Allysa sedang sibuk menaip di komputernya. Tiba-tiba, pintu bilik pejabat diketuk bertalu-talu.
"Masuk." Allysa mengizinkan gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu. Beberapa saat kemudian, muncullah Aliza disitu.
"Sibuk ke?" tegur Aliza. Allysa mengangkat kepalanya dari skrin komputernya. Wajah Aliza dipandangnya.
"Tak adalah, kak. Lysa tengah atur balik jadual big boss tu." ujar Allysa sambil matanya melihat bilik bosnya itu. Aliza hanya meng'o'kan sahaja.
"Ada apa akak jumpa Lysa ni?" soal Allysa lagi. Wajah kak Aliza dipandang.
"Tak ada apa-apalah. Akak nak bergosip dengan kau sekejap." ujar Aliza lalu kerusi dihadapan Allysa didudukinya.
"Ingat ke apa tadi." haih..membawang lagi. Sabar jelah dengan sikap kak Aliza ni. Membawang aje kerja.
"Kau kenal tak Rif Zharfan?" soal Aliza kepada Allysa. Allysa mengetuk dagu tanda dia sedang berfikir.
"Penyanyi serak-serak basah tu eh?" tanya Allysa untuk kepastian. Aliza mengangguk kepalanya mengiyakan pertanyaan Allysa.
"Kenapa dengan dia?" soal Allysa. Kemudian, kak Aliza membuka ceritanya..
"Semalam dia ada buat konsert. Promote lagu baru dia. Lagu dia lain daripada yang lainlah. English song." cerita Aliza dengan semangat. Allysa, apa lagi terus bersemangat. Penyanyi kegemaran dia kut.
"Ruginya tak pergi semalam." ujar Allysa kecewa. Dia bukannya tak tahu pasal konsert tu tetapi dia terpaksa batalkan niatnya untuk ke sana semata-mata menghantar abangnya ke airport.
"Don't worry. Akak ada video semalam." ujar Aliza sambil menunjukkan video semalam kepada Allysa. Telefon Aliza kini bertukar tangan.
"Akak pergi?" soal Allysa kepada Aliza. Matanya bersinar-sinar.
"Bukan akak tapi adik akak." terang Aliza ringkas. Allysa hanya mengangguk tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Aliza. Untunglah dapat pergi.
"Korang ni tak ada kerja ke? Asyik membawang je dekat sini?" sergah Harris entah dari mana dia muncul mengejutkan mereka berdua. Boleh gugur jantung mereka jikalau hari-hari kena sergah dengan bosnya itu.
"Opocot laki aku tergolek." latah Aliza. Terkejut punya pasal. Allysa apa lagi terbahak-bahaklah dia ketawa. Haih, kesian suami kak Aliza.
"Hah,yang kau ketawa ni kenapa? Apa yang kelakarnya?" soal Harris dengan nada yang sama seperti tadi. Serta-merta ketawa Allysa terhenti. Kus semangat.
"Nak gelak pun tak boleh ke, big boss?" soal Allysa. Wajah Harris dipandangnya. Aliza yang berada di tengah-tengah dua orang manusia itu mahu cepat-cepat keluar dari situ. Seram apabila dua makhluk ciptaan Allah bertemu. Kang tak fasal-fasal dia kena tempias. Asyik bercakar sahaja.
"Err, bos saya keluar dulu. Allysa, akak keluar dulu." pamit Aliza. Wajahnya ditunduk tatkala melintasi bosnya. Hormat!
"Kau tunggu apa lagi? Buat kerja tu. Jangan asyik membawang je tapi kerja tak siap-siap." marah Harris berserta bebelannya. Allysa meng 'roll-eyes' nya. Fikir dia kisah? Nasib dia bekerja bawah si Harris berkepala Alien ni kalau tak, jangan harap dia dengar cakap mamat mulut virus ni. Harap muka je handsome tapi mulut macam celaka. Asyik nak marah je kerja.
