20

5.5K 171 3
                                    

Danny melangkah masuk ke dalam kedai bunga itu, Rose's Florist. Sejak kali pertama dia melangkah kakinya ke situ, dia sudah terjatuh cinta dengan seorang gadis yang menjaga kaunter itu.

"Selamat datang. Boleh saya bantu?" soal Wafa kepada Danny. Danny tersengih. Alahai lembutnya suara dia.

Pahal pulak mamat ni? Tersengih-sengih. Gila agaknya. Bisik Wafa dalam hati. Tubuh jejaka dihadapannya dipandang dari atas sampai bawah.

"Encik? Encik?" Wafa melambai tangannya ke arah Danny. Lamunan Danny serta-merta mati.

"Sorry..sorry." ucap Danny. Malu dengan perbuatannya tadi.

"Encik nak pesan apa?" soal Wafa lembut. Dengan customer dia harus berlembut.

"Saya nak bunga ros. Nak tanam dalam taman cinta kita." ujar Danny. Wafa memandang lelaki itu hairan. Buang tabiat ke?

Sah, gila!

"White rose or red rose? Ke encik nak blue rose?" soal Wafa kepada Danny. Danny bingung mahu pilih ros mana.

"Awak rasa rose mana sesuai tanam dekat balkoni?" soal Danny kepada Wafa. Wafa menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Sudah! Dia mana tahu bunga ros mana sesuai.

Pilih yang mana sesuai dan bertawakal. "Saya rasa red rose." cadang Wafa.

Argh.. Dia nak beli suruh orang pilih. Menyusahkan betul.

"Saya nak 2 pokok, ya. Red roses and white roses." pinta Danny. Eh, dia ni. Tadi tanya sangat ros mana yang sesuai. Sabar jelah. Wafa mengangguk lalu mengambil dua pasu bunga ros putih dan juga ros merah. Plastik hitam berisi tanah diambil lalu pokok bunga yang berada di dalam pasu ditarik perlahan-lahan bagi mengelakkan akarnya tercabut.

Beberapa minit kemudian, Wafa kembali ke kaunter bersama dua pokok bunga ros yang telah ditanam dalam plastik hitam.

"Semuanya seratus ringgit." ujar Wafa kepada Danny. Danny menyeluk poket seluarnya untuk mengambil dompetnya. Dompet dibuka lalu not RM100 diberikan kepada Wafa. Wafa menyambut duit itu lalu dimasukkan ke dalam mesin(?) duit.

"Nak number awak." minta Danny tanpa malu. Dahi Wafa berkerut. Mahu buat apa dengan nombor telefonnya.

"Nak buat apa?" soal Wafa kepada Danny. Was-was dia mahu berikan nombor telefonnya itu. Mana tahu lelaki dihadapannya ini ada niat jahat terhadapnya.

"Kalau saya nak beli bunga lagi saya boleh telefon awak awal-awal." Danny memberi alasan. Wafa mengangguk faham. Sekeping kertas diambil lalu dia mencatit nombor telefonnya pada atas kertas itu.

"Nah." sekeping kertas dihulurkan kepada Danny. Danny menyambut huluran itu.

"Your number?" tanya Danny ingin kepastian. Wafa mengangguk kepalanya.

"Your name?" tanya Danny lagi.

"Wafa Umairah." ujar Wafa kepada lelaki itu. Danny mengangguk faham. Nice name.

"Saya Umar Danish." ujar Danny kepada Wafa. Wafa meng'o'kan sahaja.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." ucap Danny seraya itu dia mengambil pokok bunganya.

"Waalaikumussalam." balas Wafa perlahan. Argh..kenapa laju semacam jantung ni!

Adakah ini dinamakan CINTA?























Ketukan dari luar menyentakkan lamunan Allysa. Kus semangat. Kepala Harris sedikit terjengul ke dalam bilik pejabat PAnya alias bakal isteri. Dia menghayunkan kakinya masuk ke dalam. Allysa memandang Harris pelik. Happy semacam je bosnya ini. Ada good news ke?

"Boss ada good news ke?" soal Allysa kepada Harris. Harris menggelengkan kepalanya. Dahi Allysa berkerut seribu. Habis tu?

"Tak adalah. Saja nak jenguk zaujah saya." ujar Harris. Allysa hanya mengangguk faham apa yang dimaksudkan oleh Harris.

"Hujung minggu ni mama hantar rombongan ke rumah awak. Get ready, okay." ujar Harris kepada Allysa. Allysa membuat muka terkejut. Takkan buat muka sedih pula. Cepatnya.

"Seriously? Nanti saya beritahu mama saya." ujar Allysa kepada Harris. Harris mengangguk. Senyuman itu tidak lekang dari bibirnya. Haih..cair!

"Kalau macam tu saya keluar dulu. Jumpa nanti." ucap Harris kepada Allysa. Dia melangkah keluar dari bilik pejabat Allysa.

Rata-rata stafnya memandang hairan pada bosnya. Biasanya bila keluar dari bilik Allysa kemain tegang mukanya. Ni bukan tegang, ni happy macam tengah dilamun cinta!

Setelah Harris hilang dari pandangan mereka, mereka berbisik sesama sendiri.

"Kenapa dengan bos tu? Happy semacam je." soal Raihan kepada Reen memandangkan mereka duduk menyebelah sahaja.

"Entahlah. Ni mesti ada something yang kita tak tahu." ujar Reen kepada Raihan. Sempat lagi mereka bergosip disitu. Habislah mereka jika bos tahu. Tak pasal-pasal gaji bulan ni tak masuk.

"Sudahlah bergosip tu. Buat kerja masing-masing." arah Aliza kepada rakan-rakan sekerjanya. Mereka akur lalu menyambung kembali kerja mereka yang terbengkalai. Aliza sudah insafkah? Biasanya dia paling kecoh jika ada berita 'hot'.


Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now