30

4.6K 130 14
                                    

"Welcome to RoseMarry's boutique." tegur Ruby selaku pekerja butik terkenal itu menyambut customers nya. Allysa menghadiahkan senyuman buat pekerja itu. Senyuman itu adalah sedekah.

"Duduklah dulu. I pergi panggil bos I sekejap." kata Ruby lalu dia menuju ke arah satu bilik yang terletak di satu sudut.

Mereka mengambil tempat masing-masing di sofa yang disediakan. Mata Allysa meliar memandang dekorasi butik itu. Nice!

Seketika itu, pemilik butik itu menuju ke arah customers nya bersama Ruby.

"Hi you all. Dah lama tunggu?" tegur Rosemaria ramah. Senyuman diukir dibibirnya.

"Baru sahaja aunty." kata Harris sopan.

"So, nilah future wife Harr?" soal Rosemaria kepada pemuda itu.

"Ha'ah. Kenalkan ni Allysa. Awak, kenalkan ni aunty Rosemaria, kawan mama." kata Harris memperkenalkan mereka. Allysa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan pemilik butik itu.

"Dahlah cantik, sopan pulak tu . Pandai Harr pilih." puji Rosemaria. Allysa tersipu malu. Siapa je tak suka bila orang puji kau cantikkan?

"Hehehe.."

"So, Allysa, ikut aunty. Aunty dah pilih beberapa pasang busana untuk you." ajak Rosemaria kepada Allysa. Allysa akur. Mereka pergi ke belakang untuk mencuba busana pengantin.

Beberapa minit kemudian, Allysa menuju ke arah Harris dengan memakai busana berwarna merah menyala itu.

Harris memandang Allysa dari atas sampai bawah. Kemudian, dia menggeleng kepalanya. Allysa kembali ke bilik persalinan itu. Dia memakai busana kedua.

Allysa menuju ke arah Harris semula dengan mengenakan busana berwarna gold itu. Dia memusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Harris menggeleng kepalanya.

Allysa mengeluh perlahan. Cerewet gila pakcik alien ni. Sabar jelah!

Dah tiga kali Allysa keluar dan masuk dari bilik persalinan. Yang ni last. Kalau dia menggeleng kepalanya itu lagi sekali memang aku campak dia dalam loji tahi. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah.

Allysa keluar dari bilik persalinan itu lalu dia menuju ke arah Harris. Busana yang dipakainya itu sungguh cantik dihiasi dengan manik-manik kristal asli menambahkan lagi seri si pemakai.

Harris memandang Allysa dengan matanya tidak berkelip. Allysa memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan ala model.

"So, how? " soal Rosemaria kepada Harris. Harris terus memandang ke arah Rosemaria. Allysa menanti jawapan dari Harris. Kalau yang ni tak okey, memang nak kena campak dalam loji.

"Yang ni okay." jawab Harris. Rosemaria mengangguk kepalanya sambil tersenyum manis.

"So Allysa, pergi tukar baju you. Nanti I nak ukur badan you." kata Ruby kepada Allysa. Allysa akur lalu dia menuju ke arah bilik persalinan. Ruby mengambil pita pengukur. Tak lupa juga, dia mengambil pen dan buku diatas meja.


















"So kita nak pergi mana pulak?" soal Allysa kepada Harris setelah keluar dari butik itu.

"Beli barang hantaranlah, sayang." balas Harris lalu dia mengenyitkan matanya. Argh.. Cair sis!

"Ish.. Malulah saya." ujar Allysa. Pipinya serta-merta berona merah. Mereka masuk ke dalam perut kereta lalu kereta Harris meluncur laju meninggalkan tempat itu.

Sesampainya mereka di mall, mereka terus menjelajah mall yang agak besar itu untuk mencari kedai dimana barang hantaran dijual. (Aku xthu btul ke x. Almaklumlah xprnh kahwin lgi.lol -_-" )

Kini mereka berada di hadapan kedai yang tertera 'Kedai Cahaya Crystal'. Ramai yang memerhatikan mereka. Allysa membuat muka menyampah tahap babun.

