Sudah tiga hari mereka berada di negara orang. Hari ini mereka hendak ke tempat bersejarah pula.
Bukan selalu pergi melancong ke sini. Kan? So, masa honeymoon macam nilah baru ada feel nak pergi melawat dekat tempat-tempat bersejarah seperti Aspendos Theatre, St. Nicholas Church, Tombs of Myra dan banyak lagi tempat-tempat yang bersejarah di Demre, Antalya.
Mereka menunggu teksi di hadapan hotel yang diinapnya. Beberapa minit kemudian, teksi yang ditempah oleh Harris sudah pun sampai di hadapan hotel.
"Günaydın efendim ve bayan. Kaçırıldığım için özür dilerim. (Selamat pagi tuan dan puan. Saya minta maaf kerana terlewat.)" ucap lelaki Turkish itu kepada pasangan dihadapannya.
"Hiçbir şey amca. Sonuçta biz yeni çıktık.(Tak apa,pakcik. Lagi pun kami baru sahaja turun.)" balas Harris mesra. Allysa dalam pelukan suaminya hanya senyum.
Bahasa asing mana diaorang cakap pun dia tak tahu. Hanya mampu senyum jelah.
Senyum itu satu sedekah!
"Oh evet! Lütfen giriş yapın. (Oh ya! Silakan masuk.)" pintu kereta di bahagian belakang dibuka.
Harris menyuruh isterinya masuk terlebih dahulu. Allysa hanya akur akan suaminya. Setelah itu, barulah Harris masuk ke dalam perut kereta itu. Lelaki Turkish itu segera menutup pintu kereta lalu dia berlari anak menuju ke pintu bahagian pemandu.
Enjin kereta dihidupkan lalu dia menekan pedal minyak. Kereta itu meluncur laju meninggalkan hotel itu.
Mereka menuju ke destinasi yang telah diberitahu oleh Harris sebentar tadi. Destinasi tersebut mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke sana.
Setibanya mereka disana, Harris segera menyeluk poket seluarnya untuk mengambil dompet kepunyaannya.
Beberapa not mata wang turki itu dihulurnya kepada pemandu itu.
"Bu bir taksi ücreti. (Ini duit tambang teksi.)"
Pemandu itu menyambut huluran Harris.
"Teşekkür ederim. (Terima kasih.)" ucap Harris kepada pemandu teksi berbangsa Turkish itu.
"Rica ederim efendim. (Sama-sama, encik.)" balas pemandu itu.
Mereka segera keluar dari teksi itu lalu mengorak langkah ke destinasinya.
Mereka kini berada di hadapan sebuah gereja yang dinamakan sebagai St. Nicholas.
Menurut penduduk Turki, di sinilah bermulanya St. Nick atau lebih dikenali sebagai Santa Claus menjalankan kehidupannya.
Walaupun gereja ini sudah bertahun kurunnya, lukisan mural masih lagi kelihatan baru di dinding dan keramik yang ada di lantai.
Gereja ini juga terdapat makam dari St. Nicholas, dari Myra yang banyak dikunjungi oleh wisatawan domestik dan mancanegara.
Setelah mereka puas berpusing-pusing di gereja itu, mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan itu. Tidak jauh dari Gereja St. Nicholas, terdapat satu tempat dimana dinamakan sebagai Tombs of Myra. Tempat itu terletak berhampiran bukit.
Tempat itu merupakan peninggalan amphitheatre kerana di situ juga terdapat makam para leluhur yang berada di dinding tebing.
Konsep dari makam yang berada di bukit ini adalah semakin tinggi status sosial mereka, maka secara automatiknya mereka akan berada di bukit yang lebih tinggi supaya lebih dekat dengan para dewa.
"Wahhhh...cantiknya abang." ucap Allysa kepada suaminya. Harris hanya mengiyakan kata-kata isterinya.
"Jom kita selfie, sayang." ajak Harris lalu dia mengeluarkan iphone Xnya.
Harris meng'unlock' telefon pintarnya lalu mencari aplikasi snapchat.
Dia menekan emoji anjing lalu gambar diambil.
"Tak cantiklah anjing tu. Tukar yang lainlah." ujar Allysa lalu menjuihkan bibirnya.
Yalah, rupa tu dah elok tapi nak tukar rupa anjing pulak. Siapalah yang cipta benda ni.
"Nah..sayang pilihkan." iphone X bertukar tangan. Allysa mencari emoji yang sesuai dengan mereka.
"Abang, smile." telefon itu diangkat ke atas bagi menampakkan wajah mereka berdua.
Klik.. Klikk..
"Ni baru cantik. Ada love dekat atas kepala." ujar Allysa kepada Harris. Harris mencebik setelah melihat wajahnya.
Dah serupa perempuan muka dia. Bulu mata fake punya fasal. Dahlah panjang, lepas tu lentik.
Hahaha!
"Ish..muka abang tu dah serupa perempuan tahu tak?" omel Harris tidak puas hati.
"Even muka abang macam perempuan sekalipun abang tetap husband saya. I love you, Mr. Alien." pipi Harris dicubitnya geram. Harris mengaduh kesakitan.
Gila ke tak sakit?
"Makin sweet isteri abang ni. Kalau macam tu, abang nak namakan cerita kita ni 'Cinta untuk Mr. Alien'. Sayang ialah Cinta dan abang ialah Mr. Alien. How?" ujar Harris panjang lebar.
Allysa tersenyum gembira. Dia merehatkan kepalanya di dada bidang Harris. Lalu Harris memeluk tubuh isterinya erat.
"I love you, hubby." ucap Allysa perlahan. Harris tersenyum gembira.
"I love you too, my love."
•••••••••••••••
So how? Sweet tak? Or tak cukup manis lagi? Kalau tak cukup manis lagi silalah tambah gula ya.
Sis minta maaf atas kesalahan bahasa,ejaan dan sebagainya terutama sekali bahasa Türkçe 🙏 sis tahu hanyalah 'on' iaitu no.10 😅😅
![](https://img.wattpad.com/cover/132948472-288-k161579.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...