Lulus ke gagal?

4.1K 253 68
                                    

"Erm... Nia ada benda nak cakap... Nia... Nia...."

"Nia apa? Atok dah sihat ni masih makan nasi lagi. Belum pernah makan orang."

"Hehe... Hmm Nia... Nia... Huh...." Aqilah menarik nafas. Pandangan dari Encik Othman, Puan Haslinda dan Azihah membuatkannya nekad untuk berterus terang.

"Nia nak kahwin."

"Hah?" Serentak mereka bertiga memberi tindak balas kepada pernyataan itu. Mata usah cakaplah, memang seperti mahu terkeluar dari soket.

"Janganlah main-main. Tak lawaklah. Hambar je tau tak." Azihah memperli.

"Mana ada gurau. Ni serius ni." Aqilah cuba meyakinkan keluarganya. Amaran Zariel yang akan mengganggu keluarganya pula selepas ini sedikit sebanyak menakutkannya.

"Siapa? Nia bercinta pun mak tak nampak. Tiba-tiba nak kahwin. Takde apa yang buruk jadi?" Puan Haslinda mulai curiga. Anaknya itu dari dulu mengelakkan diri dari bercakap mengenai lelaki apatah lagi kahwin. Mustahil!

"Tak! Takde apa jadi. Nia tak mengandung ke apa. Memang tak! Nia cuma rasa Nia patut kahwin. Dah 27 tahun. Angah pun dah kahwin. Ada anak seorang pula tu." Jeda Aqilah.

"Lagipun, Nia dah jumpa orang yang Nia... Suka." Berat Aqilah ingin menyebut perkataan suka. Suka pun susah, inikan pula perkataan cinta.

"Siapa? Orang mana ni? Nia jangan pilih sebarangan. Mak tak pernah nampak pun Nia keluar dengan kawan lelaki." Kepala dipicit agak kuat. Pening dengan sikap Aqilah yang berubah mendadak.

"Oh kitaorang... Kitaorang bercinta senyap-senyap. Lagipun mana boleh keluar selalu tanpa apa-apa hubungan. Tak maniskan?" Aqilah cuba sehabis baik menyusun ayat.

Puan Haslinda meneguk air kopi di dalam gelas. Dia perlu menenangkan hatinya yang masih lagi terperanjat.

"Angah?" soal Aqilah meminta pendapat adiknya.

"Ah aku tak tahulah. Kau pelik-pelik je. Buat aku takut."

"Hmm, atok?"

"Macam nilah. Atok tak berani bagi kata putus. Nia bawa dia datang sini. Biar atok bagi ujian kat dia. Kalau lulus baru boleh ambil cucu atok. Bukannya atok tak tahu, orang kalau bercinta semua indah. Kentut pun wangi. Biar atok yang nilai lelaki tu. Pesan kat dia, bukan senang kacang goreng nak petik bunga kat rumah ni." bicara Encik Othman. Dia tak mahu apa yang jadi pada masa lalu berulang kembali.

"Okey! Sekarang juga Aqilah bagitahu dia!" Aqilah terus sahaja berlari masuk ke bilik.

Hehehe! Aku harap kau tak akan lulus ujian atok! Kalau atok aku sendiri tak izinkan, siapalah aku nak melawankan? Takkanlah kau nak paksa aku lagi dan lagi? Padan muka kau, raksasa gemuk!

................................................

"Dah berapa lama kenal Nia?" Dingin nada suara Encik Othman bertanya. Anak mata Zariel ditenung tajam.

Air teh panas diteguk perlahan. Kenapa atok Aqilah macam nak makan orang je ni?

Aqilah menahan ketawa. 'Kelakar siot tengok muka Zariel cuak!'

"Dah 13 tahun."

Aqilah mengetap bibir. 'Hmm, lama juga eh aku dengan Zariel dah kenal. Dia ingat lagi rupanya saat mi kari aku mandikan dia.'

Aqilah tersengih. Bila dingatkan kembali. kelakar muka Zariel yang penuh dengan mi. Kentang pula atas kepala. Sayur dah berterabur ke bawah mengenai kasut putih Zariel.

"Apa sengih? Nia kata baru kenal. Nia tipu ke Zariel tipu ni?" Puan Haslinda pula menyertai acara soal-menyoal bakal menantunya itu.

"Macam mana nak kahwin ni kalau baru kenal? Tak sayang satu sama lain mana boleh hidup sama-sama. Ada apa-apa yang kitaorang tak tahu ke?"

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now