Tahulah orang sebelah tu hensem. Tak payahlah duk tenung bakal suami aku macam tu sekali. Cucuk mata tu karang baru tahu.

"Awak nak apa?" tanya Harris tiba-tiba. Allysa memandang Harris.

"Maksud awak?" tanya Allysa kembali, blur. Alahai, makin nak kahwin ni makin lembab otak dia.

"Untuk hantaran? Nak phone ke handbag ke or whatever?" terang Harris. Kening kirinya diangkat. Ada jugak kena cukur sekejap lagi.

"Nak kereta sport satu boleh? Eh, gurau je. Hehehe." kata Allysa berseloroh. Okey, tak lawak.

"Beli jelah apa-apa pun. Saya tak kisah." ujar Allysa kepada Harris. Malas nak fikir actually.

"Jom kita beli barang lain dulu." ajak Harris kepada Allysa. Allysa hanya akur. Mereka masuk ke dalam kedai dihadapan mereka itu.

Usai membeli barang, mereka ke kedai cincin pula. Tanpa cincin macam mana nak kahwin? Boleh je kahwin tanpa cincin,kan?

Mereka menuju ke kedai emas 'Habib jewellery' untuk membeli cincin.

"Pilihlah mana awak suka." kata Harris kepada Allysa. Allysa memandang cincin-cincin di dalam almari kaca. Semuanya cantik-cantik.

Allysa memandang ke arah cincin yang bertahtakan diamond itu. Cantik and simple tetapi malangnya terlalu mahal. Harga dia, ya Allah boleh tercekik tulang dia. RM290,000.000 satu. Gila mahal sial!

Harris menyedari Allysa memandang ke arah cincin itu. Dia segera memanggil pekerja untuk mengambil cincin tersebut.

"Miss, ambilkan yang itu." pinta Harris kepada pekerja disitu. Cincin tadi ditunjuknya.

"Awak, tak payahlah. Mahal sangat tu." kata Allysa kepada Harris. Harris mengukir senyumannya.

"No worries. Fasal harga tu celah gigi saya je." ujar Harris. Nak je dia peluk bakal isterinya itu. Comel sangat!

Pekerja tadi meletakkan cincin itu di atas meja kaca bersama bekasnya.

"Try pakai muat ke tak." arah Harris kepada Allysa. Allysa mengambil cincin dalam bekasnya itu lalu dipakai di jari manisnya. Padan! Setelah itu dia membuka semula cincin itu daripada jarinya. Cincin itu diletak semula di dalam bekas.

"Miss, I want to buy this ring."

"Wait a minute."

"How much?" tanya Harris setelah pekerja itu kembali dengan beg kecil yang berisi cincin berserta kotaknya.

"RM 290, 000, sir." terbuntang mata Allysa mendengar harga cincin itu dari pekerja itu.

What the hell?

Mahal gila. Rasa macam nak mencarut je.

Harris menyeluk poket seluar untuk mengambil dompetnya. Credit card diambil daripada dompetnya lalu diberikan kepada pekerja itu. Pekerja itu menyambut huluran itu.

Usai membuat bayaran, mereka keluar dari situ. Jam tangan miliknya dilihat. Sudah masuk waktu lunch.

"Nak makan mana?" tanya Harris kepada Allysa disebelahnya. Allysa memandang wajah Harris.

"Dekat mana-mana pun boleh." balas Allysa. Mereka melangkah keluar dari mall itu lalu menuju ke arah kereta Harris di parking.

Allysa masuk ke dalam perut kereta manakala Harris menyimpan barang-barang yang dibeli di dalam bonet kereta. Usai menyimpan barang-barang itu, dia masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin.

Dia menukar gear lalu menekan pedal minyak. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.




Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now