Setibanya di rumah, Allysa terus ke sofa lalu membuka tudungnya. Remote yang berada disitu dicapainya. Satu demi satu siaran di alihnya. Sekejap tv3, sekejap tv9, sekejap astro Ria. Akhirnya, siaran yang sedang ditayang di astro Ria ditutup. Dia mengeluh perlahan.
Diingatkan peristiwa tadi, peristiwa silam kembali ditayang dimana dia dan seorang pelajar lelaki pernah berlanggar sesama sendiri. Sejak peristiwa itu,dia dan pelajar lelaki itu berkawan. Bukan sahaja kawan biasa tetapi kawan rapat.Sangat rapat. Ya..dia sangat rindukan persahabatan itu. Sangat rindu.
Apa dayanya. Dia tak kuat menerima bahawa kawannya sendiri pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Sejak itu mereka tidak lagi bersua muka mahupun berhubung melalui telefon.
Bukan dia tidak mahu menelefon lelaki itu. Sudah berkali- kali dia mencuba tetapi setiap kali menelefon lelaki itu, hanya seseorang yang tidak dikenali mengangkat dan mengatakan bahawa dia tersalah nombor. Tidak mungkin lelaki itu meninggalnya tanpa sebarang ucapan atau kata-kata buatnya. Tidak mungkin..
Perlahan-lahan air matanya gugur. Ya Allah..sakit apabila mengingati peristiwa hitam itu.
"Adik!"
"Adik oh adik!"panggil Alief berkali-kali namun hampa. Tiada sahutan dari adiknya. Hanya air mata yang membasahi wajah mulus itu.
Alief tidak kuat apabila melihat keadaan adiknya itu. Allysa Sofiya satu-satunya adik kesayangannya. Melihat adiknya sedih hatinya sakit. Siapa yang buat adiknya menjadi begini dia pun tidak tahu. Atau..dia mengingati peristiwa hitam yang terjadi 9 tahun lalu? Maybe?
"Woi adik!" panggilnya sekali lagi dengan kuat. Kali ini berjaya.
Allysa mengesat air matanya di hujung bajunya sebelum tersenyum tawar. Alief tahu bahawa itu bukan senyuman yang ikhlas tetapi senyuman paksa. Senyuman tawar!
"Sejak bila abang ada kat sini?" tanya Allysa menghadap satu-satu abangnya itu.
"Sejak adik menangis." balas Alief.
Dia nampak aku menangis?
"Adik ada masalah ke?" tanya Alief lembut.
"Hah? ma..mana ada." nafi Allysa tergagap-gagap.
"Adik tipu abang, kan?" Allysa hanya menundukkan kepalanya.
"Adik, abang tanya ni. Adik ada masalah, kan?" tanya Alief lagi.
"Adik..adik..."
"Kalau adik ada masalah adik boleh kongsi kat abang. Apa guna seorang abang kalau adik tak nak kongsi masalah adik. Manalah tahu kalau abang boleh tolong adik. Ya tak?" Alief memujuk adiknya dengan lembut. Ada betulnya kata abangnya itu.
"Abang?" panggil Allysa lalu memeluk abangnya itu.
"Ya. Adik ceritalah apa yang terbuku dalam hati adik. Insya-Allah abang akan jadi pendengar setia adik." belakang Allysa digosok-gosok dengan lembut.
"Abang, adik rindu sangat kat dia. Kenapa dia mesti pergi? Kenapa dia mesti pergi dari hidup adik? Apa salah adik? Apa dosa adik buat kat dia? Kenapa harus adik? Kenapa?Kenapa bukan orang lain? Kenapa mesti adik lalui semua ini?" luah Allysa tersedu-sedan. Hingus di hidungnya dilap dengan hujung baju abangnya. Air matanya mengalir tanpa henti.
"Adik, ada sebabnya kenapa dia tinggalkan adik? Mungkin dia nak adik lebih bahagia tanpa dia disisi adik. Adik kena ingat bahawa Allah sentiasa ada kat adik. Adik kena selalu berdoa. Adik kena kuat. Abang tahu adik abang seorang ni kuat. Benda dah lepas biarlah lepas. Kita yang masih bernyawa mesti teruskan hidup." kata Alief panjang. Kepala adiknya dikucup lembut.
"Tapi.." Alief memotong percakapan adiknya.
"Takde tapi-tapi. Insya-Allah suatu hari nanti dia pasti kembali." ujar Alief lalu mengesat air mata yang gugur di wajah mulus Allysa.
"Dah, tak payah menangis lagi. Nanti muka adik tak comel macam dulu." kata Alief lalu mencuit hidungnya.
"Ish..abang ni tak payahlah nak cuit hidung adik. Tahulah hidung adik tak secantik hidung abang. Dua beradik itu ketawa.
Lega Alief melihat adiknya itu tersenyum semula.
You and I,we're like fireworks and symphonies exploding in the sky~~
Telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Tangannya mencari-cari telefon bimbit kesayangannya.
" Hello?" ucapnya dahulu sebelum pemanggil itu bersuara.
"Apa? Saya diterima?" tanya Allysa terkejut.
"Ya. Esok pagi awak boleh masuk pejabat." beritahu pemanggil itu.
"Terima kasih Encik. Terima kasih." ucapku berkali-kali lalu menamatkan perbualan itu.
Dengan perasaan yang terlalu gembira, aku pantas melompat-lompat di atas katil sehinggalah...
Pangg!!
"Aduh!"aku menggosok-gosok punggungku menjadi mangsa tamparan hebat dari mama.
" Ma, apa ni tampar-tampar. Sakit tahu." aku mencebik.
"Dah tahu sakit kenapa pergi melompat-lompat? Kalau jatuh macam mana? Siapa yang susah?Mama dan abi jugak yang susah." bebel Puan Anisa.
Tulah siapa suruh kau melompat-lompat. Kan dah kena bebel dengan mama sendiri.
"Hehe.." aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Apa yang bising-bising ni?" tegur Encik Khairul bersama anak sulungnya, Alief memasuki bilik anak perempuannya itu.
"Ni haa..Anak kesayangan awak ni melompat-lompat atas katil." ujar Puan Anisa kepada suaminya.
"Kenapa adik melompat-lompat atas katil?" tanya Alief kepadaku.
"Sebenarnya..adik diterima kerja kat syarikat terkenal tu." beritahu ku kepada ketiga-tiga orang yang tersayang di hadapanku.
"Alhamdulillah." ucap mereka lalu memelukku.
"Tahniah, dik." ucap abangku ,Alief lalu mengusap kepalaku sehingga rambutku menjadi...
"Abangg!!" jeritku apabila rambutku dirosakkan oleh Alief. Aku mengejarnya namun gagal. Ternyata dia lebih laju daripadaku. Al maklumlah dia tu tinggi sedangkan aku pendek paras bahunya sahaja.
Encik Khairul dan Puan Anisa menggelengkan kepala apabila melihat perangai kami bagaikan kanak-kanak lima tahun. Mereka berdua sudah terbiasa melihat perangai tak matang anak-anak mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/132948472-288-k161579.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...