42

4.9K 152 2
                                    

Skip ke honeymoon..

Sis malas nak buat diorang packing baju semua tu..😅

Mood malas datang, so sis skip je..


_____💮💮💮_____

Sesampainya mereka di Hotel Ramada Plaza, Antalya, Turki, mereka terus merehatkan diri mereka memandangkan sudah berjam-jam berada di dalam kapal terbang.

Allysa melangkah ke balkoni hotel itu. Dia melihat pemandangan di hadapannya. Subhanallah, cantiknya tempat ni! Ini belum lagi pergi bersiar-siar.

Harris terlelap akibat kepenatan. Dia segera membuka kelopak matanya apabila dia merasakan isterinya sudah tiada di sebelahnya. Kelibat Allysa disisinya sudah tiada. Dia segera bangun dari pembaringan itu lalu dicarinya di balkoni.

Ternyata isteri kesayangannya sedang menikmati pemandangan di luar itu.

Allysa mendepakan tangannya. Matanya ditutup rapat untuk menikmati tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa itu.

Tiba-tiba, pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Dia sudah mengagak siapakah gerangan yang memeluk pinggangnya.

Siapa lagi kalau bukan suami tercintanya, Mr. Alien a.k.a Harris?

"I love you, baby." ucapnya di telinga Allysa dengan nada menggoda. Allysa memusingkan badannya menghadap suaminya.

Harris tersenyum manis plus miang kepada Allysa.

"Do you love me, baby?" soal Harris lagi. Allysa senyum kambing.

"Nope.. But I love my Mr. Alien and only my Mr. Alien.."

"Forever and ever.." sambung Allysa dengan romantisnya.

Harris tersenyum bahagia. Dia menguncikan bibir Allysa dengan bibirnya. Allysa hanya membiarkan perbuatan suaminya.

Dia tiada hak untuk menghalang suaminya. Biarlah suaminya itu gembira dan puas.

Setelah itu barulah mereka kembali seperti tadi. Nafas mereka tercungap-cungap.

"Malam nanti abang tuntut hak abang kali kedua, ya. Get ready, sayang." ucap Harris lembut dan syahdu.

Cair!!

Pipi Allysa mula bertukar merah. Semerah tomato.

"Cair ya, sayang?" usik Harris. Allysa menunduk kepalanya.

'Mana nak letak muka ni? Mama, tengok Harris ni!' monolognya.

"M-mana ada. Sayang tak cair pun." nafi Allysa. Harris memegang pipi isterinya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Ya ke? Habis tu muka merah-merah tu apa? Nak cendol?" ayat zaman bila ni Harris oi!

"Abang nak beli ke? Kalau macam tu sayang nak sekaranglah." balas Allysa berpura-pura gembira. Sengaja dia cakap seperti itu. Saja nak uji suaminya.

"Eh? Dekat sini mana ada cendol." ujar Harris kepada isterinya. Muka dia tak payah cakaplah. Terkejut habis.

"Sayang tahulah. Sengaja je cakap macam tu sebab nak uji abang ni." balas Allysa selamba.

"Nak uji abang, eh?" Harris mendekati isterinya dengan perlahan-lahan.

Evil smirk ditayangnya.

Alamak! Penyakit psycho dia datang lagi.

Matilah nak!! Huwaa!!

Allysa segera membuka langkah besar untuk melarikan diri daripada pakcik dihadapannya.

Dia segera masuk ke dalam bilik lalu sliding door ditutupnya rapat. Pintu itu dikunci dari dalam.

Harris mengetuk pintu kaca itu. Mati kesejukan dia pagi ini.

"Sayang, bukalah pintu ni. Abang gurau jelah tadi. Sayanggg..." meleret-leret suaranya dari luar.

Allysa memeluk tubuhnya. Dia mahu lihat sejauh mana Harris memujuknya untuk membuka sliding door kaca itu.

Dia segera duduk di atas sofa lalu majalah diatas meja itu diambilnya. Dia menyelak satu persatu halaman majalah itu.

"Sayang tak sayang abang ke? Kalau macam tu abang terjun jelah dari sini sampai bawah."

KLAK!

Sliding door dibukanya. Harris berada di pagar balkoni itu segera memusingkan badannya.

Yes! Ideanya membuahkan hasil.

Dia segera melangkah masuk ke dalam bilik. Sliding door ditutupnya rapat. Dia mencari isterinya di setiap ruang bilik itu.

Dia tersenyum melihat Allysa baring berada di atas katil. Tidurkah? Atau merajuk?

"Sayang." panggil Harris lalu kakinya menuju ke arah katil.

Allysa hanya membatukan dirinya. Dia merasakan di sebelahnya sudah tenggelam.

"Sayang." panggil Harris sekali lagi. Namun tiada sahutan.

Bunyi esakan menyentakkan Harris. Isterinya sedang menangis?

"Sayang, kenapa menangis ni?" soal Harris lambut. Dia menarik badan isterinya ke dalam pelukannya.

Belakang badan Allysa digosoknya perlahan.

"A-banglah. Nak sangat matikan? Pergilah mati sana. Pergilah!" marah Allysa dalam tangisan.

Geram dia dengan perangai suaminya.

"Abang gurau jelah. I'm so sorry, okay?" ubun-ubun isterinya dikucup lembut.

"Dah jangan nangis lagi." dia menghadap isterinya lalu ibu jarinya mengelap air mata dipipi isterinya.

"Senyum sayang." Allysa senyum tawar.

"Macam tulah isteri abang. Lagi cantik bila sayang senyum." jujur Harris.

"Habis tu selama ni tak cantiklah?" soal Allysa kepada suaminya.

Harris menggeleng kepalanya.

"Tak cantik..tapi comel." pipi Allysa menjadi mangsa cubitan Harris.

"Abang, sakitlah!" marah Allysa sambil memukul dada bidang Harris. Muka cemberutnya ditayang.

"Yang ni abang suka. Garang macam singa. Aum!"

Pak!

"Auuch.."

"Err..sakit sangat ke? Sorry." ucap Allysa bersalah. Dada bidang Harris digosoknya.

"Sakit sangat sayang. Panahan cinta sayang buat abang tak kuat." ujar Harris. Dia tersengih menayangkan barisan giginya.

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now