49

4.9K 155 0
                                    

"Lysa!!" jerit Hannah dan Wafa serentak. Allysa menutup matanya.

Tiba-tiba tubuh Allysa dipeluk seseorang lalu mereka jatuh di bahu jalan. Allysa membuka matanya. Terbuntang matanya melihat orang yang menyelamatkannya.

Tak mungkin!

"A..bang?" tergagap-gagap dia ditambah pula dengan trauma dengan kejadian tadi. Hampir sahaja dia dilanggar kereta.

Allysa merenung dalam mata itu. Dia tak silap lagi. Dia yakin itulah suaminya.

Butiran jernih mula bertakung ditubir matanya sehingga pandangannya kabur. Air matanya mula gugur.

Setitik..

Dua titik..

Air matanya jatuh pada wajah orang yang menyelamatkannya.

Dia rindu akan wajah itu.

Dia rindu akan mata itu.

Dia rindu akan semuanya yang ada pada suaminya.

Mereka bangkit daripada posisi itu. Hannah dan Wafa segera menuju ke arah Allysa. Risau dengan keadaan sahabatnya ditambah lagi sahabatnya itu tengah berbadan dua.

"Lysa. Ya Allah Lysa. Kau okey tak?" tanya Wafa kepada Allysa. Tubuh sahabatnya ditilik takut ada luka ke apa. Dah lah kawannya itu tengah mengandung. Buatnya keguguran siapa nak jawab?

"Thank you si-" terkaku Hannah saat memandang wajah itu. Wafa juga turut terkejut.

Adakah ini mimpi or realiti?

Harris masih hidup?

"Harris, kau.." tak tahu nak cakap macam mana.

Takut ternampak roh Harris je.

"Aku hidup lagi." katanya tiga patah perkataan.

"Abang." panggil Allysa lalu memeluk tubuh sasa Harris. Erat!

"Yes, my love. I'm here." ujarnya lembut.

Duhai kasih, suamiku sudah kembali. Yeah!!

Dah macam jejak kasih pulak. Tepi jalan pun nak berpeluk ke? Eh, lupa! Diorang ni tengah melepaskan semua kerinduan yang bersarang di hati.

Jejak kasih pun jadilah. Asalkan suaminya dah ada depan mata.















Setibanya mereka berempat di lapangan terbang KLIA, mereka masing-masing mengheret bagasi lalu keluar dari lapangan itu. Correction, mereka berlima okay! Driver keluarga Dato' Hisyam dicari. Mana pulak Pak Mad ni.

Actually, keluarganya yang lain dah pulang ke Malaysia bulan lepas. Alief pula bekerja. Pilotlah katakan.

"Puan, maaf lambat." ucap Pak Mad. Dia menundukkan kepalanya.

"Takpelah Pak Mad. Kitaorang pun baru je sampai." balas Wafa bagi pihak mereka.

Pak Mad mengangguk kepalanya lalu memandang wajah Harris.

"Encik Harr?" Harris tersengih menampakkan barisan giginya.

"Pak Mad jangan bagitahu mama dan papa eh yang saya masih hidup." pinta Harris kepada Pak Mad. Pak Mad mengangguk faham.

Apa-apa jelah Encik Harris Alian oii!

"Jom kita gerak sekarang." kata Pak Mad kepada mereka semua. Bagasi mereka dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Mereka mengambil tempat penumpang di belakang. Hannah dan Wafa membiarkan pasangan itu berduaan di tempat duduk belakangnya.

Wafa mengeluarkan phonenya lalu menekan kamera. Masa untuk bergambar!

"Guys, smile! 1,2,3."

Klik..

Klik..

"One more, okey."

1..2..3

Klik..

Klik..

Wafa membelek gambar-gambar yang diambilnya tadi. Cute, beautiful and perfect!

"By the way, aku nak tanya sikit. Kita nak balik rumah siapa dulu?" soal Hannah kepada Harris. Dia terpaksa menoleh ke belakang memandangkan Harris berada di belakang mereka.

"Rumah aku. Malam nanti ada majlis kesyukuran kan? So, lepak rumah aku dulu." balas Harris. Dengan selamba badak sumbu dia je kiss bini dia depan Hannah dan Wafa.

Malam nanti boleh. Hadeh!

"Huish.. Bersemut aku tengok." ujar Wafa lalu menghadap ke hadapan kembali.

Silap hari bulan boleh terkena penyakit diabetes ni.

"Siapa suruh tengok." Harris selamba badak sumbunya dia menjawab. Hannah dan Wafa membuat muka menyampah.

"Aku tembak jugak mamat ni satgi." bisik Wafa ditelinga Hannah. Hannah mengangguk setuju.




Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now