"Haa.. Mengumpat akulah tu. Aku potong gaji kau baru tahu." marah Harris berserta ugutan. Ayok, apa kau dah buat ni Allysa Sofiya? Big boss kau nak potong gaji kau tu.
"Halah big boss.. Janganlah buat macam tu." sayu saja suara Allysa. Buat-buat sedih je tu. Shhh..
"Dah berapa bulan kau kerja dengan aku?" soal Harris. Tangannya disilangkan sambil menyandar ke pintu. Cis, dia ingat dia model ke apa?
"Err.. 5 bulan? Why?" soal Allysa. Berkerut-kerut dahinya.
Dia nak pecat aku ke?dia monolog sendiri.
"Tak payah buat berkerut macam tu. Dahlah muka tu hodoh nanti bertambah hodoh baru tahu." kutuk Harris. Allysa sudah berapi di tempat duduknya hanya tinggal hendak melentup sahaja. Aku cili mulut kau baru tahu. Sabar, Lysa. Sabar!
"Aku nak kau ubah panggilan big boss tu." pinta Harris. Allysa membuat muka. Alahai bigbossku ini macam-macam hallah.
"Habis tu nak panggil apa?" dungu saja soalan Allysa. Soalan bodohkah?
"Panggil aku baby." ujar Harris selamba. Mahu tercekik dia dengar perkataan tu. Hukhuk.
"HAH??!!"
"Tak payah menjerit boleh? Bingit tahu tak?" marah Harris lagi. Haih.. Lempang boleh?
"Eww.. Kau ni sihat ke tak?" soal Allysa sambil melihat Harris dari bawah sampai atas. Geli bulu ketiak aku dengar. Baby? Eww.. Sah si Harris ni gila.
"Aku ni bos kau,tahu? Hormat sikit." nahh..pabila bos guna kuasa vetonya.
"Sorry, BIG boss." Allysa sengaja menekankan perkataan 'big' itu. Haha..
"Aku nak kau ubah panggilan big boss tu. Macam apa aku dengar." ujar Harris lagi.
"Okey apa BIG boss tu." ujar Allysa.
"Mulai esok aku tak nak dengar kau panggil aku big boss lagi. Panggil bos ataupun Encik Harr." eleh.. Dia ingat dia ni apa? Harris J? Encik Harr konon. Encik Alien tak nak pulak. Menyampah tahu. Nasib kau bos kalau tak dengan kaki ni aku bagi.
"Tapi hari ni saya boleh lagi panggil big boss, kan? Big boss kata esok." ujar Allysa laju apabila Harris ingin membuka mulut.
Harris hanya menjeling lalu keluar dari bilik itu. Bilik pejabatnya dituju. Boleh gila dia melayan sikap Allysa yang menyakitkan hati itu. Aip.. Bukannya dia sama jugak ke? Menyakitkan hati?
Mesyuarat pada petang itu berjalan dengan lancar. Harris berjaya menyakinkan clien-cliennya tentang pelaburan bagi membina sebuah bangunan untuk menjadikan sebuah mall di tempat yang dikatakannya.
"Mr. Adnan, I belanja you minum coffee sebagai tanda terima kasih atas persetujuan you dengan cadangan I tadi." ajak Harris. Encik Adnan hanya menggeleng tidak mahu.
"Sorry, Mr.Harris. I've need to go now. I ada hal lain pulak lepas ni." ujar Encik Adnan kepada Harris.
"I'm sorry, Mr.Harris." ucap Encik Adnan lagi. Tangannya diraih oleh Harris untuk bersalaman dengan lelaki tua itu.
"It's okay, Mr.Adnan." ujar Harris kepada Encik Adnan. Encik Adnan melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Harris mengemas kertas-kertas yang dibentangnya tadi. Telefonnya tidak lupa diambil sekali. Bilik pejabatnya dituju.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...