"Yeay hari ni Nia tadika!"
"Nur Rania Aqilah, anak mak. Belajar rajin-rajin tau."
"Aip aip captain!"
Puan Haslinda terketawa kecil. "Mak kejut abah hantarkan Nia tau!"
Puan Haslinda berjalan masuk ke bilik tidurnya. Dia melihat suaminya, Encik Zaki sedang tidur lena tanpa menjalankan tanggungjawab terhadap Pencipta.
"Abang, bangunlah. Hantarkan Nia pergi sekolah. Linda tak laratlah."
"Apa kau ni! Pagi-pagi dah memekak. Bisinglah!" jawab Encik Zaki kasar.
"Linda nak minta tolong abang hantarkan Nia pergi tadika."
"Eiiii diamlah setan! Aku nak tidur pun tak senanglah!" tengking Encik Zaki.
"Tapi Linda tak larat. Linda kan dalam pantang lagi, baru je dua hari."
Encik Zaki bangkit dari tempat tidur lalu menolak Puan Haslinda sehingga jatuh ke atas lantai. Puan Haslinda meringis kesakitan. 'Ya Allah, sakitnya!' Air mata mula bertakung.
"Aku tak kisahlah kau dalam pantang ke apa! Tu anak kau bukan anak aku!" herdik Encik Zaki lalu menyambung kembali tidurnya yang terganggu.
Terkedu Puan Haslinda mendengar dua baris ayat yang diungkapkan. Teganya hati sang suami mengucapkan kata-kata itu. Tenaga, darah dan kesakitan... semuanya dikorbankan semasa hendak melahirkan zuriat buat suaminya tetapi apa yang dia dapat hanyalah luka... luka yang perit semakin mencengkam hatinya.
Puan Haslinda bangun perlahan-lahan. Air matanya yang gugur ke pipi lantas disapu laju. Dia tidak mahu Nia mengetahui kesakitan yang dia rasakan. Biarlah dia tangung sendirian.
"Nia, mak hantarkan Nia pergi tadika tau."
"Abah ?"
"Jom! Nanti lambat!" Puan Haslinda malas mahu menjawab pertanyaan Aqilah. Hatinya semakin lama semakin sakit menahan perit yang tak tertanggung.
Puan Haslinda memandang Nurul Azihah Syahirah yang sedang lena tidur di dalam buaian.
'Maafkan mama sayang. Mama tak mampu nak bagi anak-anak mama hidup senang.' Kata Puan Haslinda di dalam hatinya. Bukan dia tidak mahu bekerja tetapi suaminya melarang keras.
Puan Haslinda menghantar Nia ke tadika menaiki basikal. Puas dia mencari kunci kereta suaminya namun tetap jugak tidak dia temukan. Ingin sahaja hatinya bertanya tetapi dia takut terkena tempias amarah suaminya.
Sepanjang perjalanan, hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa azab menanggung kesakitan. Digagahkan diri mengayuh basikal perlahan-lahan sambil mengetap bibir untuk mendapatkan kekuatan. Tambah-tambah lagi dia melahirkan Azihah secara pembedahan. Kayuhan demi kayuhan itu ditemani dengan air mata yang laju mengalir.
'Sakitnya Ya Allah. Sakit sangat. Kuatkan aku... Kurangkan sakit aku, Ya Allah, paling tak pun lepas Aqilah pergi tadika. Kalau lepas tu, nak sakit balik, aku redha, Ya Allah.
"Mak! Mak teremenung apa?"
"Mak!"
Panggilan Aqilah menyedarkannya daripada lamunan itu.
"Eh, Aqilah dah balik? Tak perasan."
"Eh taklah, Aqilah baru nak pergi sekolah ni."
Satu cubitan dihadiahkan kepada Aqilah sehingga dia terjerit kecil.
"Sakitlah, mak!... Mak fikir apa hah?"
"Takde apa lah."
"Mak, Aqilah nak pergi kedai, beli barang nak hias papan kenyataan tau."
YOU ARE READING
Aku Tetap Nak Kau!
Teen FictionHanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel...