25

4.5K 140 0
                                    

"Bos, pukul 9 nanti ada meeting dekat Permata Holding." beritahu Allysa kepada Harris. Harris mengangguk faham. Matanya tidak lepas memandang Allysa. Allysa buat-buat tidak tahu. Makin dekat nak kahwin ni makin nakal dia. Haih.. Bakal suami siapalah ni.

"Kalau macam tu saya keluar dulu. Coffee tu jangan lupa minum." pesan Allysa kepada Harris. Harris mengangguk sambil tersenyum lebar menampakkan lagi barisan giginya. Cair!

Allysa segera keluar dari bilik itu. Makin lama dia berada disitu makin cair dia dibuat Harris. Haih.

"Apesal pipi kau merah ni?" soal Reen ketika melintasi Allysa. Sempat lagi dia berundur sedikit. Wajah Allysa ditiliknya berkali-kali.

Allysa memegang pipinya. Argh.. Kantoi! Mr. Alien punya pasallah ni. Eh silap? Mr. Alian!

"Terlebih make up lah ni." ujar Allysa sambil tersengih macam kerang busuk. Reen merenung mukanya. Macam tipu je.

"Aku pergi dulu. Nanti boss marah pulak." pamit Allysa lalu kakinya melangkah ke arah bilik pejabatnya. Reen menghantarkan Allysa dengan ekoran matanya.

Pintu pejabat Harris diketuk oleh Reen.

Tok!! Tok!! Tok!!

"Come in." arah Harris sambil matanya memandang kertas-kertas kerjanya yang bertimbun itu. Reen segera masuk apabila diberi keizinan.

"Ini dia report yang boss minta. Saya keluar dulu." pamit Reen lalu dia mengangkat kakinya keluar dari situ. Harris menyemak semula laporan yang berada di dalam fail. Sesekali dia mengurut batang hidungnya.

































Di bilik meeting, mereka masing-masing fokus terhadap presentation yang disampaikan oleh pemilik syarikat Permata Holding. Apabila diberikan peluang untuk berbicara tentang cadangan mereka, rata-rata mengangkat tangan.

"I think we can build a shopping center near there because the land is very large and wide." Cadang Mr. Arrian. Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu mengangguk setuju atas cadangan Mr. Arrian itu.

"We can also build a playground for children." Cadang Mr. Guanlin pula.

Beberapa jam kemudian, mereka keluar dari bilik mesyuarat itu. Semua berpuas hati dengan presentation itu.

Harris segera meninggalkan bilik itu. Lif ditujunya. Beberapa minit kemudian, dia ke arah parking dimana keretanya diletakkan.

Enjin keretanya dihidupkan. Setelah itu, dia memandu keretanya untuk ke officenya.

























Allysa memandang jam ditangannya. Sudah masuk waktu lunch. Dia mengemaskan kertas-kertas kerja yang bersepah di atas meja. Komputer dihadapannya ditutup dan dia menggapai handbag nya lalu dia keluar dari bilik itu.

Dia menuju ke arah meja Reen memandangkan hari ini Aliza ada emergency. Terpaksalah dia makan berdua dengan Reen.

"Let's go."ajak Reen sambil membimbit handbagnya. Allysa hanya mengikut langkah Reen. Punat lift ditekan. Beberapa saat kemudian, pintu lift terbuka. Mereka masuk ke dalam lift itu lalu Allysa menekan punat yang ditunjukkan.

Ting!!

Pintu lift terbuka. Allysa dan Reen terpaksa memberi laluan kepada pekerja lain memandangkan mereka semua ingin menikmati lunch. Setelah itu, pintu lift terbuka dan mereka berjalan keluar dari lift itu. Allysa dan Reen orang terakhir keluar dari situ.

Reen menundukkan kepalanya apabila terserempak dengan bosnya. Allysa hampir terlanggar dada Harris sempat berhenti mengejut.

"Lain kali tengok depan bukan main phone." ujar Harris dengan nada lembut. Allysa menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Sorry." ucap Allysa ikhlas. Harris hanya mengangguk. Dia menghadiahkan Allysa sebuah senyuman. Allysa cepat-cepat pergi dari situ. Tak fasal-fasal cair.

Reen menyedari bahawa Allysa tiada disisinya dicari. Dia menoleh ke belakang. Dahinya berkerut seribu.

Kenapa pulak Allysa memandang lantai? Lupa, mesti bosnya itu marah dekat Allysa. Fikirnya.

"Kenapa?" soal Reen apabila Allysa berada didepannya.

"As usual." balas Allysa. Reen mengangguk kepalanya tanda faham. Mereka menuju ke arah kafeteria untuk menikmati makan tengah hari.






🚀🚀🚀
Semakin lama makin mengarut!!

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now