48

4.5K 147 3
                                    

Sudah dua bulan lebih Allysa berada dalam keadaan begitu. Makan dan minum hanya sedikit selebihnya banyak termenung.

Sudah masuk tiga bulan usia kandungannya. Selama dua bulan ini suaminya masih lagi belum dijumpai.

'Ya Allah, dimanakah suamiku berada sekarang ini. Kau lindungilah dia dimana sahaja dia berada Ya Allah. Kau lindungilah suamiku Ya Allah.'doa Allysa sambil mengusap perutnya.

Bagaimana dia mahu membesarkan anaknya tanpa suaminya? Bagaimana dia mahu jawab apabila anaknya menanyakan tentang ayahnya?

'Ya Allah, beratnya ujian yang Kau turunkan kepada hambaMu ini.' rintih Allysa di dalam hati.

Dia membaringkan badannya. Sejak dia mengandung ni badannya asyik lenguh walhal usia kandungannya baru mencecah tiga bulan.

Dia melelapkan matanya dan kemudiannya dia terlena.















Allysa sedang berada di taman bersama dua orang rakannya. Wafa baru sahaja tiba di sini minggu lepas. Katanya dia dah bertunang dengan Danny.

Syukur alhamdulillah.

Sedih jugak apabila kawan baik bertunang kita tak dapat datang. Wafa okey je sebenarnya lagipun dia faham keadaan sekarang ni.

Allysa merenung kosong ke arah kanak-kanak yang sedang bergembira itu. Hatinya berasa sedikit lapang.

Sedang dia leka, dia terpandang ke arah susuk tubuh yang amat dikenalinya.

"Harris?" sebut Allysa perlahan. Hannah dan Wafa memandang sesama sendiri.

Mereka baru sahaja mendengar nama itu terpancul keluar dari mulut sahabatnya.

Tanpa membuang masa lagi, Allysa terus menuju ke arah susuk tubuh lelaki itu. Dia memeluk dari belakang.

"Abang, sayang rindu sangat dekat abang." ucap Allysa sayu. Lelaki itu memusingkan badannya. Dahinya berkerut seribu melihat wanita di hadapannya.

"Who are you?" soal lelaki itu dingin. Wanita itu dipandang dari atas sampai bawah.

Berkecai hati Allysa tatkala mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Tak mungkin! Dia amnesia?

"I'm your wife. Abang tak kenal sayang?" soal Allysa kepada lelaki itu. Lelaki itu menggeleng kepalanya.

"Sorry to say. Aku tak kenal kau." ujar lelaki itu lalu meninggalkan Allysa sendirian. Hannah dan Wafa segera mendapatkan sahabatnya itu.

Allysa menangis teresak-esak.

"ABANG!!" jerit Allysa kuat. Dia pantas bangkit dari mimpinya.

Mimpi buruknya!

Allysa beristigfar berkali-kali.

Hannah dan Wafa segera menuju ke arah bilik sahabatnya. Mereka mendapatkan sahabatnya itu.

"Kau okey tak?" soal Wafa prihatin.

"A..aku mimpi tadi. Aku jumpa Harris. Dia..dia hidup lagi." ujar Allysa kepada sahabatnya itu.

"Mustahil Lysa. Dah dua bulan dia hilang. Pihak polis pun dah cakap kemungkinan dia dah jadi makanan haiwan liar." kata Hannah lagi. Allysa menggeleng kepalanya tidak percaya.

"Aku tak percaya cakap diorang. Aku yakin Harris hidup." ujar Allysa tegas.

Dia yakin sangat!

"Suka hati kaulah. Nak percaya ke tak." ujar Hannah geram. Geram dengan sikap sahabatnya itu.

Allysa mengeluh. Mungkin benar kata sahabatnya itu.

Dia mesti redha dengan pemergian Harris.

"Korang, temankan aku bersiar-siar boleh? Esok aku nak balik Malaysia." ujar Allysa kepada dua orang sahabatnya.

Ya, dia sudah membuat keputusan untuk pulang ke tanah airnya.

Wafa dan Hannah memandang wajah Allysa tidak percaya.

"Betul ke kau nak balik Malaysia?" soal Wafa was-was. Allysa mengangguk kepalanya dengan yakin.

"Temankan aku siar-siar dekat sini, boleh?" tanya Allysa lagi. Mereka berdua mengangguk kepalanya.

"Mestilah boleh." jawab mereka serentak. Hannah dan Wafa memeluk tubuh Allysa.

Macam nilah baru Allysa. Kuat, gagah dan tabah.













Mereka bertiga berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan di situ. Hilang segala masalah yang dihadapinya seketika.

Allysa mengambil beberapa keping gambar disitu menggunakan kamera digital polaroid pemberian suaminya beberapa hari lalu sebelum kejadian itu.

Gambar-gambar yang baru sahaja diambilnya tadi dibelek. Setelah itu, dia memasukkan gambar itu di dalam beg silang kecilnya.

Mereka menuju ke kerusi yang terletak di bawah pokok rendang itu. Kalau diambil dari seberang jalan ni mesti cantik.

"Fa, Han, aku nak ambil gambar korang dari sana. Korang duduk sini ya." ujar Allysa kepada sahabatnya itu.

Hannah dan Wafa mengangguk faham. Alang-alang ada orang nak ambil gambar kita kan mestilah setuju kan?

Allysa terus berjalan ke seberang.

Pin!!

Bunyi hon kereta menyentakkan Allysa sedang berada di tengah-tengah jalan. Allysa terus terkaku disitu. Otaknya lambat berfungsi tika ini.

"Lysa!!" jerit Hannah dan Wafa serentak. Allysa menutup matanya.

Allah!

Tiba-tiba tubuh Allysa dipeluk seseorang lalu mereka jatuh di bahu jalan. Allysa membuka matanya. Terbuntang matanya melihat orang yang menyelamatkannya.

Tak mungkin!


Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now