15

5.5K 179 0
                                        

Syarif dan Iman sudahpun berada di restoran dimana mereka telah berjanji pada petang tadi. Mereka hanya perlu tunggu 'bos besar' sahaja disitu. Siapa lagi kalau bukan..

"Harris." panggil Syarif sambil mengangkat tangan kanannya. Harris yang baru masuk di restoran itu segera menapak ke arah meja yang diduduki oleh dua orang jejaka itu.

"Bro, siapa dia ni?" soal Harris kepada Syarif. Iman disitu mencebik. Sampai hati!

"Ni Iman Haider. Ex classmate kita alias bff till Jannah." terang Syarif kepada Harris. Harris hanya mengangguk tanda faham. Tangannya dihulur untuk bersalam.

"Sampai hati kau tak kenal aku." sayu saja kedengaran suara Iman itu. Kepala Iman ditunjal oleh Syarif. Eh budak ni.

"Diakan amnesia memang tak ingat kau. Kau ni aku nak kata kau bodoh, mustahil kau boleh sambung belajar sampai ke London." Iman hanya mencebik. Harris ketawa apabila melihat wajah buruk Iman.

"Kau ingat tak Sofie?" soal Iman lagi. Syarif menggigit bibirnya. Waduh..

"Sofie? Siapa dia? Apa kaitan dengan kita?" soal Harris kepada dua orang sahabatnya itu. Syarif mengeluh lemah. Terpaksa buka cerita lama. Huhu.

Syarif mula membuka cerita lama. Dia menceritakan semua tentang Allysa Sofiya dari A hinggalah Z.

"Aku tak percayalah yang Allysa tu Sofie." ujar Harris sambil menyedup minumannya. Chup.. Diaorang dah order minuman sebelum Syarif bercerita lagi. Iman yang beria-ria nak minumlah apalah.

"Kau kata kau jumpa kotak warna hitam,kan? Cuba kau check dalam tu selain diari. Mesti ada lagi something yang kau tak tahu lagipun diari tu kau belum habis baca lagi,kan?" cadang Syarif lalu minumannya disedup perlahan. Iman hanya jadi penonton disitu.

"Erm.. Nanti-nantilah aku buka. Kebelakangan ni aku busy sikit." ujar Harris sambil mengacau minumannya menggunakan straw.

"Kau dari dulu sampai sekarang suka bagi alasan. Tak fahamlah aku ni." ujar Syarif kepada Harris. Pening dia dengan perangai Harris yang dari dulu tak berubah.








Iphone 6 Allysa berbunyi tanda ada panggilan masuk. Iphone 6 nya dicapai lalu dia menjawab panggilan itu.

"Hello." sapa suara didalam talian.

"Hello, ada apa call aku malam-malam ni?" soal Allysa kepada orang yang menelefonnya tengah malam itu. Dah pukul 12 kut.

"Aku ada berita gembira ni." ujarnya. Allysa hanya mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Hannah itu.

"Ada orang lamar aku wei." ujar Hannah. Suaranya bukan main happy. Allysa berada posisi baring itu tiba-tiba duduk bersila di atas katilnya.

"Who?" soal Allysa ingin tahu. Dia setia menanti jawapan dari Hannah. Excited kut kawannya seorang ni dah nak kahwin.

"Secret!" Allysa membuat muka menyampah. Baik tak payah beritahu.

"Kedekut punya kawan. Nak tahu nama aje tu pun kedekut. Okeylah aku letak dulu, bye." panggilan dimatikan. Allysa mencampak iphone 6 nya di atas katil. Nasiblah kalau telefonnya jatuh ke lantai. Mahu tak meroyan si Allysa ni. Mahal kut.

Allysa baring di atas katilnya semula. Nak tidur!

"Eh? Dia matikan macam tu aje? Lantak kaulah wei. Asalkan aku happy malam-malam ni." ujarnya sendirian. Dia masak benar dengan fiil kawannya yang satu itu.




























Pintu utama dibuka perlahan-lahan supaya penghuni rumah tidak terjaga. Bagasinya ditarik. Tiba-tiba, satu suara menyapa gegendang telinganya. Kus semangat.

"Lewat pulak Alief balik?" sapa satu suara baru sahaja keluar dari dapur. Mana tak lewatnya dah pukul 1 pagi.

"Penerbangan Alief sepatutnya pagi semalam. Tapi ada masalah teknikal tu yang lewat tu." terang Alief. Puan Anisa hanya mengangguk lalu dia mendaki anak tangga untuk ke biliknya.

"Sebelum tidur jangan lupa bersihkan diri." pesan Puan Anisa ketika dia berada di tangga.

"Okey,ma." ujar Alief ringkas. Apabila kelibat Puan Anisa hilang, dia terus berjalan ke arah tangga sambil menarik bagasinya. Sesampai di tangga, dia mengangkat bagasinya sampai ke biliknya.

Sesampainya di hadapan biliknya, dia terus memulas tombol pintu lalu dia menghayunkan kakinya ke dalam. Pilot hat dan kot hitam itu dicampakkan ke atas katil. Dia mengeluarkan hadiah yang dibelinya ketika berada di Sydney untuk adiknya dari bagasi. Hadiah itu diletakkan di atas meja. Dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Seharian tak mandi. Haha..


✈✈✈
Makin merapu citer ni 😢

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang