Suasana malam itu sungguh meriah dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada barisan ahli korporat, saudara-mara pihak pengantin, sahabat handai dan staf-staf HARR'S ENTERPRISE. Tak lupa juga mereka menjemput seorang penyanyi yang cukup popular bagi memeriahkan lagi majlis itu.
"Assalamualaikum and good night everyone. Thank you for attending my friends' reception, Harris Alian with his beautiful wife, Allysa Sofiya. With this, I invite the couple to go up to the couch." ucap Syarif selaku jurucakap untuk majlis itu.
Tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir pada malam itu. Tangan kanan Allysa memegang lengan Harris manakala tangan kirinya memegang sejambak bunga.
Wafa dibelakang memegang kain yang panjang supaya memudahkan pengantin wanita untuk berjalan.
Kalau terpijak kain kan ada yang tergolek pulak. Silap hari bulan viral satu dunia.
Allysa kelihatan sungguh cantik dengan mengenakan busana pengantin berwarna ungu pastel dengan dihiasi flower crown di atas kepalanya. Dia kelihatan seperti bidadari pada malam yang indah itu. Amboi!
Harris mengenakan tuxedo sedondon dengan isterinya. Dia membuat pompadour hairstyle. Akhirnya jejaka tampan itu sudah pun mengakhiri zaman bujangnya dengan berkahwin gadis yang dicintainya. Dia kini sah bergelar suami milik seorang gadis jelita itu. Ayat ala keling!
Mereka pasangan yang cocok. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua ataupun seperti santan dengan gula.
"Abang." panggil Allysa. Harris menoleh di sebelahnya. Bini panggil woi haruslah layan!
"Apa dia sayang?" balas Harris. Mereka berjalan menuju ke arah pelamin yang terletak di atas air.
"Pelamin tu, tak jatuh ke dalam kolam kalau kita duduk?" tanya Allysa ragu-ragu. Mana tahu terbalik pelamin tu tatkala mereka duduk tak ke naya? Dia bukannya teror bab berenang ni.
"Insha-Allah, tak sayang."balas Harris dengan yakin. Actually dia pun tak yakin sangat. Huhu!
"Kalau jatuh macam mana?"soal Allysa lagi. Sudahlah dia tak pandai berenang. Buat naya je kalau dia lemas.
"Kalau sayang jatuh, abang sambut."balas Harris dengan senyuman manisnya. Bikin gadis-gadis diluar sana cair!
"Dah, pegang lengan abang kuat-kuat. Hati-hati jalan tu dahlah sayang pakai high heels." sempat lagi dia berpesan kepada isterinya apabila mereka hendak berjalan diatas air.
"Yelah."balas Allysa. Dia memegang lengan Harris. Kuat. Pelbagai perasaan yang hadir tika ini. Malu, takut dan banyak lagi perasaannya kini bercampur menjadi satu.
Bismillahirahmanirrahim.bisik hati kecil Allysa tatkala mereka berjalan diatas lantai yang terampung itu.
Harap-harap tak terbaliklah.
Kini mereka berempat sudahpun tiba di tengah-tengah kolam. Danny dan Wafa mengambil kipas lalu mengipas pasangan pengantin itu.
Suara Syarif bergema pada malam itu. Al maklumlah dia pakai mikrofon. Memanglah bergema!
Skrin layar sudah pun bercahaya. Beberapa minit kemudian, satu video yang telah di edit oleh Syarif ditayang di skrin layar yang cukup besar itu.
Semua tetamu termasuklah keluarga pengantin sudah tertumpu pada skrin itu.
Satu persatu gambar ditayangkan bersama lagu A thousand year menjadi latar belakang video itu.
Gambar Harris ketika bayi bersama keluarganya. Gambar Harris ketika menangis dan ada seorang budak lelaki sedang memujuknya. Gambar Harris ketika berusia 12 tahun ketika mengambil result UPSR. Gambar Harris bersama seorang lelaki yang mirip dengannya sedang bergembira ketika birthday party lelaki itu. Akhir sekali gambar keluarga Dato' Hisyam.
Selepas gambar Harris ditayangkan, kini gambar Allysa pula ditayangkan di skrin besar itu.
Gambar Allysa ketika berusia 6 bulan yang dicium oleh Alief.
"You look very cute, baby" bisik Harris dengan lembut dan syahdu.
Gambar Allysa bergaduh dengan Alief. Gambar Allysa ketika berada di Bali. Gambar Harris dan Allysa ketika di bangku sekolah. Gambar Allysa ketika Alief mencalit kek di hidungnya dan gambar keluarga Encik Khairul.
Selepas itu, video ketika Harris melamarnya di restoran Danny pula ditayangkan.
"Harap-harap mama tak marah." bisik Harris ditelinga Allysa. Allysa ketawa kecil.
Kena kawal ketawa dekat orang. Naya je bila ketawa macam pontianak nak beranak!
Pontianak beranak kan?
Kini acara memotong kek. Pasangan pengantin berjalan menuju ke arah kek tiga tingkat itu. Wafa memberi pisau kek kepada pasangan itu. Kemudian, mereka memotong kek itu dan diletakkan di atas pinggan kecil.
Harris mengambil sedikit kek di dalam pinggan itu lalu disuap ke dalam mulut Allysa. Selepas itu, Allysa pula menyuap kek ke dalam mulut Harris.
Selepas itu, semua yang hadir dijemput menjamu selera kecuali seorang penyanyi lelaki. Dia dibayar untuk menyanyikan lagu dalam majlis itu. Makin meriahlah jawabnya apabila penyanyi lelaki itu memulakan nyanyiannya.
Well, anak-anak dara,makcik-makcik, pakcik-pakcik, semuanya yang hadir majlis itu kiranya fans Rif Zharfan. Siap ada fans club lagi. Kau ada? Kalau takde diam!
"Wah, makin handsome dia ni!"
"Dah berpunya ke?"
"Sedapnya suara dia."
"Melting aku."
"Boleh buat menantu ni."
Ni nak tengok pasangan pengantin baru ke nak mengorat anak teruna orang? Kan dah kata.
Si Allysa pun sama sampai ternganga mulut melihat Rif Zharfan secara depan-depan. Suami di sebelah dibiarkan menyepi. Dia buat macam takde laki. Kesian si Harris tu.
_____💮💮💮_____
Nsib baik sis x letak bagai sirih dibelah dua😂😅 ayok! Sis dh lupa yitu peribahasa.
Maaf jika ada ksalahan dri segi tatabahasa, tutur kata or typo. Maaf jika ayat kurang gramatis🙏🙏

YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...