50

5.9K 150 0
                                    

Dua khemah berdiri teguh di kediaman Dato' Hisyam. Ramai tetamu yang hadir ke majlis kesyukuran itu walhal hanya sanak saudara terdekat dan kenalan mereka sahaja dijemput.

Hannah dan Wafa sudah lama turun dari kereta yang dipandu Pak Mad. Well, Pak Mad yang jemput diorang.

Harris memakai Ray ban dan juga mask. Ini semua kerja isterinya. Katanya nak buat surprise kenalah pakai macam ni.

Dah macam penyamun pun ada. Ada ke penyamun muka hensem? Setahunya penyamun semua muka macam longkang. Ops..sorry!

"Abang, jom masuk." ajak Allysa kepada suaminya. Harris hanya mengikut langkah isterinya dari belakang.

Rata-rata tetamu yang hadir memandang ke arahnya. Err..ada tak kena ke dengan pemakaian dia? Ke dia terlebih handsome malam ni?

Ceh..perasan tahap babun Mr. Alien ni!

"Mama." panggil Allysa lalu menyalami tangan ibu mertuanya. Kemudian, pipi mereka berlaga beberapa kali.

"Lysa dan baby sihat?" soal Datin Mariana prihatin.

'Anak kandung dia tak tanya pulak.'desis Harris mencebik. Nasib baik dia pakai mask tak adalah nampak sangat dia mencebik.

"Lysa sihat. Baby pun sihat jugak." balas Allysa. Datin Mariana memandang wajah Harris. Kenapa pelik sangat lelaki ni?

Pakai mask and spek jenama mahal pulak tu. Tak macam penyamun pun. Jap, penyamun mana pakai spek bagai. Ke penyamun versi kini?

"Lysa, siapa tu." soal Datin Mariana kepada menantunya. Allysa menoleh ke belakang.

Nak beritahu sekarang ke?

"Kejap lagi Lysa kenalkan dia dekat semua. Yang lain mana ma?" tanya Allysa sambil matanya meliar mencari susuk tubuh ahli-ahli keluarganya.

"Yang lain dekat sana. Jom kita pergi sana." ajak Datin Mariana kepada menantunya. Harris dan Allysa hanya akur lalu mengikut jejak Datin Mariana.

"Bang, Lysa dah sampai." kata Datin Mariana kepada suaminya. Ahli keluarganya segera menoleh ke arah Allysa.

Allysa bersalam dengan mereka semua.

Usai bersalaman, Alief bersuara.

"Siapa dia tu?" orang yang dimaksudkan Alief ialah Harris.

Harris membuka Ray ban dan masknya lalu tersenyum. Ternganga mereka semua melihat Harris ada di depan mata mereka.

"Bro, kau ke ni?" tanya Alief was-was. Tubuh Harris dipandangnya dari atas sampai ke bawah.

"Taklah, roh aku ni." Harris cuba berloyar buruk dengan abang iparnya.

Pak!!

"Aduh! Sakitlah ma."kepalanya dipukul dengan dompet mahal Datin Mariana.

Orang mati-mati ingat dia dah mati. Dia boleh pulak tersengih macam kerang busuk. Lepas tu surprise bagai.

"Lain kali Harr buat lagi, mama tak teragak-agak nak kahwinkan Lysa dengan orang lain." ujar Datin Mariana berbaur ugutan.

Harris terlopong. Mana boleh macam tu! Allysa Sofiya milik dia!

"Mana aci maa.." meleret suaranya sambil membuat muncung.

Eh,chup!

Ni dah terbalik ni. Biasanya Allysa yang buat muncung itik. Sekarang ni dia pulak.

"Aci dekat India." ujar Datin Mariana. Mereka semua menghamburkan tawa. Haha!

Ketawa tak ingat dunia. Tak ingat ke mereka sekarang ni ada dalam majlis?

Waduh!!
















Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now