Pin.. Pin..
Bunyi hon dari kereta audi mengejutkan Harris yang sedang bersantai di gazebo. Harris mengintai sedikit disebalik pagar. Dia segera membuka pintu pagar kecil(?) apabila melihat kereta audi milik rakannya itu.
Susuk tubuh Umar Danish yang baru sahaja keluar dari kereta audi putihnya itu menyapa retina Harris. Dia menghampiri sahabatnya, Harris.
"Bro." sapa Umar Danish. Mereka bersalaman sambil menepuk-nepuk belakang(?).
"Tak pernah- pernah kau datang rumah aku dan hari ni kau muncul? Kau demam ke apa ni?" gurau Harris. Danny hanya ketawa kecil.
"Aip.. Datang pun salah? Kalau macam tu aku tak nak datang dah." rajuk Danny. Haish.. Macam budak-budak dia ni.
"Alah kau ni. Mesti ada something ni sebab tu kau jumpa aku,kan?" tembak Harris. Danny tersengih, macam tahu-tahu je.
"Aku nak ajak kau keluar. Jom! Si Syarif tu ada sekali tu.." ajak Danny. Harris berpaling ke arah kereta Danny. Syarif berada di dalam kereta audi milik Danny melambai ke arah Harris.
"Okay. Aku bersiap kejap." ujar Harris lalu berlari anak masuk ke dalam rumahnya. Rumah papa dia actually.
Mereka berjalan menuju ke pantai. Angin sederhana kuat itu menyapa ke tubuh mereka. Sejuk tapi hangat! Wahh... Mujur pagi itu pengunjung tidak terlalu ramai. Hanya boleh dibilang jari sahaja.
"Wahh.." Allysa mendepakan tangannya apabila angin menyapa tubuhnya. Lama juga dia tak ke sini. Hanya boleh dibilang jari sahaja dia ke sini disebabkan busy sejak bekerja di syarikat HARR'S ENTERPRISE.
Wafa dan Hannah hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah sahabat baiknya itu. Mereka masak benar dengan perangai sahabatnya yang seorang itu.
"Abang, tolong ambilkan gambar kitaorang." pinta Allysa lalu memberikan iphone 6nya kepada Alief. Dengan ketidakrelaan hatinya, dia menjadi photographer 'tidak berbayar' untuk adiknya. Mujur adik. Kalau tak, jangan haraplah.
Pelbagai gaya yang dibuat oleh mereka bertiga. Bila girls bergambar be like. Berpuluh-puluh gaya dibuat, berpuluh-puluh gambar juga diambil. Kaum Adam mohon bersabar dengan kaum Hawa ni.
"Abang, ambil gambar adik dekat sini." pinta Allysa setelah selesai bergambar dengan sahabatnya itu. Kini gilirannya sendirian. Dia membuat gayanya tersendiri. Topi yang tersarung di atas kepalanya dipegang. Tak fasal-fasal topi kesayangannya terbang.
Klik..
Klik..
Klik..
"Thank you so much,brother." ucap Allysa ikhlas. Gambar tadi dilihat. Ketiga-tiga gambar yang diambil oleh Alief dilihat. Terbuntang matanya melihat gambar itu.
"Abang,kenapa gambar ni buruk?" soal Allysa tidak puas hati. Gambar di telefonnya ditunjuk kepada abangnya.
"Mana? Abang nampak okey aje." ujar Alief sambil membelek gambar yang diambilnya sebentar tadi. Okey?
"Okey abang cakap? Mencacatkan pemandangan adalah." ujar Allysa dengan ketidakpuasan hatinya. Telefon yang berada di tangan Alief dirampasnya.
Dia cakap gambar ni okay? Buruk lagi adalah. Tak pasal-pasal mamat half naked ni termasuk juga dalam gambar. Buruk bebenor gambar yang satu ni.
"Redha jelah. Banyak songeh pulak dia ni." ujar Alief kegeraman. Orang ambilkan dikira okay dah. Dibuatnya Alief ni tak nak ambilkan tak pasal-pasal meraung si Allysa ni.
"Dah,dah. Jom pergi sana." Wafa meleraikan pergaduhan adik-beradik itu. Mereka berempat pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh Wafa sebentar tadi. Allysa membebel dari tadi sampailah mereka sampai ke tempat yang dituju itu. Tak puas hatilah katakan.
"Bro, jom berenang." ajak Syarif kepada dua sahabatnya itu. Dia sudah bersedia untuk berenang.
"Haa jom-jom.." Mereka berdua berlari menuju ke gigi air sebelum..
Splash..
Percikan air laut terkena pada muka Danny. Air laut yang masin itu termasuk dalam mulutnya. Apa lagi, mengamuklah si Danny tu. Kepala milik Syarif juga menjadi mangsa amukan Danny. Kesian!
Harris mengeleng melihat telatah dua orang sahabatnya itu. Haih.. Macam-macamlah.
"Hoi,kau tak nak join kitaorang ke?" soal Danny yang sedang berendam di dalam air. Syarif mengangguk setuju.
"Siapa kata tak nak?" soal Harris lalu berlari menuju ke arah Danny dan Syarif.
Splash..
"WOI!!" jerit Danny dan Syarif apabila air laut terpercik lalu masuk ke dalam mulut mereka. Mereka berdua menuju ke arah Harris lalu rambut milik Harris ditarik. Botaklah Harris lepas ni. Huhu.
"Rambut aku!" jerit Harris kesakitan. Syarif dan Danny melepaskan rambut yang ditariknya.
Harris membuat muka cemberut. Ada lori ada bas, ada hari dia balas. Tunggulah kau! Syarif dan Danny melepaskan tawanya apabila melihat muka Harris itu. Harris mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Dia menepis(?) air laut itu lalu terkena pada dua jejaka yang sedang ketawakannya. Hamek kau!
"HARRIS!!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Любовные романы[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...