"ABANG!!" jerit Allysa kuat. Puan Anisa segera mendekati anaknya. Tubuh anaknya itu dipeluk erat.
"Ma..ma.." panggil Allysa serak.
"Ya sayang. Mama ada dekat sini." ujar Puan Anisa. Dia mengusap lembut kepala anak perempuannya.
"Har..ris mana..hiks..ma? hiks..hiks.." tanya Allysa dalam tangisan.
"Harris dah takde, sayang." balas Puan Anisa lembut. Allysa melepaskan pelukan Puan Anisa.
"Tipu! Harris ada.. Dia ada lagi. Dia belum mati lagi. Ma.."
Tersedu-sedan dia menahan tangisan.
"Dia dah takde, dik!" ujar Alief tegas. Allysa memandang wajah abangnya di mejanya.
"Dia hidup lagi! Allysa nak pergi sana." putus Allysa mendatar. Dia segera turun dari katilnya lalu almari dituju.
Pakaian di dalam almari dikeluarnya. Luggage di dalam almarinya itu turut dikeluarkan. Pakaiannya dimasukkan satu demi satu.
"Kau nak pergi mana, dik? Kau tu dahlah baru sedar dari pengsan." kata Alief. Suaranya masih seperti tadi.
Geram pun ada dengan perangai adiknya ini. Nak je bagi penumbuk dekat adiknya itu.
"Adik dah kata, adik nak pergi sana. Adik nak cari sendiri suami adik." ujar Allysa yang sibuk mengemas itu.
Dia tak kisah apa nak jadi. Yang penting dia mahu cari suaminya sendiri.
"Dah malam ni. Esok jelah kita pergi." pujuk Puan Anisa kepada anak perempuannya.
Allysa menggeleng kepalanya. Esok? Lama lagi dia mahu menunggu sampai fajar terbit.
"Tak nak. Allysa nak pergi sekarang." ujar Allysa tegas.
"Adik, dengar cakap mama kali ni je. Please, sayang. Kita pergi esok je, ya?" pujuk Puan Anisa lagi. Allysa berhenti mengemas pakaiannya.
"Ma.." panggil Allysa sayu.
Dia segera menuju ke arah Puan Anisa lalu dipeluknya. Erat!
"Adik, esok jelah kita pergi. Sekarang ni dah malam." ujar Puan Anisa. Allysa mengangguk kepalanya.
"Dah, pergi solat dulu. Lepas tu rehat." ujar Puan Anisa lembut. Allysa hanya akur. Bilik air ditujunya untuk mengambil wuduk.
Puan Anisa, Encik Khairul, Alief dan Hannah meninggalkan bilik itu lalu menuju ke bilik tidur masing-masing.
Mereka sekeluarga bersiap-siap untuk ke lapangan terbang. Chup.. Chup.. Bukan mereka sahaja malah keluarga mertua Allysa turut mengikuti mereka ke sana.
Anak kandung mereka terhempas dekat sana mestilah Dato' Hisyam dan isterinya juga ingin mencarinya. Ye dak?
Mereka sekeluarga dijemput oleh pemandu keluarga Dato' Hisyam. Lapangan terbang KLIA dituju. Perjalanan mereka mengambil masa satu jam untuk ke sana. So, pagi-pagi lagi mereka sudah bertolak supaya mereka tiba awal di sana.
Sesampainya mereka disana, mereka menarik bagasi masing-masing.
"Kita breakfast dulu." ujar Dato' Hisyam kepada mereka. Mereka menganguk kepala kecuali Allysa. Muram saja mukanya.
"Jom sayang."
Tangan Allysa ditarik lembut oleh Datin Mariana. Allysa hanya mengikut.
"Lysa nak makan apa?" tanya Datin Mariana lembut. Allysa menggeleng kepalanya.
Dia tiada selera hendak makan.
"Lysa, makan roti ni untuk alas perut." ujar Hannah lalu dia menyuakan roti coklat kepada sahabatnya itu.
Dia tahu sahabatnya itu tiada selera namun sekurang-kurangnya makan roti itu sudah memadai untuk mengalas perut.
Allysa menyambut huluran itu. Plastik roti itu dibuka lalu menggigitnya perlahan.
Dia mengunyah perlahan. Dia terpaksa makan roti itu walaupun tiada selera.
Bayangkan sendiri bila kau terpaksa telan makanan walaupun selera kau dah hilang.
Hilang dibawa arus!
Allysa memejamkan matanya setelah dia mendapatkan tempat duduknya. Letih, penat semuanya ada. Semalam dia tidak dapat tidur dengan lena.
"Hello, I'm Trisha Aulia."
Allysa membuka matanya. Wanita disebelahnya menghulurkan tangan. Allysa menyambut huluran itu.
"Hi, I'm Allysa Sofiya." balas Allysa lalu dia memberikan senyuman tawar.
"Nice to meet you. By the way, nice name." ucap wanita itu ikhlas.
"Nice to meet you too and thanks." balas Allysa lalu dia menyambung tidurnya.
Malas dia layan wanita disebelahnya itu. Dia letih! Dia mahu lelap walaupun sekejap.
Sejam sudah berlalu. Allysa menggeliat sedikit lalu membetulkan posisinya. Dia membuang pandangannya di luar tingkap pesawat itu. Kini dia sudah berada di atas awan.
Setelah puas, dia menonton movie bertajuk Bounty Hunter di skrin hadapannya. Headphone dilekatkan pada kepalanya. Dia menonton movie itu sementara pesawat itu tiba di lapangan terbang ibu negara Filipina.
Alahai Lee Minho ku!

YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...