulis nama! Kamu dah gila ke? Ingat ni benda main-main! Kamu cakap kamu tak tulis nama kamu! Habis kamu ingat saya takde kerja tulis nama kamu?" marah Cikgu Lee.
"Tapi cikgu, dia memang tak tahu apa-apa. Saya yang tulis nama dia."
Pernyataan Zariel itu membuatkan Aqilah mendongak memandangnya dengan mata berair.
"Dahlah. Berhenti buat semua ni untuk aku. Aku tak bodoh nak percaya kali kedua." Zariel merenung Aqilah. Apa yang dia boleh buat untuk tolong gadis itu.
"Aku dah cermin muka aku tapi aku tak nampak apa-apa. Aku tutup mata." sambung Aqilah sambil tersenyum kecil.
Zariel turut senyum melihat senyuman Aqilah yang seakan pasrah.
Langkah diatur ke tempat peserta acara itu berkumpul. Hatinya seakan sudah tiada.
"Awak dah boleh standby tau. Saya rasa habis satu pusingan je, nafas saya dah habis. Sambut saya tau. Cakap dengan mak dan angah, saya sayang diorang. Haa lepas tu, saya ada sorok duit dalam buku novel tajuknya Kisah Aku dan Si Pemandu Grab. Ni wasiat saya tau." Aqilah berkata kepada dua orang pelajar perempuan persatuan bulan sabit merah.
Pelajar-pelajar itu berpandangan satu sama lain dan mengangkat bahu. Apa gadis di hadapannya merepek pun mereka tidak tahu.
Aqilah memandang peserta yang lain. Ketiga-tiga pelajar itu berkaki panjang. Terpancar aura kesukanan pada mereka. Aqilah melihat kedua kaki miliknya pula. Pendek!
Mereka bertiga mula menanggalkan kasut. Aqilah mengikut sahaja tingkah laku pesaingnya. 'Kenapa kena tanggal kasut? Kalau terpijak lipas kat padang macam mana? Eh ada lipas ke kat padang?'
Kemudian, pelajar-pelajar itu mula melakukan renggangan badan. Aqilah mula mengikuti pergerakan Thaneswary yang merenggangkan pinggangnya pula.
'Prak!'
Bunyi tulang Aqilah. Aqilah tersengih apabila Siew Lin, Puteri dan Thaneswary memandangnya sinis.
Zariel melihat Aqilah dari jauh. Siapa yang tulis nama Aqilah eh! Hafeez ke? Tapi, tak mungkin. Hafeez kata nak bersaing secara sihat.
Tiba-tiba, matanya tertancap pada kostum monyet yang sedang berjalan tak tentu hala di tengah panas. Pantas, kakinya dihayun menuju ke arah 'monyet manusia' itu.
"Hanissyazwani, pinjam sekejap kostum monyet ni."
"Serius? Serius ke Zariel? Betul eh?"
"Ye... Be...."
Wani dengan bangganya terus menanggalkan kostum monyet yang dipakainya dan menyerahkan kepada Zariel. Senyuman lebar terukir di bibir.
"Eh tapi kau nak buat apa?" tanya Wani sambil melihat Zariel yang tergesa-gesa memakai kostum itu.
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...